Teknik Rahsia Membuat Halaman About Yang Memukau

Assalamualaikum w.b.t…

Halaman about merupakan halaman terpenting bagi sesuatu blog. Ianya bukan sekadar cerita peribadi, tetapi ingin menyampaikan suatu mesej yang penting iaitu “Jadilah pembaca yang setia di blog ini”.

Bagi menyampaikan mesej ini, kita tidak boleh menulis halaman about yang biasa-biasa sahaja. Kita perlukan yang betul-betul berkualiti dan memukau.

Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk memukau pembaca halaman about?

Cara Memukau Pembaca Halaman About

Dalam halaman about yang memukau perlu mengikuti teknik-teknik ini:

1. Mulakan Bercerita Tentang Blog Dahulu

Pada pandangan saya, pembaca lebih suka mendengar tentang perihal blog daripada mendengar cerita diri sendiri. Oleh itu, dalam cerita di halaman about, cuba kurangkan cerita tentang diri sendiri.

Mulakan dengan apa yang pembaca suka dengar iaitu perihal blog kita.

2. Tawaran Blog

Semasa bercerita tentang blog, jelaskan dengan teliti tentang tawaran yang kalian sediakan bagi para pembaca. Nyatakan siapakah sasaran blog anda dan sebab mereka perlu menjadi pembaca setia di blog anda.

Anda perlu mendorong mereka dengan bersungguh-sungguh untuk bertandang ke blog anda pada masa akan datang.

3. Letakkan Artikel Terbaik Blog

Teknik yang memukau yang boleh digunakan juga adalah dengan meletakkan link artikel yang terbaik di blog kita. Dicadangkan, letak 3 link yang terbaik. Biarkan mereka membuat pilihan sendiri setelah membaca artikel-artikel terbaik tersebut, adakah mereka bakal mendapat manfaat yang besar dengan menjadi pembaca setia ataupun tidak.

4. Cerita Perihal Diri Sendiri Dengan Ringkas Serta Kaitkan Dengan Blog

Pastikan bercerita tentang diri sendiri ini berkenaan dengan maklumat yang penting serta boleh meluaskan rangkaian kita sebagai blogger. Jangan masukkan maklumat-maklumat yang tidak perlu. Ianya menyebabkan pembaca menjadi bosan.

Kaitkan maklumat tersebut dengan aktiviti berblog. Sebagai contoh, hobi yang kalian sukai seperti menulis perlu dikaitkan dengan aktiviti berblog atau niche blog.

Selain itu, elakkan daripada meletakkan maklumat peribadi seperti email peribadi dan nombor telefon di halaman about. Ini bagi mengelakkan kegiatan spammer yang semakin berleluasa di internet.

5. Posisi Terbaik Bagi Halaman About

Sekadar pemerhatian saya, rata-rata blogger meletakkan halaman about di sebelah halaman home. Saya bersetuju dengan posisi ini kerana kebiasaannya pelawat ingin mengetahui tentang pembaca setelah membaca sesuatu artikel di blog. Selain itu, peratusan pembaca halaman about lebih tinggi berbanding halaman-halaman lain seperti contact dan penafian.

Maka, peletakan posisi ini juga penting diambil kira berdasarkan tabiat pembaca di blog.

Penutup

Akhirnya, jadikanlah halaman about untuk menarik pembaca menjadi pembaca setia di blog kita. Gunakan ayat-ayat yang berbisa bagi menarik perhatian mereka bagi mengunjungi blog kita pada masa akan datang.

Saya juga ingin menyeru para pembaca supaya membaca halaman “about” blog saya dan berikan pandangan kalian, adakah ianya mampu menarik kalian menjadi pembaca setia di blog saya?

Semoga berjaya!

Artikel bagi “Slot Penulis Jemputan” kali ini ditulis oleh Mohd Fakurazi Bin Ghazali, pemilik blog myarrazi.com  dan pelajar tahun akhir peringkat sarjana di Universiti Sidi Mohammed Ben Abdellah, Fes, Maghribi dalam jurusan Qawaid Fiqhiyyah Wa Usuliyyah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

57 thoughts on “Teknik Rahsia Membuat Halaman About Yang Memukau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!