Termimpi- mimpi Jongkong Perak
Salam.. Masih korang ingat entri cik tom tentang jawapan Contest Teka Silang Kata yang cik tom join sebelum ini dapat respon penganjur tidak tepat? Alhamdulillah selepas buat percubaan tanpa putus asa sebanyak 5x akhirnya cik tom berjaya juga memenangi silver bar 10g @ jongkong perak berat 10 gram dari blogger Faizal Anuar, dealer berdaftar GCP. Pengumuman kemenangan cik tom di entri faizal; Pemenang Teka Silang Kata.
Rupa-rupanya cubaan pertama cik tom hanya 1 je yang salah. Tapi percubaan kedua,3,4 cik tom tukar jawapan lain dan telah ditegur oleh faizal bahawa percubaan pertama cik tom sebenarnya hanya 1 yang salah. Bila cik tom cek2 balik la patut la salah rupanya cik tom tersilap kira kotak no 5 tue. Sebenarnya jumlah abjad 8 tapi tersilap kira 7 itu menyebabkan kesalahan paling nyata. hehe…
Bagaimana cik tom cari jawapan teka silang kata? Mula-mula cik tom guna taktik pak cik google dan berhasil dapat 2 jawapan iaitu no 3 & 4. Yang lain tak jumpa jawapan yang match dengan kotak abjad bila tanya pak cik google. Pastu pergi bedah siasat blog emasgcp milik faizal serta blog utama faizal untuk cari jawapannya dan alhamdulillah memang jawapannya sedia ada di dalam blog.
Rasanya yang selalu singgah blog cik tom akan cakap, “sukanya cik tom join contest atau giveaway”, “rajinnya cik tom”. Diakui dari awal berblog lagi cik tom memang suka sangat join contest walaupun kadang-kadang terpaksa like dan follow blog semata-mata nak join contest. hehe.. Tapi tengok CGL jugak, kalau yang syarat nak join kena follow or like lebih dari 10 blog+fanpage memang cik tom surrender awal2. Sebabnya biasa blog penaja berat gila nak load bila guna broadband kura-kura cik tom.
Rasanya tahap cik tom suka join contest ini tahap ke 3 sampai cik tom telah berjaya buat artikel; Tips Cara Menang Contest Online. Adakah kemenangan ini titik tolak jatuh cinta pandang pertama cik tom kepada perak pula? Oleh sebab cik tom suka kumpul koleksi perhiasan Emas Sebagai Simpanan Masa Depan.
Sharing is caring
Ada peluang menang jongkong perak?
mmpi sblum tu cuci kaki baca doa tdo tak?
Tahniah Ciktom, kena belajar dengan ciktom macamana nak masuk contest online
tahniah cik tom
peraduan jug asalah satu cari pendapatan internet bukan? heheheh
ada jugak hadiah jongkong perak ingatkan kat market jongkang mas sahaja yang ada. Apa pun good luck cik tom…
wah2.. untung la.. dapat free2 je cuma sedikit effort saja diperlukan.. tahniah…
Wahh, hebat tol.. tahniah ya ciktom 😀
wah..bestnya dapat jongkong perak. tahniah! nampaknya cik tom memang usaha sungguh2x nk dptkn jongkong perak. u deserved it…
tahniah cik tom. bagus kalau buat koleksi kumpul hadiah silver ni, pelaburan yang akan jadi panas tak lama lagi
hebat la ciktom nih…tahniah…teruskan bercontest yer…murah sungguh rezeki ciktom…:)
rajinnya ciktom kita ni.. haha. tahniah
dah tahu dah ciktom menang. tinggal tunggul kompem jer?..:-)
Salam Alaiyka.
Wah Cik TOM, sekarang mula bermain-main cinta dengan Perak pula. Hehe.
Bila baca nama cik tom ni, teringat pulak rancangan Tom Tom Bak tu. : )
ha ah..betul kan..biar la tom tom bak tu jadi tugu peringatan kepada blog cik tom ni..hahahaha
tahniah..10 gram je..sekarang silver 1 gram berapa ekk
wahhh menarik juga kehidupan cik tom ni yer…haha..bak sini mas seketol…hehe
Jongkong perak? Tahniah, Usaha tangga kejayaan ciktom 🙂
good luck dgn contest. Kawe ni jongkang jongkit tahu ler 😀
wah.. peminat jongkong perak nih,. hehehehe,.
cik tom bila nak buat contest jongkong emas pulak kekekekekekek…
Rezeki murah CIK tom nih hehehe..
wah,,siap termimpi2 lagi, tahniah memang rajin cik tom join contest. berbaloi usaha tuh.
tahniah untuk cik tom …. menang berbaloi ni
laa akk ada tengok , tp tk join2 jugak memang nak join ..
rezeki ciktom ..
WOWWWWWW!
wow!!! congrats dear
saya tak faham langsung contest ni.. macam nak kena main tengteng je
semoga berjaya ciktom…pening tengok silangkata tu…sebab banyak yang saya tak thu…
rezeki mmg rezeki ni hee…tahniah ya
tahniah. leh pinang orang laki la lepas nih..
elehh,,nak suruh pinang dia la tu
heheh,,sampai camtu skali penangan nye ye..xpe la..mana tau ada rezeki yg lain plak pasni :p
wah, dapat silver bar ni.. menarik sungguh hadiah..
alhamdulillah dah selamat terima..mmg best..hee
usaha tangga kejayaan ciktom ye..tahniah