Stesen TV AlHijrah | Siaran Percuma TV Islamik Malaysia | Mencari Frekuensi TV AlHijrah

logo stesen tv alhijrah yang warna emas dan hitam

Cik tom nak share info mengenai stesen TV AlHijrah yang bersiaran secara percuma sebagai siaran TV Islamik Pertama Malaysia. Cik tom nak bagitahu serba sedikit mengenai TV AlHijrah dan cara nak mencari frekuensi TV AlHijrah ni. Tema stesen TV ni ialah Segalanya Bermula Di Sini. Macam tagline blog cik tom pulak. hehe ;))

TV AlHijrah mula bersiaran pada 1 Disember 2010 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Haji Tun Razak pada 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharram 1432H. Saluran TV AlHijrah menyediakan pelbagai siaran program yang menarik berunsurkan agama dan kerohanian. Pelbagai drama yang menarik dan dokumentari mengenai islam akan turut dipaparkan. So, memang satu kelainan bagi semua orang yang selama ni hanya disogokkan cerita hiburan semata-mata. Jom la cuci mata dan hati tonton saluran berunsur dakwah dan islamik pulak.

Jakim berharap stesen TV AlHijrah dapat dijadikan sebagai medium saluran televisyen islamik di Malaysia. Harap dapat sambutan orang ramai. Tapi lokasi pemancar tue kena la bagus sebabnya kat rumah cik tom dapat siaran TV AlHijrah ni. Cuma bila tengok siaran tv ni macam zaman dulu pulak. Hitam putih je yang keluar bila frekuensi stesen TV ni lemah.

Pada yang nak cari frekuensi TV AlHijrah. Cara-caranya;

1) Sila Tekan butang “Menu” pada alat kawalan jauh( remote control).

2) Pilih dan tekan butang “Search” untuk pencarian frekuensi.

3) Pastikan pencarian frekuensi tepat mengikut frekuensi dan kawasan di jadual cik tom letak kat bawah;

Lokasi pemancar Saluran UHF Frekuensi
Lembah Kelang CH55 743.25
Terengganu CH41 631.25
Johor CH40 623.25
Sarawak CH37 599.25
Sabah CH37 599.25

**TV AlHijrah masih belum disiarkan melalui siaran Astro.

4) Simpan saluran pilihan pada TV .


Kalau nak tengok online atau nak tahu lebih lanjut mengenai stesen TV AlHijrah boleh klik SINI dan SINI.

Sumber: Adah dan Harian Metro, 1/12/2010.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Stesen TV AlHijrah | Siaran Percuma TV Islamik Malaysia | Mencari Frekuensi TV AlHijrah

  • December 20, 2010 at 12:05 pm
    Permalink

    tgk rancangan tv baru nih mcm best jugak :))

    Reply
  • December 20, 2010 at 12:28 pm
    Permalink

    terima kasih cik tom,,
    sy blom tngok lagi channel tu,
    tringin jgk,,

    pape pon,,
    gud info…
    i like it..

    Reply
  • December 20, 2010 at 12:57 pm
    Permalink

    wahh ni bagus ni cik tom.

    Reply
  • December 20, 2010 at 1:18 pm
    Permalink

    oouhhh~
    thanks cik tom!!
    tahu takk..anis ade cite2 nak jadi pnegacara alhijrah~~~
    dr sekolah dulu
    perasan kan!
    haha

    Reply
  • December 20, 2010 at 2:24 pm
    Permalink

    kawasan rumah akak ni kalau tak pasang astro susah sikit nak dapat siaran tv..
    tapi nanti nak cuba cari jugak la..
    mana tau kot2 dapat..

    Reply
  • December 20, 2010 at 3:26 pm
    Permalink

    kat klntan xde ye sis?

    Reply
  • December 20, 2010 at 3:30 pm
    Permalink

    kat area utara brapa frekuensi dia eh?
    bila nk dpt? huhu..

    Reply
  • December 20, 2010 at 4:38 pm
    Permalink

    wow!!terengganu pon dapat ea??nak try search la. hehe

    Reply
  • December 21, 2010 at 3:18 am
    Permalink

    wah..nak cube jugak la…

    Reply
  • December 21, 2010 at 5:03 am
    Permalink

    Huhu.. macam mna nak adjust guna astro? haha..

    Reply
  • December 23, 2010 at 3:34 pm
    Permalink

    lorh cik tom..xsangka time aku search kat google jumpe entri ko kat sini..hehehhee

    Reply
  • May 24, 2011 at 2:48 am
    Permalink

    Ramai diluar sana yang masih tercari-cari website mana yang menyediakan perkhidmatan radio online dan juga tv online dalam satu paparan website. Disinilah jawapannya, XY RADIO ONLINE menyediakan perlbagai radio online sama ada di Malaysia mahu pun luar negara sepert Era Fm, Sinar Fm, Suria Fm, Hitz Fm, Hot Fm, Thr Fm dan banyak lagi. Disamping itu terdapat juga tv online yang percuma untuk anda tontoni termasuk HBO dan TV 3 disamping siaran tv malaysia yang lain. Untuk ke website tersebut anda hanya perlu ingat keyword “XY Radio” sahaja dan taip pada google search atau pun yahoo search pasti anda akan jumpa link website tersebut. Semoga terhibur.

    Reply
    • August 15, 2011 at 6:24 pm
      Permalink

      ini bagi yang takde siaran astro kat umah macam rumah cik tom..huhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!