Sinopsis Filem Cinta Kura-kura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Filem Cinta Kura-kura yang bergenrekan cinta komedi ini memaparkan kisah mengenai kura-kura yang boleh bercakap (suara Zizan Raja Lawak) bernama Nico. Tarikh tayangan kat pawagam ialah 1 Mac 2012. Cik tom tertarik nak tengok filem Cinta Kura-kura sebab watak utamanya dalam cerita ni kura-kura. Pada yang dah tahu memang cik tom pernah bela kura-kura selama setahun lebih sehinggalah cik tom terpaksa lepaskan kura-kura kesayangan cik tom, diego dan dora ke kolam berdekatan rumah cik tom. Rindu pulak kura-kura cik tom, nak bela yang baru tapi tak jumpa pula kedai yang jual kura-kura kat kuala pilah ni kat mana.

Filem Cinta Kura Kura

Filem Cinta Kura Kura

Seperti filem-filem KRU Studios sebelum ini, filem ini turut menggunakan teknologi CGI yang mantap. Kami pasti filem bergenre cinta komedi arahan Nizam Zakaria ini mampu memikat hati penonton. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik dan Daus AF8.

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria yang berusia 21 tahun lakonan Tizz Zaqiyah. Nani ada seekor haiwan peliharaan bernama Nico seekor kura kura yang spesiesnya terancam yang menggunakan suara Zizan Raja Lawak. Nico ni pulak ada kelebihan boleh bercakap dengan manusia. Nani yang baru berpindah ke rumah abang dia dan berjiran pulak dengan Adam lakonan Aeril Zafril .

Adam jatuh cinta dengan Nani sejak kali pertama memandang. Malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka pada Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Farah Fauzana dan Zizan Raja Lawak yang alih suara sebagai watak kura-kura mesti lawak dan best. Teringin nak tengok filem Cinta Kura-kura ini tapi semestinya bukan la tengok kat panggung wayang sebab cik tom tak suka masuk panggung wayang. huhu…. So lambat lagi la kot dapat tengok.

Trailer Cinta Kura-Kura (Klip Eksklusif)

Sumber gambar dan sinopsis: Sinopsis Cinta Kura Kura -Filem Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril

Harapan dengan kemunculan filem Cinta Kura-kura ni buatkan makin ramai yang sayangkan kura-kura dan berminat nak pelihara kura-kura. heee…. Antara entry berkaitan dengan kategori kura-kura sepanjang cik tom berblog setahun lebih ialah;

1. Nak Cari Teman Hidup
2. Tips Mengenali Jantina Kura-kura
3. Ini Bukan Entry Lucah
4. Wedding of The Year Diego & Dora
5. Tips Penjagaan Kura-kura Kecil Versi Cik Tom
6. Penjagaan Kura-kura | Segala Soalan dan Jawapan Mengenainya
7. Diego dan Dora Berpindah Rumah Baru Yang Besar dan Selesa
8. Perselisihan Faham Dan Dibelasah Kerana Kura-kura
9. Kura-kura Kesayangan Cik Tom, Diego dan Dora
10. Tips Mengenali Jantina Kura-kura Versi 2
11. Contoh Rekabentuk Akuarium Kura-kura
12. Tips Asas Penjagaan Kura-kura Kecil
13. Facebook Page Community Kura-Kura Comel
14. Sayonara Diego dan Dora
15. Penyakit Kura-kura dan Cadangan Cara Merawat

*********************************************************************************

40 thoughts on “Sinopsis Filem Cinta Kura-kura