Selesanya Bersukan dengan Tahan Sports Hijab by PTT Outdoor

Sports Hijab Malaysia Yang Best | Assalamualaikum dan salam ceria semua… Ciktom dah lama nak kongsikan satu tudung sukan yang ciktom suka sangat pakai kalau keluar bersukan/ santai dengan keluarga. Tudung ni sangat sesuai untuk wanita muslimah yang aktif bersukan secara outdoor mahupun indoor.

Tudung sukan favourite ciktom sekarang ialah Tahan ™Sport Hijab.

Sports Hijab Malaysia Yang Best

Apa itu Tahan ™ Instant Hijab?

Tahan ™ Instant Hijab ialah sehelai tudung instant sesuai untuk memenuhi keperluan wanita muslimah yang aktif di luar sana. Tudung sukan ni keluaran dari PTT Outdoor tau. Kalau nak tahu sebelum ni ciktom pernah dapatkan produk lain dari PTT Outdoor iaitu 7 Sebab Exclusive Suede Foldable Travel Bag Menjadi Pilihan Ciktom.

7 Sebab Ciktom Suka Pakai Tahan Sport Hijab Yang Best

#1 – Selesa dan mudah sarung je

Yang ini paling utama tau sebelum ciktom beli tu ciktom bacalah review buyers Tahan Sports Instant ni dan ramai rate 5 star bagi tahu yang tudung ni memang selesa sangat bila pakai.

Ciktom sendiri bila dah beli dan cuba, like seriously wow sedapnya tudung Tahan ni dan memang betul selesa sangat pakai. Lagi mudah sarung je pakai tau sebab jenis instant.

Pinless-  tak perlu dah pakai pin. Elok terbentuk je awning tu pakai even muka ciktom bulat giler masa tengah pregnant 8 bulan ni. haha..

#2- Material yang sejuk dan cepat kering

Material tudung iaitu 90% Poliester dan 10% Spandex sangat sesuai untuk ciktom buat aktiviti sukan. Walaupun masa tu panas terik, langsung tak rasa panas masa jogging pakai tudung Tahan Sports Instant ni.

Walaupun tak rasa panas, of course la kita akan berpeluh kan bila banyak buat pergerakan masa jogging. Yang best tu tudung ni jenis serap peluh dan cepat betul kering walaupun peluh banyak keluar.

Yelah orang perempuan faham- faham jelah kalau basah ni mudah la tertonjol sana sini. Jadi ciktom memang suka bila kering je rasa selamat je. Memang ciri- ciri utama untuk tudung sukan muslimah.

#3- Ringan, Labuh dan Anti Kedut

Ciktom suka tudung instant Tahan ni jenis ringan, labuh menutup dada dan juga jenis tak berkedut tau. Dah banyak kali dah ciktom pakai dan basuh guna mesin basuh je. Langsung tak berkedut okeyyy. Lepas kering tu boleh je terus pakai balik. Tak payah gosok – ironless gitu!

Maklumlah dah anak masuk 2 ni confirm la lagi tak sempat nak gosok lelama dan banyak tudung. Ciktom memang suka cari tudung dan baju semua jenis tak payah gosok tau.

#4- Stretchable

Korang yang muslimah aktif bersukan tu tudung Tahan ni jenis stretchable dan flexible je pada muka dan bahu ciktom. Kalau korang gerak berlari ke sana ke mari pun takdelah terselak nampak rambut ke aurat2 terselindung tu. Takdelah lepas separuh jalan ko bersukan dah serabai tudung. haha…

Selepas 2 jam jogging dan layan kerenah anak. Still maintain tudung ciktom. hihi
Selepas 2 jam jogging dan layan kerenah anak. Still maintain tudung ciktom. hihi

Tapi apa2 pun hati2, jangan sengaja pi selak pulak. haha..

#5- Design yang simple tapi bergaya

Design tudung sukan Tahan ni jenis simple tapi bagi efek nampak bergaya, sporty gitu even korang pergi jogging keliling taman. hehe.. Tapi tudung ni bukan sesuai untuk aktiviti outdoor je indoor pun sesuai tau.

Macam ciktom balik kampung mertua hari tu. Memang pakai tudung ni jelah dalam rumah. Yelah ada abang ipar bukan mahram dalam rumah. So kenalah pakai tudung jaga aurat beb. Sebelum ni pakai tudung biasa siap meleleh peluh sampai basah tudung. haha…

Tapi kali ni balik pakai instant Tahan serius relaks je bertudung 12 jam pun.

#6- Harga Berpatutan

Kalau korang jenis suka compare harga macam ciktom serius akan survey harga setiap brand untuk tudung sport jenis instant. Kemudian list mengikut harga. Bagi ciktom harga tudung tahan ni paling berpatutan dan kain pun berkualiti sama dengan tudung sports kat luar sana yang lagi mahal.

#7- Pilihan warna yang menarik

Haaaa… macam ciktom punya kolor cool blue. Untuk sports hijab Tahan ni ada 3 pilihan warna iaitu active green, cool blue dan grey. Boleh pilih mana korang suka. Maybe boleh suggest dorang tambah warna pink atau merah pulak akan datang. hehe..

Sports Hijab Malaysia Yang Best

Memang selesa pakai ketika bersukan waktu panas serta labuh
Memang selesa pakai ketika bersukan waktu panas serta labuh

Selain dari semua point kat atas tu, ciktom pun suka sebab packaging tudung ni kemas je dan laju betul servis delivery dari PTT Outdoor. Yelah dah beli, mesti tak sabar nak dapat barang kan. Kalau korang sama macam ciktom. Kita geng. hehe..

Ciktom tak jual tudung sport Tahan ni. Ciktom hanya pengguna je yang suka review barang online. So, pada korang yang berminat nak ada sport hijab macam ciktom pakai ni boleh dapatkan di website >>Tahan ™Sport Hijab

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Selesanya Bersukan dengan Tahan Sports Hijab by PTT Outdoor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.