#Throwback2013: Sweet 27??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Alhamdulillah 22 November yang lepas genap umur cik tom 27 tahun. Bukan umur yang muda lagi. Dah makin menginjak ke usia 3 series. Isk seramm pulak fikir sebab kahwin pun belum. hihi… Tapi dari dulu lagi cik tom memang target nak kahwin pada umur 28 tahun.

Harapnya berjayalah apa yang cik tom target ni. So kena usaha keras untuk tahun 2014 untuk kumpul lagi banyak duit dan lagi ramai calon. haha…

Agak-agak kalau umur 27 tahun ni ada orang panggil sweet 27 tak?? hehe…

Tak sangka pulak malam birthday cik tom tue.. housemate; shida, jaa dan zaty buat suprise celebrate birthday cik tom. Yang kelakarnya cik tom dah siap tutup lampu tidur pukul 11.30 malam. Pastu muka pulak bertempek dengan masker madu+kulit kayu manis.

Tengah best tidur tue terkejut ada orang menjerit nyanyi lagu birthday. hehe.. So sweet.. Terharu rasa nak nangis pulak bila dah besar ni ada duk celebrate birthday cik tom. Thanks a lot shida, zaty & jaa. Love u!!

Kek Birthday blueberry yang sedap!
Kek Birthday blueberry yang sedap!

Best sangat rasa kek blueberry ni. Cik tom tak suka krim kek. Tapi krim kek blueberry ni best sebab tak rasa berlemak/ minyak dan keknya pun sedap!

Keesokkan hari, cik tom drive balik Terengganu nak gi wedding mizazy. Adik cik tom, Zulaikha bagi hadiah handphone case kat cik tom yang dia buat sendiri. Comel tak? hehe..

Handphone Case Handmade by ika comel ;)
Handphone Case Handmade by ika comel 😉

Comel kan? Kaler favourite cik tom merah. Ngam-ngam pulak dengan Note cik tom. Terima kasih ika comel. hehe… Terima kasih juga pada semua yang wish birthday cik tom thru handphone ataupun facebook.

Sepanjang bulan Disember 2013, blog ciktom[dot]com akan 
menyiarkan slot #Throwback2013 bagi melangsaikan segala 
entri yang banyak tertunggak di dalam draft sepanjang 
tahun 2013 terutama entri berniche personal.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

16 thoughts on “#Throwback2013: Sweet 27??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE