Tabung Korea | Misi Ke Korea 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera……….. Mood cik tom tengah excited dan hati bunga-bunga nak gi jalan-jalan ke Korea tahun depan.

Cik tom dan kawan-kawan dah beli tiket flight Airasia ke Seoul, Korea 20 Mei 2014 sehingga 27 Mei 2014. Harga tiket ni beli time promosi bulan oktober aritu sekali dengan lugage RM634 seorang.

Buat masa sekarang just beli tiket je. Segala jalan-jalan kat Korea.. kitaorang duk tengah fikir lagi nak pergi dengan pakej atau gamble je redah ke sana. huhu…

Dah nak gi korea ni. Cik tom siap  beli satu tabung besi kat kedai RM2 khas untuk saving duit trip dan shopping ke korea. Kena isi penuh2.. dah penuh baru boleh pecahkan tabung ni tengok berapa dapat.

Last cik tom pecahkan tabung besi lebih kurang camni gak dapat dalam RM540. Harap kali ni boleh simpan lebih lagi. hee….

Tabung Korea 2014
Tabung Korea 2014

Ni duk survey lagi mana yang better sebab semuanya first time nak ke korea. Takde experience lagi kat sana. Ada yang suggest untuk first time better amik mana2 pakej trip Korea dulu. Ok take noted!

Erm ada sesiapa yang tau mana-mana pakej muslim Korea yang best pernah korang pergi tolong inform cik tom ye. Thanks in advance 🙂

Ada tak sesiapa pergi tarikh sama dengan lebih kurang cik tom ke korea tahun depan? Meh share-share experience holidays atau trip korang untuk tahun depan~

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

32 thoughts on “Tabung Korea | Misi Ke Korea 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE