Tempahan Ikan Bilis Mata Biru Secara Online dengan Hasil Laut Jamilah

Assalamualaikum dan salam ceria… Setiap hari antara menu wajib yang cik tom akan masak ialah ikan bilis mata biru pangkor kerana ianya menu kesukaan padin. Tak kisah la masak ikan bilis macam-macam style dah cik tom ni tak nak bagi boring menu sama. Sambal ikan bilis versi cili kering, cili padi dan kicap, masak sayur kacang panjang ikan bilis. Apa-apa jelah berasaskan ikan bilis mata biru.

Cik tom pun suka ikan bilis mata biru pangkor ni sebab kurang masin berbanding ikan bilis biasa. Tak perlu nak rendam air dulu kurangkan masin, goreng terus macam tu je. Ikan bilisnya pun cantik rupa dan goreng sekejap je dah rangup. Makan macam tu je pun sedap sangat!

resepi pelbagai menu ikan bilis mata biru pangkor

Padin suka benor kat ikan bilis mata biru Pangkor. Oleh sebab suka jugalah sebelum balik ke Johor tu padin dah beli siap-siap stok ikan bilis mata biru saiz kecil sekali untuk ofismate.  Ayah cik tom pun ada bagi ikan bilis mata biru beli waktu berjalan ke Lumut,  Perak selepas habis majlis perkahwinan kitorang. Tapi dah masak hari-hari kan dalam sebulan je dah habis. Padin pun frust makan nasi takde stok ikan bilis mata biru favourite dia.

Cik tom pun bagi idea kat padin untuk search ada tak facebook Hasil Laut Jamilah? Tengok ada tak kak Jamilah ni jual ikan bilis mata biru pangkor secara online dan poskan ke Johor Bharu. Alhamdulillah jumpa facebook kak Jamilah tapi panggilannya mama bukan akak..hehe..

Jadi cik tom pun whatsapp mama dan mama ni suka panggil orang lain manja tau. Comel je. Hihi…

Memang fast response mama ni. Malam ni order dan bayar terus pos keesokkan harinya macam cik tom request nak 2kg dan bungkusnya 250gram setiap bungkus. Kira time order boleh request nak bungkus untuk berapa gram. Yang lagi best ciktom siap dapat diskaun bila beli banyak!

Tengok tue padin excited benor nak bukak kotak ikan bilis lepas balik kerja. Baju kerja pun tak sempat tukar lagi tue. hihi..

bungkusan ikan bilis mata biru
padin excited dapat parcel ikan bilis

Setakat ni dah 2 kali cik tom beli ikan bilis mata biru dengan mama Jamilah. Memang berpuas hati. Yang kurang berpuas hati tue servis Skynet je kat sini. Lambat!

Tempahan Ikan Bilis Mata Biru Secara Online
Ikan bilis mata biru dari Hasil Laut Jamilah

Yang kali kedua cik tom order tu lagilah kelakornya mama terus pos bila cik tom cakap nak secepat mungkin. Tak sempat cik tom nak bayar lagi. Hihi… Kiranya memang mudah sangat nak berurusan dengan mama ni.

Tempahan Ikan Bilis Mata Biru Secara Online dengan Hasil Laut Jamilah

Kedai Hasil Laut Jamilah ni kat Lumut, Perak memang popular dikalangan pelancong yang datang ke sana. Ikan bilisnya pun original dari Pangkor. Kalau ke sana atau nak beli ikan bilis mata biru pelbagai saiz, cik tom highly recommend korang dapatkan dengan mama Jamilah di Hasil Laut Jamilah.

Facebook: https://www.facebook.com/hasillaut.jamilah
Whatsapp: 013-5881246
Alamat kedai: Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Tempahan Ikan Bilis Mata Biru Secara Online dengan Hasil Laut Jamilah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE