Tawaran Temuduga Chemist Tenaga Nasional Berhad

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia….

Alhamdulillah lepas cik tom dapat tawaran kerja kerani admin, cik tom dapat panggilan baru untuk peluang temuduga untuk jawatan chemist a.k.a ahli kimia di Tenaga Nasional Berhad (TNB). Cik tom baru je dapat panggilan untuk pergi interview ni semalam dan dikehendaki ke sesi temuduga pada hari jumaat ni juga. So, cik tom akan pergi ke KL pagi esok. Interview tue kat bangunan HQ TNB. Cik tom harap dapat lakukan yang terbaik masa temuduga.

logo tnbHarapan cik tom, kawan-kawan blogger doakanlah semoga dilembutkan hati tukang interview tue. Takde tanya soalan pelik2 dan cik tom dapat jawab dengan baik. Semoga cik tom dapat peluang kerja ni. Rasa dah lama giler menganggur. huk3.. Setiap doa korang berharga. Kalau semua geng tomato cik tom jumlah 3113 orang doakan yang terbaik insyaAllah akan lebih mustajab doanya. amin…

Tapi apa yang membimbangkan cik tom lupa kat mana cik tom apply kerja ni.  Hurm.. dah banyak kali flashback semalam tapi still tak ingat. Bimbang diorang tanya time interview. Banyak sangat apply kerja sampai lupa bila dan dari mana mohon kerja. isk2.. =.=’

Kalau ada sesiapa nak share tips temuduga or nasihat apa-apa yang berguna buat cik tom. Sudikanlah dan ringankan jari untuk komen entry ni ye. Terima kasih ye! Sayang korang ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

81 thoughts on “Tawaran Temuduga Chemist Tenaga Nasional Berhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE