Sweet Escape Ke South Korea

Assalamualaikum dan salam ceria selalu… Cik tom dapat satu email yang maklumkan sekarang tengah rancak berjalan satu contest yang sangat awesome! Cik tom kalau bab contest ni memang excited terlebih nak join. haha.. Lagi-lagi pulak bila tengok penganjurnya ialah pihak Traveloka. Cik tom salah seorang customer Traveloka. Sejak mengenali Traveloka memang cik tom akan book hotel di Traveloka. Boleh baca pengalaman cik tom book hotel di Traveloka; Pengalaman Booking Hotel Jimat Berganda.

Kat Traveloka ni kita boleh book hotel dan juga tiket flight di Asia Tenggara dengan sistem book dan pembayaran yang mudah. Yang paling best tiada caj tersembunyi. Harga korang tengok tue la harga yang perlu dibayar. Siap dapat diskaun guna kupon lagi. Cik tom perasan iklan Traveloka ni pun dah mula keluar kat Astro tau. Semoga Traveloka semakin sukses!

Nak tengok details contest Traveloka  “You need a holiday lah!” boleh rujuk >>SINI.

10 destinasi untuk bercuti dengan Traveloka

Terdapat 10 pilihan destinasi percutian yang best antaranya Tokyo, Hong Kong, Bali dan seperti yang tertera gambar di atas. Wah semua destinasi percutian memang best! Tengok baby pun terkejut rambang mata. haha..

Tapi kena pilih satu je kan? Jika diberi peluang untuk Traveloka realisasikan wishlist vacation cik tom, cik tom paling teringin nak ke SOUTH KOREA!

Sweet Escape Ke South Korea Bersama Traveloka

Kenapa cik tom pilih South Korea a.k.a Korea Selatan? Cik tom sukakan tempatnya yang romantik dan cantik. Orang korea pun mostly friendly orangnya. Budaya kat sana memang banyak yang menarik dan berbeza dengan negara lain. Selain itu, persekitaran kat sana juga selamat dan pengangkutan awam yang banyak pilihan serta mudah.

Em.. mana cik tom tahu? Sebenarnya cik tom dah pernah pergi bercuti ke Korea Selatan pada tahun 2014. Cik tom dah pergi 8 hari 7 malam tapi masih banyak lagi tempat menarik di Korea yang tak sempat pergi.

Sweet Escape Ke South Korea Bersama Traveloka

Memang banyak sangat wishlist tempat dan aktiviti-aktiviti yang cik tom nak buat kat Korea!! Cik tom kan baru je berkahwin beberapa bulan yang lepas. So, cik tom nak bercuti ke Korea Selatan dengan suami sambil dating kat sana. Kira ada mood nak honeymoon lagi la kekonon. hehe…

1. Padlock’s Love at Namsan Seoul Tower

Aktiviti pertama bila cik tom holiday kat Korea, cik tom nak pergi naik kereta kabel ke Namsan Seoul Tower. Then, nak ajak suami tulis nama kami gantung dan kunci mangga bentuk love tue kat pokok cinta. Kemudian simpan kunci elok2 sebagai kenangan. Bak orang kata letak tanda cinta kat situ. Acah2 sweet gitu. haha…

Pastu nak ajak pergi Teddy Bear Museum dalam tue jugak. Nak tengok bear yang comel2. Kat sini cik tom nak tengok pemandangan indah bandar Seoul sampai la ke malam. Boleh buat candle light dinner kat sana. Mesti romantik berdua tengok night scenery kan. hehe..

2. Korea’s Palace (Istana)

Hari kedua, cik tom nak berdating ke empat istana lama korea atau Palace iaitu Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace, Changgyeonggung Palace dan Deoksugung Palace. Kitorang akan berjalan pusing palace tu sampai kaki lebam sambil snap gambar dan tengok senibina bangunan yang cantik dan berseni. Kitorang pun takkan lepaskan peluang untuk lihat upacara tukar pengawal istana.

Tak lupa juga cik tom nak snap gambar selfie kitorang dengan pengawal istana. hehe..

four palace in korea

3. Jeju Island

Hari ketiga, cik tom nak pergi ke Pulau Jeju pulak. Ambil trip 2 hari 1 malam kat sana naik ferry. Kitorang akan pergi tengok matahari terbenam sambil piknik dan borak2 sharing story. Boleh rapatkan lagi hubungan sebab kitorang pun dalam proses mengenali each others. huhu.. Ehem.. Kalau boleh buat unggun api lagi best. hihi..

Selain tu, cik tom tertarik nak tengok penyelam wanita Pulau Jeju yang dah berusia pun masih menyelam. Sebelum ni selalu tengok kat show Korea. Harap boleh tengok live sendiri pulak. huhu..

Tengok tue cantik kan pemandangan Pulau Jeju?? Tak sabar rasa nak jejak kaki kat sana. Boleh la kitorang buat aktiviti outdoor swimming, hiking, pergi jungle tracking ker. hoho..

4. Pakaian Tradisonal Korea- Hanbok

Next wishlist, cik tom nak pakai baju tradisonal korea; hanbok sepasang dengan suami kat Korea Ogranization Tourism. Baju tradisional ni pun boleh pakai dan bergambar masa kat palace tapi ramai orang. Lagi senang book hanbok di KTO.

5. Coffee Time

Suami cik tom suka minum coffee. Jadi cik tom plan nak buat aktiviti coffee time kat cafe yang unik dan menarik kat Korea. Coffee kat Korea ni memang famous sangat! Cik tom nak minum coffee kat cafe unik cam One Piece Cafe, Cat Cafe, Hello Kitty Cafe dengan Coffee Prince Cafe.

Yang Cat Cafe tu mesti seronok kitorang minum coffee sambil main2 dengan kucing yang jinak dan comel. Tengok comel dan unik jer design cafe di Korea. Ada banyak lagi tau. Tu sikit je cik tom share.

6. Food Hunting

Yang ni aktiviti waktu bercuti yang paling cik tom suka. Part mencuba makanan baru ketika holiday. Banyak sangat makanan korea yang nampak sedap dan menyelerakan. Nak senang cari makanan halal kat Itaewon la yang banyak makanan halal. Yang viral kat Itaewon, kebab, makan aiskrim Turki, Baklava.

Cik tom plan nak makan makanan korea di Itaewon. Cik tom lagi prefer makanan identiti korea cam;

  • Kimchi- nasi goreng kimchi, egg roll kimchi.
  • Bibimbap
  • Tteokbokki
  • Gyeran Pang
  • Bungeoppang
  • Strawberry Chapsal Teok

Tak lupa juga gula-gula tarik dan banana milk. Hmm.. rindu pulak nak minum banana milk Korea.

7. Lokasi Shooting Show Running Man

Kami berdua memang peminat show Running Man (RM). Sedihnya baca announcement dari penerbit RM yang bakal tamatkan show RM pada awal tahun depan. Jadi cik tom teringin nak bawa suami holiday ke lokasi yang pernah team RM ni shooting macam Han River, Petite France, Yeouido Park, Lotte World, Haneul Park, World Cup Stadium Station, 63 Buliding dan banyak lagi.  🙁

8. Shopping

Last part of course shopping! Dah puas berjalan sana sini, kita shopping souvenir untuk family dan rakan-rakan. Cik tom dah aim nak shopping beauty produk di Myeongdong. Nak beli face mask, cucumber gel, perfume. Harga kat sana lagi murah dari Malaysia! Yelah dah Korea pengeluar terbesar produk kecantikan kan. Souvenir lain boleh cik tom beli brooch, fridge magnet dan t-shirt Korea kat Namdaemun.

souvenir dari korea

Sebenarnya banyak lagi wishlist cik tom tapi kalau cerita memang sampai muak korang nak baca.. haha..

  • Nak tulis nama dalam tulisan korea; Hangeul di King Sejong Exhibition
  • Nak belajar buat kimchi di Kimchi Making School
  • Kayuh railbike di Gangchon
  • Pergi bergambar kat patung winter sonata di Nami Island
  • Naik night river cruise sambil lihat Banpo Bridge Rainbow Fountain di Han River
  • Tengok bunga berkembang di Everland

Nak bercuti ni sebenarnya tak semestinya perlukan bajet yang tinggi asalkan kita tahu planning dan survey untuk dapatkan percutian hebat dengan kadar rendah. Contoh paling mudah kta boleh book hotel dan flight dengan harga berpatutan di Traveloka. Kalau tak percaya korang boleh survey dan compare harga by your own. 🙂

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

Cik tom harap pihak Traveloka dapat realisasikan impian cik tom nak bercuti ke South Korea. Doakan cik tom berjaya dengan #MyTravelokaEscapade.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

11 thoughts on “Sweet Escape Ke South Korea

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE