Tawaran Istimewa Kombo Buku MatLuthfi

Assalamualaikum dan salam sayang… Oleh sebab cik tom dan adik beradik suka sangat baca dan review buku di dalam blog ciktom.com ni. Hari ini cik tom nak promote satu tawaran menarik dari kedai buku online Bookcafe iaitu tawaran istimewa buku kombo Matluthfi dari buku pertama, Catatan Matluthfi dan terbaru, Momen2 Matluthfi.

Buku Catatan Matluthfi telah terjual lebih kurang 200,000 naskhah. Pergh banyakkan? Dahsyat la penangan Matluthfi ni. Asalnya dari blogger kemudian vblogger. Sekarang tukar profesion menulis buku pulak. Memang hebat! Cik tom pun salah seorang peminat video youtube Matluthfi. Memang dah subcribe siap2. hehe.. Blog Matluthfi sekarang dah tak wujud katanya, cik tom pun tak pernah pulak baca blognya. Biasa tengok video Matluthfi di youtube je.

Kalau buku Catatan Matluthfi memang cik tom rekemen korang dapatkannya. Seronok baca buku Catatan Mathluthfi dengan gaya santai dan sempoi dia. Buku penulisannya penuh dengan sinikal dan ada la selit bab keluarga, kehidupan dia belajar di Aussie, isu politik semasa sikit2.

Tawaran Istimewa Kombo Buku MatLuthfi

Tawaran Istimewa Kombo Buku MatLuthfi
Tawaran Istimewa Kombo Buku MatLuthfi

Tapi yang paling cik tom suka buku tue menarik dengan illustrasi berwarna-warni dalam tu. Memang tak rugi dengan RM25 je sebuah buku. Biasa buku2 ni warna hitam putih je pun. Kalau berwarna ada la selit tak lebih 3 warna kan. Ni review cik tom yang baca buku Matluthfi. Setiap orang taste buku berlainan.

Tak kurang jugak ada kutuk kaw2 buku Catatan Mathluthri katanya lebih kurang seperti diblog Matluthfi la.. Overrated la.. Boring lagi best video la.. Tapi kalau betul buku ni tak best agak2 boleh ke sampai ulang kali cetak sehingga 200 RIBU buah buku dan buku Catatan Matluthfi ni bestseller waktu festival buku di Kuala Lumpur baru-baru ni.

Buku matluthfi best
Inilah rupa penulis buku kacak bergaya- Matluthfi

Malas dah taip panjang2. Kalau berminat boleh je ke website–>OFFER Kombo Buku Matluthfi.

Psstt.. agak-agak Matluthfi ada baca tak blog cik tom? Perasan! hehe…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

6 thoughts on “Tawaran Istimewa Kombo Buku MatLuthfi

    • December 5, 2015 at 10:17 pm
      Permalink

      ciktom pun baca dari bookcafe baru tau terjual 200k..memang hebat..

      Reply
  • December 3, 2015 at 11:17 pm
    Permalink

    sy mmg minat video matluthfi. tak pernah tahu pulak si mat ni tulis buku. tq nak beli la set kombo ni mesti best.

    Reply
    • December 5, 2015 at 10:10 pm
      Permalink

      jgn lepaskan peluang beli dgn harga promosi kombo ni..mmg terbaik sbb free postage..kalau cari kat kedai dh satu hal ongkos ke kedai..yg ni direct pos ke rumah..dan rsnya buku kedua tu xde jual lg di kedai2 buku..

      Reply
  • December 4, 2015 at 12:40 pm
    Permalink

    Mat luthfi mmg hensem!

    Sy dh pnh bc buku catatan matluthfi..serius mmg best..cuma buku tu sy pnjm kwn..xbeli pun..

    Tunggu dpt duit ptptn la beli sebuah…hahahahahahaha

    Reply
    • December 5, 2015 at 9:52 pm
      Permalink

      memang tak best pinjam kawan..sbb bila2 rindu nak baca senang boleh je baca..tak payah nak pinjam dgn org…beli la bt koleksi peribadi..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!