Sinopsis dan Lirik Lagu Syurgamu Ramadhan (Akan Ku Jumpa)

Cik tom nak share lirik lagu “Akan Ku Jumpa” dinyanyikan Azfar. Cik tom terus suka first time dengar lagu nie dalam cerita “Syurgamu ramadhan”. Bagi cik tom cerita ni tersangatlah best..mempunyai maksud tersirat yang mendalam dan paling penting menyentuh kalbu. Cik tom siap nangis tengok ending cerita ni. hati rasa tenang je dengar lagu ni. jiwa rasa tersentuh.

~~~marah tanda sayang~~~
~~~benci tanda rindu~~~

Lirik Lagu Akan Ku Jumpa ( OST Syurgamu Ramadhan ) – Azfar

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Sinopsis Syurgamu Ramadhan

Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang pendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…

Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya.Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya…Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia.

Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 5 hingga 15 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya kepada sesiapa pun…

Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya? SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam.

Syurgamu Ramadhan telah disiarkan di TV3 sepanjang bulan ramdhan yang lepas.

Pelakon Syurgamu Ramadhan
Elly Suriati, Eira Syazira, Ungku Ismail Aziz, Zarina Zainordin, Aripah Damanhuri, Shahar Yac’cob, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib dan Azma Aizal Yusoof

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Sinopsis dan Lirik Lagu Syurgamu Ramadhan (Akan Ku Jumpa)

  • September 22, 2010 at 1:07 pm
    Permalink

    waa..citer cam best jer..tp akak jarang tengok tv..kadang2 xde masa langsung nk tgk..hehe

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:11 pm
    Permalink

    larh awat xcter abis jer =.="
    hahaha ak dh lme xtgk tv

    ps: sian Lia xdpt mntk maaf ngn parents der.. cmner la der nk jawab di akhirat kelak
    (pengkritik hebat) xD

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:22 pm
    Permalink

    @sweetsal: nape akak busy watpe??hehe..

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:24 pm
    Permalink

    @fakhrur: nak cerita habis ker??malas panjang seh..hehe…

    ps: setuju2..ko mmg pengkritik terhebat..ekekee

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:37 pm
    Permalink

    @aretikz: betol2..plg best last episod masa halimah cakap dengan yassin..menusuk kalbu sgt2..

    amboi2 promote blog kat sini pulak..hehe..boleh pasal dah bodek cik tom comey…miahaha ;p

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:58 pm
    Permalink

    yaty pun suka sangat cerita ni.tapi sayangnya yaty tak ngk dari mula,yaty nengk dari tengah2 kot,itupun macam nak tak nak je,yang buat nak ngk sangat bila kematian anaknya itu..time tu Klimaks cerita…hehe..bebel panjang la plak..hehe

    Reply
  • September 22, 2010 at 4:20 pm
    Permalink

    eh2, knape yt sorg xtaw ni cerita ape.. huhu

    Reply
  • September 22, 2010 at 9:00 pm
    Permalink

    dlm sehari…

    paling kurang 10 kali sy nyanyi lagu ni.

    Reply
  • September 23, 2010 at 1:01 am
    Permalink

    bess sgt lagu nie..tp cita dah abes..sobs..tengs utk lirik nie..;)

    Reply
  • September 23, 2010 at 2:51 am
    Permalink

    Salam..

    amy singgah baca entry sambil follow,jemput ke teratak amy ye n follow me too

    Reply
  • September 23, 2010 at 2:58 am
    Permalink

    A'ah, mmg bz lagu ni..

    Reply
  • September 23, 2010 at 3:36 am
    Permalink

    @yaty: tue la best kan cerita ni..kalo ade ulangan nati leh tgk,.hihi

    Reply
  • September 23, 2010 at 4:59 am
    Permalink

    salam..waa..kite sama la cik tom! 🙂

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:20 am
    Permalink

    @pinky: try tgk cerita kat website tv3..rasanye ade kot..best tau..huhu

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:22 am
    Permalink

    @seepot: wah siap nyanyi lg..sedap kan lagu ni..best layan 🙂

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:23 am
    Permalink

    @fyza:mmg best..tue la cerita dah abes pun..huhu..

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:24 am
    Permalink

    @amy:huhu…ok nati cik tom sggh n follow..thanks sggh kat sini..selalu la jenguk ye 🙂

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:27 am
    Permalink

    @tieah:yup..xsangka ko layan gak cerita nih..huhu

    Reply
  • September 23, 2010 at 5:31 am
    Permalink

    @notami: suka lagu ni jgk ek…hehe..best kan..tiap2 hari cik tom dgr..rs tenang hati yg bercelaru 🙂

    Reply
  • October 1, 2010 at 2:07 pm
    Permalink

    ak dgn mak ak mmg minat tgk citer ni..hehe…awl2 dh terponggok depn tv…

    Reply
  • October 2, 2010 at 9:14 am
    Permalink

    @shidy: tue la kan..cerita ni memang best!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE