Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

Teknik pemasaran di Facebook ialah paling popular dikalangan ramai penjual atau pemasar internet. Ini kerana kelebihan teknik pemsaran facebook yang ternyata lebih berkesan terhadap pembeli atau potential buyers. Walaubagaimanapun masih ramai yang tidak mengetahui apa teknik pemasaran yang paling berkesan di Facebook dan ramai masih melakukan kesilapan.

Teknik Pemasaran Facebook Berkesan
Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

Teknik pemasaran facebook melalui fanpage

Semua yang mempunyai akaun Facebook layak untuk membuka fanpage bagi mempromosikan produk di Facebook. Facebook Fanpage memberi kelebihan unik yang nyata lebih berkesan berbanding Facebook Group kerana pengguna yang tidak berdaftar juga dapat melihatnya, manakala Facebook Group hanya boleh dilihat oleh pengguna berdaftar.

Melalui Facebook Fanpage, anda boleh memasarkan pelbagai produk baru atau perkhidmatan yang dibuka kepada orang ramai. Malahan ia memudahkan pengguna untuk berkongsi dengan pengguna yang lain (shared post) jika merasakan ia satu produk yang bagus dan berkesan.

Ramai yang masih keliru dan melakukan kesilapan dengan hanya mempromosikan produk mereka di wall masing-masing sahaja.

Teknik Pemasaran Facebook melalui ruangan iklan

Untuk memasarkan produk, anda boleh membeli ruang iklan di Facebook. Anda boleh menjadualkan masa iklan yang sesuai. Pembayaran untuk iklan Facebook samaada berdasarkan pay per impression atau pay per click.

Teknik Pemasaran Facebook melalu Event

Anda boleh membuat pelancaran produk baru ataupun pembukaan blogshop anda secara besar-besaran di dalam Facebook. Dari segi menghantar, menjemput, pos gambar acara hingga ke acara jamuan, ketika pelancaran atau perasmiannya boleh dilakukan di Event Facebook.

Teknik pemasaran Facebook menjadi cara terbaik untuk mempromosikan produk atau servis anda jika anda tahu cara pemasaran yang berkesan.

Cik tom tahu tak semua celik IT dan ramai yang ambil jalan mudah mengupah orang lain untuk buat fanpage, tambah like fanpage, monitor fanpage dan sebagainya.

Tapi itu semua memakan belanja permulaan yang agak tinggi untuk meningkatkan jualan. Kini terdapat satu sistem yang telah direka khas untuk memudahkan anda melakukan itu semua dengan hanya menggunakan Teknik Pemasaran Facebook Berkesan.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Teknik Pemasaran Facebook Berkesan

  • November 10, 2013 at 9:44 pm
    Permalink

    Saya syorkan anda membuat fan page khas untuk produk atau perkhidmatan anda. Hanya gunakan profile anda untuk kemaskini perihal peribadi sahaja, elakkan daripada campur aduk info tentang produk atau perkhidmatan anda. Dari situ juga anda boleh hantarkan informasi serta aktiviti bisnes yang sedang anda lakukan . Jangan lupa, gunakan fungsi “note”, “update” serta fungsi “event” untuk membina hubungan yang baik bersama pelanggan anda.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE