Wishlist CikTom Untuk Tempat Makan Terbaik di Kota Bharu, Kelantan

Wishlist CikTom Untuk Tempat Makan Terbaik di Kota Bharu Kelantan | Assalamualaikum dan salam sayang.. Pada penghujung tahun lepas ciktom ada la terlihat banyak post gambar di Instagram Cik Epal mengenai trip jejalan cari tempat makan terbaik di Kota Bharu, Kelantan. Perghh.. semua menu dorang makan memang nampak menyelerakan dan sedap sangat! Terus ciktom rasa teringin juga pergi travel jauh ke Kelantan semata untuk mencuba keunikan makanan di Kelantan.

Jika anda sama seperti ciktom seorang penggemar makanan-makanan tradisi dan sanggup untuk travel jauh semata-mata untuk merasa keunikan makanan di sesuatu tempat itu, maka anda juga merupakan ahli gastronomi. Tahu tak gastronomi tu apa? Gastronomi merupakan aktiviti seorang atau berkumpulan yang mengunjungi sesuatu tempat dengan tujuan ingin mencuba keunikan makanan yang terdapat di tempat tersebut.

Tempat Makan Terbaik di Kota Bharu Kelantan

Jadi apa yang ciktom nak sharekan hari ni ialah mengenai wishlist lokasi-lokasi yang mempunyai makanan yang menarik di Kota Bharu, Kelantan. So andai kata anda merupakan salah seorang pakar dalam bidang gastronomi atau lebih dikenali sebagai food hunter, jom ciktom kongsikan segala wishlist makanan best kat Kelantan yang tengah trending kerana kesedapannya tau.

Ciktom terfikir lagi mudah ke Kelantan dengan menaiki flight dan untuk memudahkan perjalanan ke airport, ciktom menaiki train KLIA Transit. Kurang dari 30 minit, ciktom dah sampai di airport. Mudah dan pantas. Jika anda ingin membeli tiket train ini secara online, anda boleh dapatkannya di KLIA Transit booking dari Traveloka melainkan jika anda perlu private transport, anda boleh sahaja tekan di link airport transfer deals untuk anda survey harga dan kriteria kereta yang anda perlukan. Kelebihan anda book di Traveloka ialah tiada hidden charge di mana harga yang dipaparkan adalah muktamad. Semuanya dah include harga tol, parking (jika perlu), midnight charges dan beberapa lagi perkara lain. Lebih senang.

Tempat Makan Terbaik di Kota Bharu, Kelantan

Jadi, apa kita tunggu lagi, jom ciktom senaraikan lokasi makanan yang menarik kat sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Nasi Lemak & Roti Bakar Kampung Sireh

Nasi Lemak & Roti Bakar Kampung Sireh

Tak sah kita ni sebagai rakyat Malaysia kalau tak pekena nasi lemak pagi-pagi kan. Ni kawan ciktom anak jati Kelantan recommend salah satu kedai makan nasi lemak yang boleh dikira level sedapnya agak tinggi jugak. Kedai ni terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Untuk mengangkat lagi selera dan keenakan nasi lemak ni, anda kena cuba hidangan lengkap nasi lemak beserta ayam gorengnya. Memang tersangat padu katanya. Selain daripada nasi lemak, kedai ini juga ada menyediakan menu yang lain seperti roti bakar special. Nak tau, kena la datang cuba!

Nasi Ulam Cikgu

Nasi Ulam Cikgu

Untuk makanan hidangan tengah hari pula, tempat makanan sedap disarankan untuk datang ke kedai Nasi Ulam Cikgu ni. Kedainya terletak di Kampung Kraftangan dan lauk pauk dihidangkan seawal 11 pagi lagi. Kedai ini diperakui sedap dengan masakan tradisi Kelantan bukan sahaja dari pelancong yang datang, malah penduduk setempat pun kerap menjamah nasi campur di sini. Ciktom dan anda yang berminat datang ke sini dinasihatkan, sila datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dalam kedai dan kehabisan lauk.

Nasi Sup Daging Bakar Jalan Lido

Ciktom selalu juga makan dan lepak di kedai Kelantan pada waktu malam dengan menu nasi sup + daging bakar. Menu yang simple tapi power. Jadi sudah semestinya ini salah satu menu makanan wajib ciktom dan anda cuba apabila sampai ke Kota Bharu. Ciktom nak cuba merasa sendiri daging bakar yang original masak di Kota Bharu punya. Kedai makan ini dah viral dan diyakini sedap oleh pelanggan yang mencubanya.

Nasi Sup Daging Bakar Jalan Lido

Ciktom dah terbayang- bayang bila baca komen ramai cakap daging bakar ni ngam teruk sebab terasa sangat rasa rempah yang diperap bersama daging. Uish tak sabarnya ciktom nak pergi rasa juga. Selain itu, ia juga menyediakan daging kambing bakar bagi peminat-peminat tegar kambing.

Awal Nasi Kukus

Ciktom yakin ramai peminat tegar nasi kukus di sini. Kalau kat KL, kebanyakan yang menjual nasi kukus yang sedap mesti orang Kelantan kan. Ingat lagi kitorang dulu study selalu cakap kalau dengar peniaga tu kecek Kelate mesti sedap makanan dia jual. Haha…

Awal Nasi Kukus

So, ciktom simpan satu misi untuk mencari nasi kukus semasa ciktom di Kelantan dan inilah kedai terpilih masuk dalam wishlist ciktom. Kedai ni terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi. Ciktom baca tips elakkan pergi time orang keluar lunch hour. Ya Allah katanya sesak ramai betul orang beratur. Jadi kalau anda nak ke sini, datang lebih awal okay. Nasi kukus ni memang diyakini sedap dengan hidangan lengkap bersama ayam gorengnya yang rangup diluar empuk didalam serta berempah.

Nasi Kerabu Balai Bomba

Nasi Kerabu Balai Bomba

Nasi kerabu merupakan salah satu hidangan yang wajib anda cuba jika anda bercuti ke pantai timur dan ini merupakan salah satu kedai nasi kerabu yang paling sedap di Kelantan! Haa.. Kombo paling mantap adalah nasi kerabu dengan lauk kambing bakar. Perapan daging dia betul-betul menyerap sehingga menjilat jari. Nak makan nasi kerabu kat sini, waktu terbaik adalah untuk sarapan pagi. Terletak bersebelahan balai bomba Kota Bharu. Tak percaya, boleh datang rasa sendiri.

Jadi gais, macam mana? Ada kedai yang anda pernah jejak kan kaki tak? Kalau belum, boleh datang cuba. Secara keseluruhannya, ciktom memang tak sabra nak cuba rasai makanan di Kota Bharu, Kelantan ni. Confirm kalau pergi ke sana berat badan naik mencanak ni. Hahah.. Takpelah bila lagi peluang nak merasa makanan yang sedap di Kelantan. Doakan dipermudah ciktom untuk trip jejalan cari makan ke Kelantan buat masa terdekat ni.

Okay la. Sampai disini sahaja. Kalau anda ada tempat makan yang best lagi, jangan segan silu untuk share okay? Jumpa lagi nanti. Ciktom gerak dulu..

Semoga artikel Tempat Makan Terbaik di Kota Bharu Kelantan ini bermanfaat buat anda semua!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Wishlist CikTom Untuk Tempat Makan Terbaik di Kota Bharu, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.