Servis Design Logo dan Resit Rasmi Perniagaan

Assalamualaikum dan salam sayang… Sebelum cik tom buka cerita pasal servis design logo dan resit rasmi perniagaan. Alhamdulillah sepertimana dalam entri bulan lepas; Seronoknya Buat Duit Dengan 8share. Cik tom telah dengan jayanya mendaftar perniagaan online dan offline cik tom dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Nama syarikat bagi perniagaan yang cik tom daftarkan ialah Cik Tom Global Resources. Terima kasih pada penyumbang idea dan  support cik tom untuk daftarkan lesen syarikat pada 10hb April 2016 yang lepas.

Servis Design Logo dan Resit Rasmi Perniagaan

Cara nak daftar perniagaan dengan SSM;

  1. Bawak diri
  2. Bawak salinan kad pengenalan
  3. At least 3 idea nama perniagaan yang ingin didaftarkan (sebagai backup incase 1st choice nama syarikat tue dah ada orang registered)
  4. Jenis perniagaan yang dijalankan (sebaiknya korang isi penuh terus possibility bisnes buat in future)

Selepas dah mendaftar lesen perniagaan di SSM, sebenarnya cik tom dalam perancangan untuk buka pulak akaun bank perniagaan di Maybank atas nama yang didaftarkan dengan SSM. Syarat untuk buka akaun bank perniagaan yang diberitahu oleh kawan cik tom kerja di Maybank ialah;

Syarat buka akaun perniagaan di Maybank;

  1. Salinan sijil perniagaan berdaftar dengan SSM
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Cop perniagaan bulat beserta nama dan nombor SSM company ( rubber stamp)
  4. Deposit RM2000
  5. Introducer (pemegang akaun yang memiliki akaun perniagaan semasa sekurang-kurangnya setahun)

Alhamdulillah untuk introducer tue dah ada kawan willing nak jadi introducer untuk cik tom. Cuma tinggal buat rubber stamp dengan pergi ke Maybank berdekatan je. Siapalah kita untuk menidakkan kekuasaan Allah dalam perancangan minggu untuk daftar tue. Allah bagi ujian kat cik tom jatuh sakit dan terpaksa emergency operate. Cerita sakit dan operate tue lain kali jelah.

So, cik tom terpaksa KIV dulu akaun perniagaan. InshaAllah dah sihat betul nanti cik tom akan uruskannya.

Tempahan Logo dan Resit Rasmi Perniagaan

Beberapa hari yang lepas, cik tom ada la blogwalking ke blog padin dan terbaca entri; Tempahan Kartun dan Ilustrasi Digital.  Terus cik tom tertarik nak dapatkan servis design logo dan juga resit rasmi untuk perniagaan cik tom.

Logo untuk bisnes cik tom design dari Padin

logo perniagaan

Idea memang seratus peratus cik tom serahkan kepada padin untuk design kan. Cuma cik tom ada la bagi 1 contoh resit pdf yang cik tom suka. Tak sangka hasilnya memang superb. hehe… Semua permintaan siap dalam masa 1 hari je. Pantas kan?

Design resit rasmi perniagaan dari Padin

Alhamdulillah cik tom berpuas hati dengan servis dan design yang diberikan.

Walaupun kalau di ikutkan takde pun servis design logo dan resit rasmi dalam list servis yang ditawarkan. So sesiapa yang nak serius atau nampak profesional blogger or business, boleh la request dapatkan servis dari blogger Padin.

InshaAllah terbaik. Padin ni antara blogger lama dan terawal cik tom kenal sejak ceburi bidang blogging. Dia jugak antara first blogger ajar cik tom cara nak review blog dan juga cara buat entri seo. Antara blogger yang selalu cik tom rasa annonying dan selalu masuk list block. haha…

Pada yang berminat nak dapatkan tempahan kartun dan ilustrasi digital, klik lelaju untuk ke blog Padin–>>Tempahan Kartun dan Ilustrasi Digital.

Semoga maju jaya.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Servis Design Logo dan Resit Rasmi Perniagaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE