Terima Bayaran Komisen dari Felinna Inchloss Lotion

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah dalam jarang tidak online dan update blog masih dikurniakan rezeki oleh Allah taala. Pendapatan ini walaupun kecil jumlahnya dikira sebagai pendapatan pasif bagi cik tom. Nak tahu apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pasif boleh rujuk artikel saudara Faiz; Apa Itu Pendapatan Aktif dan Pasif.

Cik tom terima email pengesahan komisyen dari felinna inchloss lotion yang entah bila masa cik tom join dan promosi pun dah lupa. huhu.. Cik tom pergi cek email untuk detail kronologi affiliate felinna;

17/12/2012-Pendaftaran program affiliate felinna (percuma)
11/02/2013-Pembayaran produk felinna oleh customer dari rekod halaman agen
14/03/2013-Cik tom terima email pengesahan (verified) terima komisyen
16/04/2013- Hantar email pertanyaan bila bayaran komisen akan dibayar kerana berdasarkan “terma&notifikasi”, bayaran sah & terkumpul akan dibayar setiap hujung bulan.
19/04/2013-Terima email komisen telah dibayar tanpa respon email pertanyaan dari pihak felinna

Berdasarkan statistik top affiliate yang diterima bayaran sepanjang berlangsung program ini ialah hanya id agen ciktom sorang je. Yang lain banyak yang “verified” komisen cuma belum dibayar atau maybe dah bayar tapi belum update.

Bayaran Komisen dari Felinna Inchloss Lotion
Bayaran Komisen dari Felinna Inchloss Lotion

Pada yang berminat nak cuba promosi juga produk ni silakan ye>>Β Website Felinna Inchloss Lotion.
**Tapi tiada sebarang jaminan dari cik tom.

Itu susahnya kalau banyak sangat program affiliate join, pastu kena pulak dengan orang yang jenis mudah lupa macam cik tom ni. Nasib baik ada rekod email untuk cek apa yang penting.

Apa pun alhamdulillah dah selesai terima bayarannya. Tak macam satu lagi program affiliate pakarcoklat.com. Sampai ke hari ini (ketika artikel ini ditaip 13/05/2013) admin pakarcoklat iaitu yusaini dan fariha masih tidak bayar komisen RM50 (dari bulan 7/2012). Dulu balas jugak email janji nak bayar. Sekarang janji hanya tinggal janji. Email langsung dah tak balas. Nanti cik tom nak buat satu entry khas kronologi affiliate pakarcoklat. hihi….

Nak join program affiliate ini kena bersedia tanggung risiko tak dibayar komisen lepas agen rajin promosi produk diorang. Takpelah dari pengalaman tue mematangkan dan berhati2 dalam memilih program buat duit ni. Nanti boleh share pengalaman supaya rakan turut berhati2 sama. Setakat ni yang sentiasa konsisten ontime bayar komisen ialah Hairul, Muaz Hadi, Pn. Shida, Kak Salmawati, NetkKL, Jobdirumah, Says dan Jomniaga.

Option yang paling mudah ialah di Jomniaga terdapat pelbagai pilihan jenis produk terkumpul yang korang boleh pilih mana berkenan untuk promosi di blog/email/facebook/forum/twitter. Jomniaga ni kira centre affiliate la tempat berkumpulnya semua vendor (penjual) dan juga agen affiliate produk fizikal atau digital. Pada sesiapa yang belum join jomniaga, jemputlah mendaftar kerana ianya PERCUMA je, tak rugi apa pun >>Β Website Jomniaga.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

50 thoughts on “Terima Bayaran Komisen dari Felinna Inchloss Lotion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE