Terkena Penyakit Cacar Air (Chicken Pox)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua…sekarang cik tom dah mula dengan kerjaya baru pulak. Kerjaya apa cik tom sekarang biarlah itu menjadi rahsia buat sementara waktu. Tapi yang agak sadis baru je 2 hari cik tom dengan kerja baru ni, cik tom terkena serangan penyakit chicken pox. Tak pasal2 dapat cuti hampir 2 minggu. Tak tahulah cik tom terjangkit dari mana penyakit chicken pox ni tapi emak cik tom cakap masa kecil dah kena 2 kali penyakit chicken pox ni. Masuk ni kali ketiga. Yang paling lucu bos cik tom cakap,”First time sepanjang hayat saya kerja, pekerja saya kena penyakit chicken pox. Biasa kanak-kanak je kena penyakit chicken pox ni.” Siapa cakap orang dewasa tak boleh kena penyakit chicken pox? Satu badan naik bintik-bintik merah. Sakit dan pedih sangat bila pecah. Alhamdulillah makin baik dah. Cik tom nak kongsi sedikit maklumat pasal chicken pox ni.

  1. Apa itu Penyakit Chicken Pox?
  2. Tanda dan Gejala Penyakit Chicken Pox
  3. Komplikasi/ Kesan Penyakit Chicken Pox
  4. Komplikasi Akibat Penyakit Chicken Pox
  5. Rawatan Bagi Penyakit Chicken Pox
  6. Pencegahan Penyakit Chicken Pox

 

Apa itu Penyakit Chicken Pox?

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

 

Tanda dan Gejala Penyakit Chicken Pox

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

 

Komplikasi/ Kesan Penyakit Chicken Pox

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

 

Komplikasi Akibat Penyakit Chicken Pox

  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

 

Rawatan Bagi Penyakit Chicken Pox

 

  1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

  1. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

  1. Rawatan di rumah
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam

 

Pencegahan Penyakit Chicken Pox

 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

 

Sumber: Penyakit Cacar Air (Chickenpox)

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

22 thoughts on “Terkena Penyakit Cacar Air (Chicken Pox)

  • June 19, 2011 at 12:45 pm
    Permalink

    Cik Nisa pon baru ja baik dari demam campak.. ingat bebudak kecik ja kena.. x sngka Cik Nisa pon kena.. huhu.. parut hodoh sudah kelihatan.. isk.. isk.. isk..

    Reply
  • June 19, 2011 at 12:54 pm
    Permalink

    sian cik tom….selamt berehat biar betul2 sembuh
    mak sy pesan jgn makan kicap ye nnt parut jadi hitam

    Reply
  • June 19, 2011 at 3:18 pm
    Permalink

    dah kena da time kecik2 :D:D
    sekarang dah immune da 😀
    semoga cpt smbuh sepenuhnya ya cik tom 😀

    Reply
  • June 19, 2011 at 4:43 pm
    Permalink

    sian cik tom…banyakkan minum air putih yer..jangan makan makanan bergoreng..semoga cepat ler sembuh..dan semoga boss baru memahami hikhikhik…

    Reply
  • June 19, 2011 at 4:54 pm
    Permalink

    buat lemak banyak2 la cik tom 2 minggu ni..:)

    Reply
  • June 19, 2011 at 7:26 pm
    Permalink

    get well soon cik tom !
    jangan lupe makang ubat 😉

    Reply
  • June 19, 2011 at 9:02 pm
    Permalink

    lambatnya kena chicken pop.
    get well soon

    Reply
  • June 19, 2011 at 9:33 pm
    Permalink

    ciktom…dulu masa saya baru kerja dua minggu kat company lama pun kena chicken pox gak. MC dua minggu. mak sapukan bedak sejuk campur buah cermai & kunyit, sejuk je badan, lega sikit gatal-gatal. ada kawan saya tu doktor, diakata jangan makan kicap masa kena chicken pox ni. nanti parut huduh. hehehe.

    Reply
  • June 19, 2011 at 10:29 pm
    Permalink

    emiey pnah kna mse ting.2..skit sgt, kpala pening & badan pun gatal..bia la skali je, perit kne chicken pop ni..

    moge cik tom pun cpat baik ea, jgn lupe mkn & sapu ubat tu 😉

    Reply
  • June 19, 2011 at 10:45 pm
    Permalink

    selalunya, dah kena skali, xkna lg,, tp kuasa Allah siapa yg thu kan? ^_^

    Reply
  • June 20, 2011 at 2:24 am
    Permalink

    saya tak pernah kena lagi. huhu, risau jugak nih kot kena.

    Reply
  • June 20, 2011 at 9:47 am
    Permalink

    Pernah kena juga ni untuk kali kedua. ingatkan kalau dah kena tak kena lagi. terjangkit dari kawan sekerja. 🙁

    Reply
  • June 20, 2011 at 1:30 pm
    Permalink

    Saya tak pernah kena lagi, tapi orang cakap seumur hidup mesti kena gak sekali.

    Reply
  • September 13, 2011 at 8:35 am
    Permalink

    terima kasih atas info d atas….saya skrng kena penyakit cicken pox ni…baru 3 hari dh…patutlh kepala sy sayik sakit sj…pas tu perut pun sakit…bt keja serba x kena….kena berpantang betul2 ni…takut terkena dgn anak2 plak…rupa2nya teruk jg penyakit nikan….mntak2 ALLAH cepat2 sembuhkan penyakit ni…xthn nk tergaru2 je…

    Reply
    • September 13, 2011 at 2:53 pm
      Permalink

      sama2…harap awak cepat sembuh ye..yang penting kena berpantang air hujan, makan telur, ais dan juga kicap….kalau tak nanti lambat sembuh n ada parut…cik tom doakan cepat baik ye…

      Reply
  • October 3, 2011 at 1:02 pm
    Permalink

    pernah kena penyakit nih waktu tahun 6. trus semua family kena jangkit jg oleh sya. 😀
    Jom baca entri terkini kira kekuri …# macam di KK aramaiMy Profile

    Reply
    • October 6, 2011 at 4:10 pm
      Permalink

      owh dah lama masa drjh 6..bgs kena awal2..ms kecik xmalu sgt kl ada parut pn..heee

      Reply
  • November 1, 2011 at 5:56 pm
    Permalink

    salam.. saya pun baru 4 hari kena chicken pox ni.. masalahnya saya ade baby baru 4 bulan.. full breastfeed pulak tu.. terpaksa lah asingkan dia takut terjangkit.. nauzubillah.. spjg kena ni hanya pam susu ja utk dia.. then saya ade baca entri cik tom yg org lain mudah kena jangkitan melalui bersin, air liur.. cecair.. but doc kata sy bole breastfeed cam biasa.. camna tu? berisiko ke tak anak saya?

    Reply
    • November 27, 2011 at 5:11 am
      Permalink

      ciktom rs xde efek breastfeed kl doc pun dh ckp camtu..tp for better precaution baik asingkan..kesian baby kl kena sakit chicken pox ni..

      Reply
  • December 3, 2011 at 7:55 am
    Permalink

    salam..cik tom saya baru 4 hari kena chicken pox..hanya tuhan je yg tahu betapa sakitnya..demam, sakit tekak n gatal2..saya ada ank umur 1 tahun 8 bulan masih lagi menyusu badan..kesihan dekat dia malam2 menangis je sbb terpaksa tidur berasingan dengan saya.. :(..kalu boleh sy nk sgt2 cepat lega.. kalu kat klinik ada antiviral yg cepat baik saya dah beli dah walaupun mencecah ratusan ringgit..xtahan nk menanggung..takut berjangkit ngan anak2 je.. 🙁

    Reply
    • December 4, 2011 at 11:05 pm
      Permalink

      salam..memang seksa kalau kena chicken pox ni…semoga asniza cepat sembuh ye..cik tom aritu pun ade beli ubat antiviral harga rm100 lebih dr klinik berbayar…tapi memang cepat keluar semua chicken pox tue…semoga cepat sembuh ye…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!