Sijil Perakuan Korban 2012 dari eQurban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Mungkin majoriti rakan blogger atau rakan nonblogger yang turut sama dalam pelaksaan aqiqah atau korban pada tahun lepas telah menerima sijil perakuan, resit beserta gambar menunjukkan ibadah tersebut telah dilaksanakan di Kemboja.

Alhamdulillah tahun lepas, buat pertama kalinya cik tom melaksanakan ibadah korban. Cik tom join 1 bahagian lembu dari website eQurban yang melaksanakan korban dan aqiqah di kemboja secara online. Semoga korban cik tom tue diterima disisiNYA.

Antara sebab cik tom pilih buat korban di kemboja ialah kerana umat Islam di sana lebih memerlukan berbanding kawasan kejiranan kampung cik tom yang alhamdulillah semuanya memang berkemampuan. Emak cik tom sarankan lagi elok korban kat sana, dapat juga orang Islam disana yang kita sedia maklum kehidupan agak susah untuk merasai menu daging yang mungkin hanya sekali setahun sahaja (musim haji) dapat dirasai oleh mereka.

Sijil Perakuan Korban 2012 dari eQurban
Sijil Perakuan Korban 2012 dari eQurban

Walaupun cik tom salah seorang rakan niaga eQurban, cik tom ingin memberikan komen yang telus tanpa sebarang bias. Cik tom agak terkilan dengan pihak pengurusan pihak eQurban apabila lambat menghantar sijil dan juga respon. Cik tom ada email bertanyakan pihak eQurban berkenaan sijil korban tapi tiada sebarang respon sehingga kini yang mana berlainan sekali respon (pantas) ketika ingin membuat tempahan.

Pada 27/12/2012, cik tom terbaca status eQurban yang meminta pada sesiapa yang belum menerima sijil untuk terus menghubungi pihak eQurban. Bila dihubungi pihak eQurban menyatakan terdapat sedikit masalah pengurusan dan sijil akan dihantar dalam tempoh 2 minggu. Memang cik tom telah menerima sijil tersebut pada 19/01/2013. Yang cik tom terkilan lagi sampul surat tersebut didenda RM1.40 kerana tidak ditampal dengan setem dan apabila dibuka isi kandungannya pula hanya terdapat sijil dan resit dari eQurban tanpa sebarang gambar sepertimana yang dijanjikan.

Mungkin ini pengalaman cik tom yang pertama dan tidak bernasib baik kerana rakan2 ciktom dapat kesemuanya tanpa sebarang masalah termasuk blogger AUC-Sijil dari eQurban. Ini bukanlah bermakna cik tom serik untuk melaksanakan ibadah korban bersama eQurban. Cuma rasa tanggungjawab untuk menceritakan pengalaman tanpa memikirkan keuntungan dari rakan niaga semata-mata.

Cik tom berharap pihak pengurusan eQurban dapat memperbaiki sistem pengurusan yang lebih teratur dan efisien kerana kini semakin ramai yang berminat untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah secara online. Yelah bumi mana tak ditimpa hujan dan manusia mana yang tak pernah lakukan kesilapan. Jadi kita sebagai umat Islam hendaklah saling tegur-menegur, saling ingat-mengingati jika ada yang melakukan kesilapan untuk kebaikan bersama.

Untuk makluman, ibadah aqiqah dibuka/ buat sepanjang masa (sepanjang tahun) kecuali ibadah korban hanya menerima tempahan pada musim haji sahaja. Pada rakan-rakan yang ingin membuat tempahan boleh merujuk terus ke>> website eQurban..

Jom Laksanakan Program Ibadah Korban dan Aqiqah jika berkemampuan sepertimana tagline eQurban iaitu Beribadah Menjana Ekonomi Ummah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

26 thoughts on “Sijil Perakuan Korban 2012 dari eQurban

  • May 12, 2013 at 5:12 pm
    Permalink

    baru sy tahu depa ada keluarkan siji. sllu makan masa ker dpt sijil ni.ada makan masa sebulan ker camner..
    Jom baca entri terkini suri …Nuffnang Blogbuster CampaignMy Profile

    Reply
  • May 12, 2013 at 7:23 pm
    Permalink

    Hari itu ada seorang rakan terkilan juga tapi hal lain. tak ingat apa..Apa-apa pun..sebagai usahawan saya harapkan eQurban terus meningkatkan servis dan prestasi =)
    Jom baca entri terkini Halif Saat …Iron Man 3 Best atau Tidak?My Profile

    Reply
    • May 18, 2013 at 9:55 pm
      Permalink

      bagus2 tapi bro tak joint pun

      Reply
  • May 12, 2013 at 10:53 pm
    Permalink

    mmg bagus cik tom buat korban di tempat2 yg memerlukan sbg sedekah dan membantu mereka yg memerlukan….Harap equrban dpt perbaiki servicenya dan lebih berhati2 terutamanya dlm penghantaran sijil..

    saya biasa guna ezqurban.. sebab saya kenal ezqurban pun dah lama sebelum equrban muncul..
    ezqurban pun rajin bagi saya kelendar meja yg membuatkan saya setia kpd mereka.. mungkin cara ini dapat dicontohi oleh equrban utk terus maju bersama…
    Jom baca entri terkini Hairul Hissam …Punca Obesiti Gemuk Dari Lemak Atau Gula? Dimana RasionalnyaMy Profile

    Reply
    • May 18, 2013 at 9:57 pm
      Permalink

      bagusnya ada bg alender kita gak tak pernh joint heee

      Reply
  • May 12, 2013 at 11:18 pm
    Permalink

    Semoga eQurban meningkatkan kecekapan mereka dan ciktom pula terus berjaya.

    Reply
    • May 18, 2013 at 9:57 pm
      Permalink

      semoga mereka dpt baiki mana yang kurang

      Reply
  • May 12, 2013 at 11:31 pm
    Permalink

    rasanya e-qurban akan meningkatkan perkhidmatannya selepas ini. come on e-qurban..

    Reply
    • May 18, 2013 at 9:58 pm
      Permalink

      wahualam.. kita tak nampak ia buat atau sebaliknya. Tuhan Maha Tahu.. kita dh bt yg baik serahkan padaNYA

      Reply
    • May 20, 2013 at 5:50 pm
      Permalink

      Terimakasih atas teguran.. dan sekrg pun kami tengah update sistem pengurusan ke arah yang lebih baik, insyaallah

      Tuan boleh lihat aktiviti di laman facebook kami equrban.com
      Jom baca entri terkini Equrban …Sekolah Integrasi Pertama KembojaMy Profile

      Reply
  • May 13, 2013 at 1:15 am
    Permalink

    Sagu pengalaman yang menarik. Melalui pengalaman Cik Tom..semua rakan-rakan dan pihak equrban dapat mempelajari serta menilai kembali perkhidmatan mereka.
    Jom baca entri terkini Ladfe Amir …Jangan Sebarkan Hadis Palsu Dan Hadis DhoifMy Profile

    Reply
  • May 13, 2013 at 4:59 am
    Permalink

    harap eQurban, memperbaiki kelemahan mereka serta cekap dalam menguruskannya segalanya. Tegur menegur, tidak salah .. malah menambahkan kebaikan 🙂
    Jom baca entri terkini Cik Lisa …Khasiat Study Di Awal PagiMy Profile

    Reply
  • May 13, 2013 at 8:21 am
    Permalink

    Assalam.. terimakasih atas komen di atas, Pertama kami mohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan sekarang pihak kami dalam proses menaiktaraf sistem pengurusan website kami( wujudkan sistem e-cert dan e-receipt ), Berkenaan pelaksanaan majlis, pelanggan boleh melayari web kami untuk melihat sendiri perjalanan majlis kerana setiap kali pelaksanaan , aktiviti2 berkaitan akan diupload ke laman facebook kami..Harap maklum dan terimakasih atas sokongan semua..Wassalam

    Reply
  • May 13, 2013 at 2:15 pm
    Permalink

    Setiap seseorang pasti pernah melakukan kesalahan,dan setiap kesalahanboleh diperbaiki.
    Jom baca entri terkini Oneblogsocial …Perbezaan Hosting Dan DomainMy Profile

    Reply
  • May 21, 2013 at 4:53 am
    Permalink

    jujur komen cik tom. thumbs up

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!