Siapakah Eyriqazz vs Denaihati?

Siapakah Eyriqazz vs Denaihati? Cik tom cuba kongsikan siapa mereka berdua secara ringkas hasil perkenalan dan survey cik tom berkenaan bro Eyriqazz dan juga Denaihati.

Siapakah Eyriqazz vs Denaihati?

Siapakah eyriqazz? Bro eyriqazz mula berblog pada bulan Ogos 2009. Kira-kira hampir 3 tahun juga berblog. Seorang suami kepada guru, ayah kepada 2 anak yang comel dan part time blogger. Walaupun bro eyriqazz popular dengan tagline “Great Teacher Onizuka” tapi pekerjaan eyriqazz bukanlah seorang guru. Ini kerana bro eyriqazz meminati Takashi Sorimachi pelakon dalam drama Jepun Great Teacher Onizuka. Bagi cik tom, eyriqazz seperti guru juga di medium blogging kerana banyak mengajar tips-tips blogging secara tidak langsung kepada cik tom pada permulaan cik tom berblogging.

Kehebatan bro eyriqazz dalam mendapatkan advertorial dari pihak nuffnang dan juga kebolehan dalam menreview apa-apa jenis produk seperti makanan, servis dan sebagainya sehingga testimonialnya mengenai Restoran Ayam Penyet AP ditampal di dinding Restoran Ayam Penyet AP, KL Festival City, Setapak.

Dari segi pagerank blog PR3 manakala alexa rank 110,492. Blog eyriqazz menggunakan domain berbayar tapi masih berhosting dengan blogspot.

Gambar Eyriqazz vs Denaihati
Gambar Eyriqazz vs Denaihati

Siapakah denaihati? Bro Denaihati telah lebih 3 tahun mengendalikan blog Denaihati. Lebih kurang sama juga waktu mereka berdua berblog. Denaihati seorang yang pemurah dan low profile. Seperti mana yang dikatakan oleh abangensem, Denaihati ataupun nama sebenar Amir Bin Hassan begitu sinonim dengan jawatan-jawatan besar di dalam pelbagai organisasi swasta seperti KFC Holdings Berhad.

Kehebatan bro Denaihati ialah dalam penjenamaan blog sehingga popular dikalangan blogger sebagai blog pemurah atau tagline “Hidup Untuk Memberi”. Malahan, team Denaihati memang hebat berjaya membangunkan Plugin Waktu Solat untuk digunakan oleh Rakan Blogger. Kepada yang berminat untuk meletakan plugin waktu solat di blog masing-masing boleh klik; Projek Waktu Solat. Alhamdulillah menggunakan platform blogging ke arah kebaikan bersama jua. Cik tom memang suka belajar SEO dari blog sifu Denaihati. Kak Kujie pun ada kongsikan kisah kehidupan blogging Denaihati di artikel; Hidup Indah Denaihati.com

Dari segi pagerank blog PR4 dan alexa rank 20,465. Blog denaihati domain dan self-hosted wordpress seperti blog cik tom juga.

Kedua-duanya- Eyriqazz vs Denaihati memang hebat dalam menjenamakan diri dalam dunia blogging. Pada sesetengah orang luar @ non-bloggers yang masih tidak percaya bahawa dunia blogging ini boleh hasilkan duit sampingan lihatlah contoh mereka berdua. Manakala golongan blogger yang baru bertatih nak cari duit dah suka merungut takde dapat income dari blog pun, jadikanlah Eyriqazz vs Denaihati sebagai sumber inspirasi anda juga kerana mereka berjaya sekarang hasil dari keringat mereka konsisten dari turun naik dalam dunia blogging. Content is the king!! and InsyaAllah the money will follow later.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Siapakah Eyriqazz vs Denaihati?

  • June 23, 2012 at 10:46 pm
    Permalink

    wahahahha… good luck!

    Reply
  • June 24, 2012 at 12:31 am
    Permalink

    wahh..rajinnya kaji diorang berdua ni..

    Reply
  • June 24, 2012 at 1:04 am
    Permalink

    huh hebat ciktom
    1st serp skrg
    moga berjaya 🙂

    Reply
    • June 25, 2012 at 3:12 am
      Permalink

      dah kena cantas dengan artikel abang ensem..hehe

      Reply
  • June 24, 2012 at 6:22 am
    Permalink

    pehhh terbaik cik tom 🙂
    baru kenal eyriqazz dan denaihati tu :-p

    Reply
  • June 24, 2012 at 11:56 am
    Permalink

    walaupun sy ni blogger suam2 kuku je, sy kenal je mereka berdua tu. hehe.. mula2, igtkan eyriqazz tu blogger cina sebab nama pelik. hehe

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:27 am
      Permalink

      Chii plak ingtkan eyriqazz ni gurl. Adeh

      Reply
      • June 25, 2012 at 12:43 am
        Permalink

        haha… eyriqazz ni boy bermisai lagi.. hehe

        Reply
    • June 25, 2012 at 2:27 am
      Permalink

      majoriti blogger kenal mereka berdua ni..hee

      Reply
  • June 24, 2012 at 7:13 pm
    Permalink

    gud luck cik tom.. 🙂

    Reply
  • June 24, 2012 at 7:22 pm
    Permalink

    blogger idola sy adalah ciktom.ehhehe

    Reply
    • June 25, 2012 at 1:31 am
      Permalink

      wah terharunya.. sob3… thanks achie 🙂

      Reply
  • June 24, 2012 at 11:52 pm
    Permalink

    Saya perhatikan juga kedudukan entri Cik Tom ini. Boleh tahan mantap. 🙂

    Reply
    • June 25, 2012 at 1:04 am
      Permalink

      dah kena cantas dah duduk ke ranking berapa entah.. hehe.. xpe adat bertanding…

      Reply
  • June 25, 2012 at 12:26 am
    Permalink

    Content is the king,chii setuju sgt2. Perkara tu sbnrnya yg akn dpt menarik minat org utk dtg ke blog kita

    Reply
    • June 25, 2012 at 12:44 am
      Permalink

      yup. kalau dah ada kekuatan pada entri insyaAllah yang lain2 akan mudah je masuk kan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!