Tabung misi bayar hutang PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Ini entri throwback untuk imbas kembali cerita yang tak terupdate selama ni. Hehe…  Cik tom jadi terfikir selain bayar bulan2 yang kadang2 rasa tak bergerak sangat potong hutangnya tu. Macam mana lagi nakpercepat proses bayar hutang PTPTN ni . Pada awal tahun lepas cik tom tergerak hati bersungguh sikit buat satu tabung khas hanya untuk target bayar hutang PTPTN selain dari bayar setiap bulan. Jadi terhasil la tabung misi bayar hutang PTPTN.

menabung dari zero
Kredit: relaksminda

Pada yang ada hutang PTPTN, korang dah check ke berapa baki pinjaman PTPTN korang? Kalau nak check boleh secara online boleh rujuk; Cara Semak Baki PTPTN Secara Online.

Asalnya cik tom niat nak buat tabung tu untuk raya dan juga bayar ptptn. Kira bahagi dua. Tapi last2 tak buka pun tabung tu time raya tahun lepas. Cik tom guna saving lain untuk bajet persiapan dan duit raya. Jadi tabung ni fully for loan ptptn.

Baca: Hasil Pecah Tabung Korea

Tabung misi bayar hutang PTPTN

Tabung misi bayar hutang PTPTN
Hasil pecah tabung ptptn…

Tabung cik tom ni dari awal tahun sehinggalah tamat riwayatnya 27/10/14. Dah selamat cik tom pecahkan tabungnya dan kumpulkan duit sebanyak RM855 selama hampir 10 bulan. Lama jugak tu kumpul dan hasilnya takdelah banyak mana tapi boleh la buat cover bayar hutang ptptn. Adalah jugak backup dari takde langsung kan.

Baca: Pengalaman Rasa Bahagia Habis Hutang PTPTN

Cara cik tom menabung ni cik tom akan letak at least minimun RM50 sebulan dalam tabung. Kalau ada duit lebih rasa nak simpan masukkan juga dalam tabung ptptn ni. Kira takdelah spesifik jenis duit nak masukkan. Yang jadi tak sabar cik tom jadi tertanya2 berapalah saving cik tom ni sebab tabungnya tak nampak dan tak boleh buka langsung kecuali pecahkan.

Pada yang ada pinjaman pendidikan, macam mana korang bayar hutang pendidikan korang? Jomlah share cerita atau tips menarik yang korang ada tue.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Tabung misi bayar hutang PTPTN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE