Seuntai Kata Sepuitis Madah Cinta

Hujung minggu baru-baru ini, masa cik tom banyak habiskan baca novel housemate cik tom. Sempatlah khatam beberapa buah novel antaranya Baju Melayu Hijau Serindit, M.A.I.D, Cinta Kontrak dan Bilik 616. Cik tom bukanlah penggemar novel tapi kalau dah boring tue layan je baca novel. Baca novel cinta-cintun tengok banyak madah cinta yang puitis. Terus rasa nak share madah cinta kat blog ni sekali. Tapi untuk rujukan tambahan cik tom ambil sikit madah cinta puitis dari sebuah blog lain.

Love for Allah

Jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Secebis kasih membuat kita sayang, secubit mesra menumbuh rasa cinta, secangkir janji membuat kita percaya, sedikit dusta membuat kita terluka, namun secalit ukhwah selamanya akan terasa.

Apalah erti budi kalau ingin dihargai, apalah erti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah erti sahabat sejati kalau tiada keikhlasan di hati.

CINTA tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. CINTA membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.-Mahatma Ghandi

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi. ” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.” “Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.~Hamka

Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang istimewa.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cemburu menambahkan kasih sayang dalam percintaan tapi terlebih cemburu menjadi punca perpisahan.

Mengenali orang lain adalah 1 kepintaran, mengenali diri sendiri adalah 1 kebijaksanaan, menguasai orang lain adalah 1 kekuatan, menguasai diri sendiri adalah 1 keyakinan.

Sumber: SeCeBiS MaDaH pUiTiS..ReNuNgKaNLah… dan dari senarai novel housemate cik tom, Noor Diana binti Tahir.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Seuntai Kata Sepuitis Madah Cinta

    • October 3, 2011 at 1:26 am
      Permalink

      takpe novel tue baca time free..yang pnting siapkan asgmnt dulu πŸ˜‰

      Reply
  • September 21, 2011 at 12:59 am
    Permalink

    bestnya baca ayat2 kat atas. teheee ^..^Y dah lama aq x baca novel. koz dah nak exam. lepas exam kot barulahh ada kelapangan πŸ˜€
    Jom baca entri terkini kira kekuri …i.doodle projectMy Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 1:15 am
      Permalink

      tgh exam ek?sempat lagi tue on9..heee…good luck!

      Reply
    • October 3, 2011 at 1:51 am
      Permalink

      hahaha..ciktom xtengah bercinta pun..saje je share madah cinta ni pas baca novel cinta..hik3

      Reply
    • October 3, 2011 at 1:39 am
      Permalink

      ye memang sesuai sangat untuk pasangan yang bercinta πŸ˜‰

      Reply
  • September 22, 2011 at 2:14 am
    Permalink

    Mmg byk kata2 puitis ni klu baca novel nak2 novel cinta..hehe..

    Reply
    • October 3, 2011 at 12:34 am
      Permalink

      hehe..yup semua novel cinta byk kata-kata puitis…jiwang karat..;p

      Reply
  • September 22, 2011 at 11:11 pm
    Permalink

    masa muda remaja suka sangat layan novel cintun..
    sanggup berjaga sampai pagi nak habiskan baca..
    heheh.
    Jom baca entri terkini zahidah seran …sup ikan jenahak dan bening bayamMy Profile

    Reply
    • October 3, 2011 at 12:02 am
      Permalink

      wah rupanya akak peminat novel cinta…hee

      Reply
  • September 23, 2011 at 8:54 am
    Permalink

    wahhh, panjang tol..tp best ayat die…ciktom stuju tak kalau saya kata, kita blh mncintai lebih dari seorang…mksud sy, cinta bukan untuk seorang saja..kta sentiasa akan jatuh cinta walaupun lepas putus cinta..jangan sesekali berharap dalam bercinta, kerana cinta blh binasakan kita..jika ditinggalkan, jangan sesekali ptus asa, krn cinta akan selalu datang apabila kita memerlukan..
    Jom baca entri terkini tzmlt …Lawak | Ayam BogelMy Profile

    Reply
    • October 2, 2011 at 11:49 pm
      Permalink

      madah cinta memang la jiwang…hehee….wah sedap juga madah pujangga yang tzmlt komen tue..sgt2 bersetuju esp. “cinta akan selalu datang apabila kita memerlukan”..hee πŸ˜‰

      Reply
    • October 2, 2011 at 11:23 pm
      Permalink

      hahaa…nasib baik xsuka novel cinta πŸ˜‰

      Reply
  • October 6, 2011 at 11:55 pm
    Permalink

    Wahh cik tom.. puitis2 sungguh ni πŸ˜€

    Anyway suka yg part “persahabatan” tu πŸ™‚

    Lama gak x bca novel. πŸ˜€ 1 je novel shah suka sgt πŸ˜‰
    Jom baca entri terkini shah blogger …Tips Seo Untuk Blogger β€” On PageMy Profile

    Reply
    • October 7, 2011 at 6:05 pm
      Permalink

      memang la puitis dah kata2 pun amik dari novel jiwang2….heee….novel pe yang shah suka?

      Reply
  • February 20, 2012 at 7:50 pm
    Permalink

    setiap orang memang akn timbul perasaan cita pada lebih dri seorang…tapi yang akan jadi milik die cume sorang je…

    Reply
    • February 21, 2012 at 11:09 pm
      Permalink

      yup betul tue..cinta tak semestinya memiliki…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE