Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017

Assalamualaikum dan salam ceria.. Sebelum ini cik tom pernah kongsikan artikel mengenai cik tom berjaya bayar lumpsum baki pinjaman PTPTN dengan diskaun 20% mengunakan insentif bayaran balik dari Bajet 2015. Sayangnya bila ada rakan-rakan cik tom nak juga bayar lumpsum PTPTN untuk dapatkan diskaun yang sama. Kerajaan dah stop bagi insentif bayaran balik PTPTN bagi Bajet 2016.

Alhamdulillah kini Bajet 2017 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini telah mengadakan kembali insentif bayaran balik PTPTN. Mungkin banyak dah kot kumpul duit dari GST. Hehe..

Jadi kepada peminjam yang berminat untuk buat bayaran balik bagi penyelesaian penuh hutang pinjaman korang, jangan lepaskan peluang ini!

Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017

Di bawah cik tom sertakan iklan makluman dari website PTPTN;

Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017

Terdapat 2 jenis diskaun iaitu 10% dan 15% yang ditawarkan kepada 3 golongan peminjam iaitu;

  1. Diskaun 15% bagi peminjam yang membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman (@ bayar lumpsum).
  2. Diskaun 10% bagi peminjam yang membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
  3. Diskaun 10% bagi peminjam yang membuat bayaran melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Untuk kiraan berapa baki untuk bayaran selepas diskaun boleh cek di link >>Bajet 2017.

Insentif Bayaran Balik PTPTN ini berkuatkuasa dari 22 Oktober 2016 sehinggalah 31 Disember 2017. Ada masa lebih kurang setahun sebulan lagi untuk korang usahakan. Mana tahu boleh bayar lumpsum. Tetapkan target, jangan lupa kena usaha dan berdoa dengan Allah dimurahkan rezeki. Dicukupkan segala rezeki yang kita dapat walaupun sedikit. Kadang-kadang ramai yang bergaji besar pun asyik dapat gaji habis macam tu je, gaji tak pernah cukup sampai PTPTN pun liat nak bayar.

Janganlah kita jadi macam ini ye. Tak perlu konon nak tunggu mana-mana parti menang untuk mansuhkan PTPTN. Cik tom rasa kalau mana-mana parti menang pun sukar nak laksanakan mansuh bayaran balik ptptn ni. Yelah hutang negara pun dah berlambak. Ini pendapat peribadi cik tom jelah.

Jadi dah adat meminjam tu silalah rajin-rajin bayar kembali hutang PTPTN yang korang dah belanja sakan sebelum ni. Cik tom tahu tak semua macam tue, ada je yang berjimat cermat. Tapi yang berjimat tue macam kes terpencil je. Mostly cik tom tengok kawan-kawan time study dulu (UiTM) boros sakan. Beli smartphone la, pergi travel sana-sini la, belanja awek atau pakwe la.. macam-macam pesen perangai ada.

Jadi cuba korang check yang mana satu golongan peminjam yang korang rasa layak untuk mohon bagi insentif bayaran balik PTPTN. Tepuk dada tengok penyata gaji dan akaun bank masing-masing.

Artikel lain berkaitan;

  1. Tabung misi bayar hutang PTPTN
  2. Pengalaman Rasa Bahagia Habis Bayar PTPTN
  3. Tawaran PTPTN- Elak Senarai Hitam dan Pertukaran Ujrah
  4. Cara Penyelesaian Terlupa Kata Laluan PTPTN Ujrah
  5. Cara Bayar Balik Pinjaman PTPTN Melalui FPX
  6. Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online
  7. Cara Semak Baki PTPTN Secara Online

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

14 thoughts on “Tawaran PTPTN Diskaun 10-15% Bayaran dari Bajet 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE