Sinopsis Filem Cinta Kura-kura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Filem Cinta Kura-kura yang bergenrekan cinta komedi ini memaparkan kisah mengenai kura-kura yang boleh bercakap (suara Zizan Raja Lawak) bernama Nico. Tarikh tayangan kat pawagam ialah 1 Mac 2012. Cik tom tertarik nak tengok filem Cinta Kura-kura sebab watak utamanya dalam cerita ni kura-kura. Pada yang dah tahu memang cik tom pernah bela kura-kura selama setahun lebih sehinggalah cik tom terpaksa lepaskan kura-kura kesayangan cik tom, diego dan dora ke kolam berdekatan rumah cik tom. Rindu pulak kura-kura cik tom, nak bela yang baru tapi tak jumpa pula kedai yang jual kura-kura kat kuala pilah ni kat mana.

Filem Cinta Kura Kura

Seperti filem-filem KRU Studios sebelum ini, filem ini turut menggunakan teknologi CGI yang mantap. Kami pasti filem bergenre cinta komedi arahan Nizam Zakaria ini mampu memikat hati penonton. Antara pelakon-pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik dan Daus AF8.

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria yang berusia 21 tahun lakonan Tizz Zaqiyah. Nani ada seekor haiwan peliharaan bernama Nico seekor kura kura yang spesiesnya terancam yang menggunakan suara Zizan Raja Lawak. Nico ni pulak ada kelebihan boleh bercakap dengan manusia. Nani yang baru berpindah ke rumah abang dia dan berjiran pulak dengan Adam lakonan Aeril Zafril .

Adam jatuh cinta dengan Nani sejak kali pertama memandang. Malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka pada Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Farah Fauzana dan Zizan Raja Lawak yang alih suara sebagai watak kura-kura mesti lawak dan best. Teringin nak tengok filem Cinta Kura-kura ini tapi semestinya bukan la tengok kat panggung wayang sebab cik tom tak suka masuk panggung wayang. huhu…. So lambat lagi la kot dapat tengok.

Trailer Cinta Kura-Kura (Klip Eksklusif)

Sumber gambar dan sinopsis: Sinopsis Cinta Kura Kura -Filem Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril

Harapan dengan kemunculan filem Cinta Kura-kura ni buatkan makin ramai yang sayangkan kura-kura dan berminat nak pelihara kura-kura. heee…. Antara entry berkaitan dengan kategori kura-kura sepanjang cik tom berblog setahun lebih ialah;

1. Nak Cari Teman Hidup
2. Tips Mengenali Jantina Kura-kura
3. Ini Bukan Entry Lucah
4. Wedding of The Year Diego & Dora
5. Tips Penjagaan Kura-kura Kecil Versi Cik Tom
6. Penjagaan Kura-kura | Segala Soalan dan Jawapan Mengenainya
7. Diego dan Dora Berpindah Rumah Baru Yang Besar dan Selesa
8. Perselisihan Faham Dan Dibelasah Kerana Kura-kura
9. Kura-kura Kesayangan Cik Tom, Diego dan Dora
10. Tips Mengenali Jantina Kura-kura Versi 2
11. Contoh Rekabentuk Akuarium Kura-kura
12. Tips Asas Penjagaan Kura-kura Kecil
13. Facebook Page Community Kura-Kura Comel
14. Sayonara Diego dan Dora
15. Penyakit Kura-kura dan Cadangan Cara Merawat

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Sinopsis Filem Cinta Kura-kura

  • February 21, 2012 at 1:51 pm
    Permalink

    kura kura lover 🙂

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:33 pm
      Permalink

      ok cik tom dah baca dan komen entry nyue..

      Reply
    • February 21, 2012 at 10:06 pm
      Permalink

      tue yang uniknya kura2 bersuara…suara zizan pulak tue..konpem lawak ni..

      Reply
    • February 21, 2012 at 9:58 pm
      Permalink

      tue la rasa best je..kalau ada peluang nak tengok..

      Reply
  • February 21, 2012 at 3:38 pm
    Permalink

    hahhaa..macam best pulak baca review ciktom ni. adeh..tp teringin nak tengok adnan sempit 2..jom seremban ciktom. hehe.

    Reply
    • February 21, 2012 at 9:55 pm
      Permalink

      eh ada adnan sempit 2 pulak ke??eh betul ke nak pergi seremban..jom3…

      Reply
  • February 21, 2012 at 3:52 pm
    Permalink

    macam best je.tambah pulak ada zizan..:P
    kalau ada johan lagi best kot..hehhe

    Reply
    • February 21, 2012 at 9:50 pm
      Permalink

      cik tom pun rasa best je cerita ni..teringin nak tengok..hee

      Reply
  • February 21, 2012 at 4:00 pm
    Permalink

    mcm sweet je jalan cerita ni.

    nak tgk tp sini xde wayang. hehe.

    Reply
    • February 21, 2012 at 9:55 pm
      Permalink

      tengok online kat you tube nanti konpem adanya..

      Reply
  • February 21, 2012 at 8:00 pm
    Permalink

    teringat kat tonek, kura-kura zie kat rumah…

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:06 pm
      Permalink

      nama kura2 tonek..uniknya..gegurl ke boboy??

      Reply
  • February 21, 2012 at 9:34 pm
    Permalink

    huhu..cik tom pun pernah bela kura2 gak ea? ayu pun pernah dulu, sepasang tapi xpndai jage kot..dua2 mati:(

    siyes cam best je citer ni..dah la bawah kru lak tu…

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:38 am
      Permalink

      aah cik tom pernah bela setahun lebih jugak..
      owh dah mati,,,kesiannya…huk3
      tue la rasa best bc sinopsis..tp plg suka ada zizan n fara fauzana kot sbb diorg kan suka bt lawak..heee

      Reply
  • February 22, 2012 at 2:16 am
    Permalink

    memang kena sgat dah ni cerita kura-kura dgn hobi ciktom 🙂
    pasti minat jugak dgn cite ninja turtle ni hehehe

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:31 am
      Permalink

      aah tue teringin nak tengok cerita ni sebab cik tom minat kura2..ninja turtle pun tgk jgk..hehehe

      Reply
  • February 22, 2012 at 11:42 am
    Permalink

    orang dulu suka pantun

    kura kura dalam perahu
    pura pura tak tahu

    kenapa orang dulu suka letak kura kura dalam perahu….
    agaknya kura kura dulu dulu memang boleh bercakap kot.
    nak ajak sembang kot sebab boring atas perahu.heehee

    tengok astro first jela cik tom..

    kalau taknak nanti saya ceritakan…hehe

    Reply
  • February 22, 2012 at 4:37 pm
    Permalink

    tak suka kura2 sb tgok geli jer heeee blh ker haa…

    Reply
  • February 22, 2012 at 4:38 pm
    Permalink

    umh saya dg kwn dg dengan pantai..

    blkh umh dia ada bonggol kura-kura besar gila he…skr tak tahu ar ada lgi ke tdi kt blkg umh dia tuh heee

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:34 pm
      Permalink

      wah ada bonggol kura2 tue means cengkerang kura2 ek..

      Reply
  • February 22, 2012 at 4:45 pm
    Permalink

    Pernah Pelihara kura-kura tapi dah lepaskan kat tasik, agak2nya dah besar dah kura-kura Azie heheheh, Yang paling seronok Time kura-kura ni makan, dia malu2 meow…

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:35 pm
      Permalink

      samalah cik tom pun dah lepaskan kura2 cik tom kat kolam dekat rumah…sedih tapi terpaksa sebab makin besar..

      Reply
  • February 22, 2012 at 8:05 pm
    Permalink

    err..kura-kura sedap ke dimakan?

    Reply
    • April 21, 2012 at 2:20 pm
      Permalink

      mana tau..haram makan kura2 termasuk golongan haiwan 2 alam..

      Reply
  • February 28, 2012 at 8:29 pm
    Permalink

    oh cinta kura kura… jangan cinta pura pura dah laaa…
    nanti sengsara derita tak keruan….

    Reply
  • February 29, 2012 at 1:03 am
    Permalink

    Terbaik dari KRU.Nak tgok jugak,tapi dekat Kelantan ni x ada pawagam pulaklah pulak.Adeh.

    *Agak2 Cik Tom,bilalah filem melayu kita ni nak setaraf dengan filem2 barat sana.Kos tinggi wooo.Tak mampu kot.

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:00 pm
      Permalink

      cik tom dah tgk tp download je..rs xbest mana..blh la setakat citer melayu..xleh high expactation cam cite luar.

      Reply
  • March 2, 2012 at 3:28 pm
    Permalink

    Filem kedua untuk Tiz. Hope lagi best daripada Nur Kasih The Movie. 🙂

    Reply
    • April 21, 2012 at 8:12 pm
      Permalink

      rasa xbest pun Tiz berlakon..kaku n nampak pelat..heee…lg better nur kasih kot..tap citer ni paling best part kura2 yang bercakap sbb lucu..

      Reply
  • March 3, 2012 at 9:54 am
    Permalink

    wah, saya pun ada bela gak red-eared neh…haha,…anyway, jemput CikTom baca review Cinta Kura-Kura di Kakiwayang.com yea…=)

    Reply
  • March 10, 2012 at 11:16 am
    Permalink

    dah tengok aritu..memang best gila.. paling x boleh blah part akhir skali masa dia lepaskan atok. Gajah2 pun ade dlm kedai tu. nampak beno nipunya..kahkahkah..

    Reply
  • March 11, 2012 at 8:30 am
    Permalink

    tgu nt org uplod kt Internet/youtube..kih3 😛

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!