Suami Hadiah Set Dapur dan Cooker Hood Rinnai

Suami Hadiah Set Dapur dan Cooker Hood Rinnai | Assalamualaikum dan salam sayang… Kali ni ciktom ada kesempatan masa untuk menulis. Alang – alang masih baru, ciktom nak kongsikan pasal set dapur baru rumah kami. Sebenarnya dah lama juga teringin untuk upgrade ruang memasak cuma yelah ada perkara utama lain yang perlu didahulukan.

Masa PKP ada juga berbincang dengan suami untuk tambahbaik ruang memasak terutama kabinet dapur dan ruang simpanan. Asalnya macam hint gurau – gurau saje, rupa – rupanya suami ambil serius.

Suami Hadiah Set Dapur dan Cooker Hood Rinnai

Suami Hadiah Set Dapur dan Cooker Hood Rinnai

Bermula urusan survey, spec, jenama, harga, pembelian dan pemasangan ciktom memang tak campur. Yang ciktom tahu, nak upgrade ruang memasak je. Yelah, penat mata tengok dapur gas beralaskan dengan rak kasut logik ke tak logik dan ruang penyimpanan kelengkapan memasak dan bahan masakan terhad.

Boleh baca artikel perancangan suami: Merancang DIY Kabinet Dapur IKEA

Akhirnya, suami buat pilihan beli dapur gas dan cooker hood dari jenama Rinnai. Ciktom pun tak berapa tahu jenama ni sebab biasanya kita guna Elba, Electrolux takpun Pensonic. Bila tanya kenapa tak pakai jenama yang biasa je. Jawapannya Rinnai ni jenama perkakas gas nombor 1 di Jepun. Tak habis – habis dengan Jepun nya. Muka takde pulak macam Jepun. hihi..

Balik berpantang dari Terengganu 1 Jun, set dapur gas dan cooker hood dah siap dipasang beserta kabinet dapur IKEA. Ciktom rasa macam… wowww sungguh – sungguh ini bukan cubaan.

Artikel: Pengalaman Suami Pasang Kabinet Dapur Customade Ikea Secara DIY

Belum sempat tanya, suami sendiri dah ceritakan kenapa dia pilih model sekian – sekian. Katanya sempena ‘new norm’ ni, kena biasakan normal baharu. Alah, skemanya. Nak hidupkan api bukan sebarang pulas, kena dengar spark api dan tunggu 5 saat baru lepaskan tombol. Lecehnya.

#1 – Teknologi Inner Flame

Suami bagitau model dapur yang dibeli menggunakan teknologi inner flame. Api yang menyala berada di bawah tungku memasak. Apa kelebihan teknologi inner flame ni? Biasa kan kadang – kadang kita memasak terasa panas dan mula buka tingkap. Angin boleh memadamkan api di dapur gas tapi gas mengalir keluar. Jadi teknologi ni mengurangkan risiko api terpadam disebabkan faktor luaran.

Adira beraksi kat dapur. Safety first, under pemantauan ibu.

Selain tu, haba panas dari api menghala ke titik tengah periuk atau kuali. Jadi, masakan akan cepat panas atau masak disebabkan kurang haba yang terbebas keluar dari kawasan tungku. Hmm.. ciktom pun faham tak faham je tapi memang betul pun, pada awal – awal guna ikan bilis kejap sangat hangit.

#2 – Safety Device

Dapur style built-in ini juga biasanya memang dah dilengkapi dengan safety device. Kalau api terpadam, automatik akan menutup aliran gas jugak. Yelah kadang – kadang tu memang beringat tapi ada keadaan kita terlupa dan tak jangka. Jadi, dapur ini secara teorinya memang selamat dan kurang risiko gas mengalir keluar.

Dan suami ingatkan, kalau suatu masa nanti bila kita cuba hidupkan api takde bunyi spark jangan terlalu awal kata dapur rosak dan tidak berkualiti. Salah satu punca takde spark sebab bateri habis. Adoi… pakai bateri rupanya untuk spark ignition.

#3 – Cooker Hood

Kita ni memasak memang banyak sangat elemen berminyak. Dah pakai dapur cantik – cantik tapi nanti dinding dan table top penuh dengan kesan minyak. Jadi suami pairkan dengan cooker hood dari jenama Rinnai juga. Ada 3 kelajuan bergantung apa yang kita masak.

Tips Memilih dan Jenis Cooker Hood

Ok, suami bagi tips kalau nak pilih cooker hood, perkakas ni didatangkan dengan dua jenis. Outdoor ventilation dan internal circulation. Kalau outdoor ventilation ni yang biasa kita tengok, macam ada belalai gajah tu bawa asap masakan ke luar rumah. Kadang – kadang orang sorok dengan wall cabinet.

Internal circulation ni biasanya orang guna kat rumah macam apartment. Kan dinding tak boleh tebuk, jadi akan guna jenis internal circulation.

Suami pilih cooker hood yang boleh guna dua – dua kaedah cuma buat masa sekarang kami gunakan kaedah internal circulation walaupun rumah teres. Malas nak tebuk dinding lah tu…

Boleh baca lanjut penerangan suami: Dapur Rinnai Inner Flame Jadi Pilihan

Satu lagi, suami bagitau kalau nak pilih cooker hood, yang pertama tengok power suction dulu. Nilai power suction yang dicadangkan Home Ventilation Institute (HVI) adalah 100 cubic foot per minute (169 cubic meter per hour) dan ke atas. Macam banyak sangat je kena ambik tahu kan? yelah, dah memang itu bidang suami ciktom.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian dan tips membeli dapur gas dan cooker hood. Rupanya bukan boleh sebarang beli. Choose with a reason. Kalau nak tanya hal – hal dapur gas boleh je tanya. Kalau ada masalah simple pasal dapur atau nak buat servis ringkas, boleh rujuk artikel Servis Dapur Mudah Macam Baru.

InsyaAllah nanti ciktom update entry ni masukkan close up gambar dapur dan cooker hood Rinnai ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.