Tempat Menarik dan Hotel Bajet di Cameron Highlands

Assalamualaikum dan salam sayang.. Semua masih dalam mood beraya ke atau dah masuk kerja? hihi… Lepas ni bersusun la pulak ye nak hadiri open house sampai ke penghujung Syawal. Tapi ciktom takde dah excited sangat pasal raya. Lepas balik dari kampung ni semangat tengah membara nak rancang percutian bersama rakan-rakan ciktom. Kitorang plan nak buat percutian khas untuk geng ibu-ibu je. haha.. Dalam list asal kami plan, samaada bercuti ke Cameron Highlands atau Langkawi. Lepas berbincang semua muktamad nak buat percutian bajet ke Cameron Highlands.

Tempat Menarik dan Hotel Bajet di Cameron Highlands
Tempat Menarik dan Hotel Bajet di Cameron Highlands

Ciktom selaku salah AJK dipertanggungjawab untuk survey tempat menarik dan penginapan/ hotel bajet di Cameron Highlands. Cameron Highlands memang salah satu tempat percutian yang popular di Pahang yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Kalau cuti sekolah confirm sesak jalan raya kat Cameron Highlands. Ciktom memang sukakan suasana sejuk dan nyaman di sana. Kali terakhir ciktom jejakkan kaki ke Cameron Highland ialah pada tahun 2016.

Sebagai blogger sudah semestinya ciktom nak sharing hasil maklumat yang ciktom cari diblog ini untuk mudahkan rujukan ciktom akan datang dan juga untuk korang semua.

Tempat Menarik dan Hotel Bajet di Cameron Highlands

Sebenarnya memang terlampau banyak tempat menarik di Cameron Highlands. Tapi ciktom shortlist 5 tempat wajib kami lawati dan tempat lain optional kalau sempat kami akan singgah. Maklumlah plan percutian bajet selama 2 hari sahaja.

Tempat Menarik di Cameron Highlands

1.Ladang Teh Boh

Kalau pergi Cameron Highlands tak sah kalau tak pergi Ladang Teh tau! Ladang Teh Boh ialah ladang teh terbesar di Asia. Aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di ladang teh ialah melihat bagaimana teh diproses di kilang. Kemudian melawat kafenya untuk menikmati pelbagai hidangan yang terdiri daripada teh dan aneka pencuci mulut yang menyelerakan. Sebut je dah meleleh air liur. haha..

2.Taman Rama-rama

Tak sabar ciktom nak masuk dan tangkap gambar rama-rama cantik bebanyak kat sini. Tapi macam mana ye taman tu jenis taman tertutup dan rama-rama terbang bebas. Risau pulak dia main hinggap dan merayap kat baju ciktom. Ciktom dah la geli ulat bulu. hehe..

3. Taman Agroteknologi MARDI

Ini memang lokasi wajib singgah dan merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia. Memang lenguh kaki berjalan dalam tu dengan terdapat 40 jenis bunga ros berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai pokok buah-buahan, herba, bunga yang beraneka jenis.

Taman Agroteknologi terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and last kedai cenderamata. Kat kedai cenderamata tu boleh beli aiskrim strawberry sedap jugak. hihi..

4.Pasar Malam Pekan Brinchang (kini di Cameron Golden Hills resort)

Dulu ciktom pergi kat Pasar Malam Cameron ni di Pekan Brinchang. Tapi hasil maklumat baru ciktom survey pasar malam ini telah beralih lokasi di  kawasan Cameron Golden Hills Resort.

Ciktom tengok lokasi baru ni lebih luas dan mungkin untuk elakkan kesesakan di Pekan Brinchang. Serius kalau nak borong sayuran dan buahan yang segar dan gemuk2. Better borong kat sini je. Murah giler2! Harga jeruk strawberry dan teh pun lagi murah kat sini tau dari beli kat ladang teh. haha… Pokok cactus cute mute pun banyak jual kat sini. Dulu time ciktom beli 7 pasu kecik tu RM10. Sekarang tak tahulah berapa. Bunga ros pun banyak pilihan warna, cantik dan murah.

Nak beli souvenir pun kat sini kena pandai tawar menawar. Mulut manis confirm dapat harga kaw2 murah.

5.Kebun Strawberry dan Cafe

Ciktom suka Kebun Strawberry dan cafe di YZ Agro Farm sebab ladang strawberry ini diusahakan oleh orang muslim. Kat sini boleh petik buah strawberi sendiri dan yang ciktom rindu ak rasa strawberry cone yang lembut dan cair di mulut. hihi.. Aiskrim dan waffle strawberry pun sedap!

Selain dari tu boleh beli buah tangan jem straberry dan serunding strawberry fresh dari ladang. Yeay!

Selain dari 5 tempat menarik di Cameron Highlands yang ciktom senaraikan untuk wajib kami lawati ialah Cactus Point, Lavender Garden, Time Tunnel Museum, Mossy Forest, 200 Seeds Cafe (nak try nasi lemak strawberry),  Avant Chocolate Cameron Highlands, Rose Valley dan banyak lagi.

Penginapan/ Hotel Bajet di Cameron Highlands

Ok done list tempat menarik di Cameron. Next, ciktom survey penginapan atau hotel bajet di Cameron Highlands. Ciri-ciri yang ciktom survey ialah hasil dari review, lokasi strategik, harga bajet dan kemudahan fasiliti terutamanya tempat parking kereta. Pening kepala dan naik juling mata ciktom duk survey beberapa website seperti traveloka, agoda, booking, hotels dan lain-lain. Sekali tengah survey tu tersinggah ke website Bagasi. Kat situ telah diringkaskan 25 hotel yang terbaik hasil tapisan dari review, lokasi dan mengikut bajet. Wah terima kasih banyak. Mudah kerja ciktom nak survey. hihi..

Hasil dari 25 Hotel di Cameron Highlands yang disenaraikan Bagasi, ciktom senarai pendekkan 5 hotel bajet yang menarik mengikut kriteria ciktom iaitu;

1.Haji Saudi Hotel

Dalam 25 hotel tu, ni pilihan pertama ciktom. Nak tahu kenapa? Sebab ciktom orang Terengganu dan untuk tetamu yang berasal dari Terengganu ada diskaun khas kerana tuan punya hotel ini berasal dari Terengganu. hihi..

Selain itu, ciktom suka dengan tema minimalist interior design hotel ini. Lokasi hotel ini jugak strategik sebab di Brinchang Square kiranya mudah nak bergerak ke lokasi shopping berdekatan.

Kesemua bilik mempunyai liputan wifi percuma. Hotel ini menyediakan tempat letak kereta. Jadi tetamu tidak perlu risau kena memarkir kereta jauh dari hotel. Ok ini sudah bagus. Harap semua kawan ciktom setuju pilih Haji Saudi Hotel.

2.Iris House Hotel

Ciktom bukan diktator, jadi ciktom buat pilihan kedua untuk kawan-kawan ciktom iaitu Iris House Hotel. Lokasi strategik di Brinchang dan dikelilingi dengan restoran dan kedai makan. Farmasi pun dekat. Hotel bertemakan english. Harga dari serendah RM76 semalam. Sarapan pagi percuma. Menarik jugak. hmm…

3. Avillion Cameron Highlands

Pilihan ketiga Avillion Cameron Highlands juga lokasi strategik terletak di tanah rata. Hotel ini baru dibuka 2018. Nampak baru dan cantik sangat kan? Tempat parking kereta pun ada jadi ciktom tak perlu risau. Hotel ini siap bersambung dengan pusat membeli belah tau. haha..

4.Wan Alyasa Hotel

Selain Haji Saudi Hotel, Wan Alyasa Hotel juga hotel Muslim-friendly yang memberikan keselesaan bercuti secara halal, di mana kami tidak perlu risau tentang tahap kebersihan tempat penginapan dan kesesuaian kemudahan yang disediakan untuk tetamu muslim. Bilik-biliknya dihias cantik menggunakan warna natural. Tenang mata ciktom tengok.

Kemudahan lain yang disediakan adalah tempat meletak kereta bawah tanah, jadi kami tak perlulah risau tentang tempat parking sekiranya membawa kenderaan sendiri.

Terletak tidak jauh dari pekan Brinchang, sekiranya kami menginap di sini dah tidak perlu risau tentang kedai-kedai makan yang hanyalah beberapa beberapa tapak dari hotel dan ini termasuklah kedai makan tempatan yang dibuka selama 24 jam!

Aduh dilema mana satu hotel nak menginap di Cameron Highlands ni? Kena cabut undi dengan kawan-kawan ciktom jawabnya macam ni. hehe…

So, sebagai pelancong yang bijak sebaiknya rancang dan tempah penginapan/ hotel lebih awal untuk dapatkan harga kebih murah. Tempah awal jugak untuk elakkan hotel semua penuh ditempah.

Harapan ciktom artikel ringkas perkongsian ciktom dapat bantu korang juga. Jika korang merancang percutian bajet ke Cameron Highlands, boleh jugak rujuk maklumat lanjut mengenai penginapan atau hotel di website Bagasi. Di dalam artikel tersebut telah disenaraikan 25 hotel di Cameron Highlands.

Tak payah dah korang pening buka setaip satu website berlainan tau. Lagi senang turut ada pilihan untuk download artikel tersebut dalam bentuk pdf. Boleh la baca bila free secara offline atau nak mudah print je terus.

Jom follow ciktom bercuti ke Cameron Highlands.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “Tempat Menarik dan Hotel Bajet di Cameron Highlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE