Tenaga Biogas di Malaysia

Negara Malaysia banyak bergantung pada bahan api fosil iaitu minyak, arang batu dan gas dalam menghasilkan tenaga elektrik. Tetapi tenaga fosil ini ialah sumber yang bakal habis dan tidak dapat diperbaharui. Selain itu, pembakaran bahan api fosil bagi penjanaan tenaga elektrik juga banyak mencemarkan alam sekitar apabila membebaskan karbon dioksida dalam kuantiti yang tinggi.

Sebagai alternatif, pihak Kerajaaan Malaysia bertindak mencari tenaga alternatif yang boleh diperbaharui iaitu tidak akan habis malahan bersifat tidak mencemarkan alam sekitar untuk penjanaan tenaga elektrik.

Dari sinilah jadi pemangkin tertubuhnya SEDA Malaysia yang berfungsi untuk mengalakkan dan melaksanakan  dasar negara bagi tenaga boleh baharu (TBB). Sumber TBB ini dibangunkan untuk menggelakkan Malaysia terlalu bergantung pada sumber tenaga fosil.

Apa itu Tenaga Biogas??

Biogas merupakan campuran gas yang diperoleh dari proses penguraian bahan organik oleh bakteria anaerob (tanpa melibatkan oksigen) yang berasal dari bahan-bahan organik seperti sisa domestik, sisa haiwan atau sisa pertanian. Bahan-bahan organik ini direndam di dalam air dan disimpan dalam tempat tertutup tanpa udara.

Sumber: http://www.skyrenewableenergy.com/

Gas yang terhasil ialah sebahagian besar (50%) terdiri dari gas metana(CH­4) dan selebihnya ialah campuran gas CO­2, H, N­2, H­O, dan   H­S. Ia mengasilkan carbon dioksida tapi dalam kuantiti yang kecil berbanding pembakaran bahan api fosil.

Biogas merupakan satu tenaga alternatif bagi menggantikan bahan api fosil.

Proses Menghasilkan Tenaga Biogas

Proses menghasilkan tenaga biogas ialah bermula dengan;

  1. Pengumpulan bahan sisa organik ke dalam tank tertutup
  2. Bahan sisa organik diadun dan dicampurkan dengan substrat
  3. Berlaku proses penguraian oleh bakteria anaerob iaitu tanpa menggunakan oksigen
  4. Ini menghasilkan gas metana dan campuran gas lain.
  5. Gas metana yang terhasil ditukar kepada tenaga elektrik
  6. Tenaga elektrik yang terhasil disalurkan ke grid kuasa nasional.

 Sumber: http://amandagracia.wordpress.com/2012/11/20/biogas-cliche-nope-it-will-work/

Kelebihan Tenaga Biogas

  1. Masyarakat tidak perlu menebang pohon untuk dijadikan kayu bakar.
  2. Proses memasak jadi lebih bersih kerana tidak mengeluarkan asap.
  3. Sisa domestik dan pertanian dapat dilupuskan dengan cara yang lebih bersih
  4. Mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.
  5. Kurang pembebasan karbon dioksida.

Kekurangan Tenaga Biogas

  1. Memerlukan dana tinggi untuk aplikasi biogas.
  2. Mungkin mengeluarkan pencemaran bau.

PelaksanaanTenaga Biogas di Malaysia

Pada masa ini sebanyak 12 kilang sawit melalui anak syarikatnya, Felda Palm Industries Sdn. Bhd (FPISB) telah mempunyai loji janakuasa biogas di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Projek biogas adalah sebahagian daripada program Feed In Tariff (FIT) oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara alam sekitar. Program FiT ini dikawalselia oleh SEDA Malaysia untuk memastikan ianya berjaya dilaksanakan secara meluas di Malaysia.

Untuk menggalakan lebih banyak kapasiti elektrik dihasilkan sejajar dengan kepadatan penduduk Malaysia. Surcaj sebanyak 1.6% dicaj dari bayaran bil elektrik melebihi RM77 sebulan untuk Semenanjung Malaysia manakala Sabah serta Labuah, melebihi bil elektrik RM69 sebulan. Surcaj ini digunakan sebagai pembayaran kepada pihak pembekal elektrik dari sumber tenaga boleh baharu.

Di bawah skim FiT ini, tenaga elektrik dijana daripada bahan biogas dijual kepada grid nasional Tenaga Nasional Bhd (TNB), SESB layak untuk mendapat bayaran dalam tempoh masa tertentu.

Sumber: SEDA Malaysia

Penggunaan biogas untuk menjana tenaga elektrik juga menghasilkan manfaat ekonomi kerana ia mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan enjin diesel dalam kilang-kilang minyak sawit.

Malahan, loji janakuasa hijau kedua akan siap tidak lama lagi di Jengka, Pahang.

Tanggungjawab bersama memelihara alam sekitar

Dengan adanya pemanasan global serta berkurang sumber tenaga fosil, biogas merupakan salah satu alternatifuntuk menyelesaikan masalah ini. Kita selaku rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab dengan isu pemeliharaan alam sekitar. Gunakanlah tenaga elektrik dengan cara berhemah dan bijak.

“Never doubt that a small group of thoughtful, committed citizens can change the world.”- Margaret Mead

Sumber rujukan:

  1. http://id.wikipedia.org/wiki/Biogas
  2. http://jul-karnaini.blogspot.com/2013/05/makalah-biogas.html
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130413/ko_02/Loji-biogas-bagi-semua-kilang-Felda
  4. http://etp.pemandu.gov.my/[email protected]_Biogas_for_Electricity_Generation.aspx

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

75 thoughts on “Tenaga Biogas di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE