Sumbangan & Amal Jariah: Derma Untuk Pembinaan Surau Al-Mustaqeim

Assalamualaikum dan salam sayang… Baru-baru ni abang cik tom giat war-warkan yang surau di taman perumahan dia tinggal tu tengah minta derma daripada orang ramai untuk menyiapkan pembinaan surau yang diberi nama Surau Al-Mustaqeim.

Derma Untuk Pembinaan Surau Al-Mustaqeim

Surau Al-Mustaqeim ni terletak di lokasi berikut;

Taman Sri Purnama,
Gong Cempedak,
21600 Marang,
Terengganu.

Perumahan Taman Sri Purnama ni baru je beberapa tahun dibangunkan. Dengar-dengarnya ada banyak lagi fasa baru pembangunan perumahan tengah giat dibina. Cuma sayangnya pihak pemaju hanya sediakan tapak kosong saja. Selebihnya terletak pada penduduk kat situ untuk usahakan pembinaan surau.

Surau Al-Mustaqeim dalam proses pembinaan

Alhamdulillah penduduk Taman Sri Purnama ni memang gigih mengumpul dana pembinaan Surau Al-Mustaqeim. Pada waktu petang dan hujung minggu pun diorang rajin bergotong royong mempercepatkan proses pembinaan surau. Kagum cik tom dengan semangat dan ukhwah penduduk kat taman ni tau.

Penduduk kampung bergotong royong siapkan pembinaan surau

Jangan risau ini seratus peratus bukan scam. Cik tom dah tengok sendiri suraunya yang tengah dalam pembinaan. Akaun BSN ni pun dibuka atas nama Surau Al-Mustaqeim dan bukanlah pada individu perseorangan. Pada yang berminat untuk memberi sumbangan, boleh salurkan ke akaun berikut;

Sumbangan & Amal Jariah: Derma Untuk Pembinaan Surau Al-Mustaqeim

memohon sumbangan menyiapan pembinaan surau

Nota jari: Rebutlah peluang untuk tambah saham akhirat kerana hidup ni bukan duniawi semata-mata tapi ianya adalah persiapan ke arah akhirat yang kekal abadi.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Sumbangan & Amal Jariah: Derma Untuk Pembinaan Surau Al-Mustaqeim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE