Ulang Tahun Ke 2 Blog Cik Tom

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Alhamdulillah pada 15/07/2012 ini genaplah 2 tahun cik tom terjebak dengan dunia blog. Permulaan cik tom berblog menggunakan medium blogspot dengan nama blog “Tomato Gurl’s Life” dan url; http://tomatogurlslife.blogspot.com. Kemudian, cik tom amik inisiatif beli domain berbayar www.ciktom.com pada 22 November 2010 dan menggunakan hosting wordpress  pada 4 April 2011 hasil hadiah dari top refferal affiliate NetKL. Perasaan selepas 2 tahun berblog? Rasa ianya tak dapat digambar dengan kata-kata. Anda hanya akan mengetahui bila merasainya sendiri. Sekali dah terjebak pasti akan rasa ketagih. hehe…

Cik tom tak naklah asyik duk ulang cerita yang sama, pada yang nak baca pengalaman cik tom berblog boleh baca artikel; Pahit Manis Dunia Berblog dan post ini genap 3 bulan cik tom berblog; Happy Anniversary Monthly Yang ke 3 Sayang.

Happy Anniversary II
Happy Anniversary II

Cik tom ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung blog cik tom samaada rakan blogger yang rajin berkongsi pendapat serta idea bernas di ruang komen atau email mahupun silent readers di blog cik tom. Korang semua penguat semangat untuk cik tom terus berblog. Tanpa kehadiran anda semua cik tom tidak akan konsisten update blog dan capai semua target dalam dunia blog.

Pencapaian Penulisan Blog Cik Tom
Hasil Penulisan Blog Cik Tom

Hasil penulisan blog cik tom selama 2 tahun ini ialah cik tom telah menulis sebanyak 596 posts, 18 pages, 41 kategori, 1, 398 tags dan 24, 892 komen yang dah diluluskan dan 10, 426 spam komen. Sebenarnya post cik tom lagi banyak dari jumlah tersebut especially post contests, giveaways dan awards tapi cik tom terpaksa delete kebanyakan posts itu masa nak pindah hosting pada bulan 4 tahun lepas bila pihak netKL sarankan delete mana artikel yang boleh sebab bila terlalu banyak posts susah @ lambat nak pindahkan ke hosting wordpress.

Alexa Rank Blog Cik Tom (15/07/2012)
Alexa Rank Blog Cik Tom (15/07/2012)

Pencapaian blog ini dari segi pagerank ialah alhamdulillah masih PR3 dari PR10 semenjak dari tahun lepas. Harapan semoga ada perubahan untuk pagerank akan datang semoga dapat naik jadi PR4. amin.. Dari segi alexa rank, alhamdulillah Alexa Rank bagi ranking dunia ialah 75, 424 dan ranking Malaysia ialah 303. Ini ialah pencapaian alexa rank terbaik sepanjang 2 tahun cik tom berblog dan semoga nilainya akan semakin comel.

Cik tom tak dapat nak masukkan sekali statistik entri popular sebab sebelum ini cik tom buang plugin google analytics akhir tahun oleh sebab masalah cpu resources dan baru masukkan balik minggu lepas. Top 10 Keyword yang paling hot ialah tutorial blogspot, apam polkadot, netkl, hilangkan parut, hilangkan jerawat, pengalaman kena denda di sekolah, bidang kerja kerani, resepi ayam, kerja sambilan dan tips.

Bagi yang mempunyai target dalam dunia blogging ini kena rajin dan berani untuk mencuba perkara baru selagi tidak menyalahi etika dunia blog dan halal di sisi agama Islam. Jangan putus asa untuk mencari ilmu blogging percuma atau berbayar dan cuba praktiskan satu persatu untuk mencari kesesuaian dengan diri dan blog. Bagi yang menulis blog kerana minat insyaAllah segala perkara yang lain akan datang dengan sendirinya jika kita ada minat dan azam yang kuat.

Sebelum ini, blog cik tom pernah anjurkan satu giveaways julung kalinya dari cik tom hadiah pakej hosting dan juga satu segmen review blog. Sempena ulang tahun ke 2 dan alhamdulillah rezeki dari blog untuk dikongsi bersama, cik tom nak anjurkan satu pertandingan. Untuk post entry pertandingan ini akan di publish pada malam ini ye. Harap dapat penyertaan mengalakkan. Tungguu…

psstt: rindu kemesraan kebanyakan rakan blogger dari awal cik tom berblog yang mostly dah menyepi atau yang dah bertukar niche blog isu semasa.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

69 thoughts on “Ulang Tahun Ke 2 Blog Cik Tom

  • July 15, 2012 at 1:52 pm
    Permalink

    TAHNIAH CIK TOM!

    baru 2thn tapi pencapaian sgt WOW.

    Reply
  • July 15, 2012 at 1:56 pm
    Permalink

    tahniah cik tom… selamat ulang tahun… smg maju jaya lagi… 🙂

    Reply
  • July 15, 2012 at 2:42 pm
    Permalink

    heheh ko mesti rindu aku jugak kan, Tom? ekekee

    Reply
  • July 15, 2012 at 3:17 pm
    Permalink

    ramai yang dah hilang..masing-masing sibuk..

    Reply
  • July 15, 2012 at 3:27 pm
    Permalink

    Wah, Selamat Ulang Tahun Ke-2 ciktom.com

    Reply
  • July 15, 2012 at 3:37 pm
    Permalink

    Selamat Hari Ulang Tahun ke-2 CikTomDotCom 😀 Sukses selalu yee, dan di doakan murah rezeki. Amin.

    Reply
  • July 15, 2012 at 3:44 pm
    Permalink

    tahniah.. semakin maju blog cik tom ni.. dah hebat SEO.

    Reply
  • July 15, 2012 at 3:46 pm
    Permalink

    tahniah.. mesti banyak suka duka dalam tempoh daru dulu sampailah sekarang kan?

    Reply
  • July 15, 2012 at 4:06 pm
    Permalink

    tahniah cik tom..trus kan usaha dgn konsisten..hehe

    Reply
  • July 15, 2012 at 4:08 pm
    Permalink

    Selamat Ulang Tahun Blog Ciktom
    x makan2 ke 🙂

    Reply
  • July 15, 2012 at 4:34 pm
    Permalink

    Wah, sudah 2 tahun. tahniah. saya baru ja bermula. Hehe. ranking alexa tu memang terbaik. sukar untuk saya mencapainya. Insyallah suatu hari nanti 😀

    Reply
  • July 15, 2012 at 4:35 pm
    Permalink

    Salam Alaiyka,

    Alhamdulillah dan syukur kerana akhirnya telah pun sampai dua tahun. Banyak penulisan tu dan banyak kategori.

    Memang bila dah lama, ada yang di antara kita yang sesama awal peringkat akan berubah arah. Ada yang menyepi dan ada yang bertukar gaya penulisannya dan topik perbincangan. Itu perkara biasa yang dikira perkembangan.

    Moga Cik Tom ini makin berkembang hendaknya. InsyaALLAH

    Reply
  • July 15, 2012 at 6:34 pm
    Permalink

    tahniah ciktom.. satu perjalanan blogger yang cukup menarik

    Tahniah.. blog ni mmg femes…
    trumtamanya kakak sy yang nk cari resipi.. mesti jumpa blog ni..hehe

    (iklan affliate pon boleh..asalkan saiz tu kena tepat)

    Reply
    • July 17, 2012 at 7:56 pm
      Permalink

      femes dgn resepi ek?? hehe….
      ok nanti nak join jugaklah..spnjg bulan puasa kan =)

      Reply
  • July 15, 2012 at 7:23 pm
    Permalink

    haha..tahniah cik tom…blog yg sangat power….

    Reply
    • July 17, 2012 at 7:57 pm
      Permalink

      blog farah lg power.. skali affiliate 1k tue sapu..

      Reply
  • July 15, 2012 at 8:23 pm
    Permalink

    Tahniah, Cik Tom! Memang blogger yang superb. Tengok stats, lagi superb. Hehe.

    Reply
    • July 17, 2012 at 7:53 pm
      Permalink

      takdelah.. blogger biasa je.. ramai lg yg superb2…thanks

      Reply
  • July 15, 2012 at 9:27 pm
    Permalink

    Sebenarnya dari dulu saya kagum dengan CikTom, salah seorang blogger wanita yang ada sifat geeker dan exploratation dalam dunia Internet. Pelbagai info dari segi kewangan dan blog tricks yang CikTom kongsikan.

    Selamat Ulang Tahun yang kedua ye. Saya belum ke tahap itu lagi.

    Reply
    • July 17, 2012 at 7:58 pm
      Permalink

      thanks atas komen tue ye nizam… tersenyum cik tom baca.. ciktom kagum dgn gaya penulisan nizam..mmg unik n best. =)

      Reply
  • July 15, 2012 at 9:55 pm
    Permalink

    wahh, bersemngat plak baca post cik tom =’) huhu, insyaAllah segala nasihat cik tom saya akan jdikan pegangan..huhu

    ade kontest nnt free2 saya join ~,~ teringin nak kna review ngn cik tom huhu…

    Reply
  • July 15, 2012 at 10:44 pm
    Permalink

    tahniah..meme ciktom antara blogger terbaik. moga bertabah success di ulang tahun ke3 nnt

    Reply
  • July 15, 2012 at 11:26 pm
    Permalink

    wah…tahniah….cuba bayangkan wajah comel budak pompuan2 tahun….rasa nak cubit2 je pipi dia..hihi

    Reply
    • July 17, 2012 at 7:26 pm
      Permalink

      tq kak jie.. ish jgn la cubit..malu..hehe

      Reply
  • July 15, 2012 at 11:31 pm
    Permalink

    Hoho, ketagihan berblog ya. Hmm, yang selalu merunsingkan ialah, nak berblog, idea tak datang pula. 😀

    Reply
    • July 17, 2012 at 7:23 pm
      Permalink

      kalau xde idea jawabnya ciktom tak update blog la..hehe

      Reply
  • July 16, 2012 at 1:22 am
    Permalink

    tahniah ciktom,. saya suka blog ni,. 😀

    Reply
  • July 16, 2012 at 10:24 am
    Permalink

    Tahniah ciktom , selamat ulang tahun ke 2 🙂

    Reply
  • July 16, 2012 at 10:32 am
    Permalink

    Selamat ulang tahun yang kedua untuk blog Cik Tom…. 🙂

    Reply
  • July 16, 2012 at 11:44 am
    Permalink

    (menyanyi dengan penuh semangat)
    happy besday blog ciktom… happy besday blog ciktom… happi besday, happy besday, happy besday blog ciktommmmmmmmmm.
    Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umor – khas buat tuan blog dan blonya sekali…

    Reply
  • July 16, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    Wahhh dah 2 tahun ke blogging??pengalaman mcm belasan tahun dah..hehe..

    Reply
  • July 16, 2012 at 12:44 pm
    Permalink

    Dah 2 tahun domain ni yer….blogger byk datang dan pergi – biasalah tu.

    Reply
    • July 17, 2012 at 6:55 pm
      Permalink

      domain xcukup lg 2 thn..akhir thn ni br cukup..hehe… tp blog ni dh cukup 2thn.. yup blogger dtg n pergi..

      Reply
  • July 16, 2012 at 2:29 pm
    Permalink

    Eppy 2nd anniversary utk blog cik tom..semoga iktan yg terjalin antara kita selama kita berblogging akan berkekalan sampai bila2..insya Allah

    Reply
    • July 17, 2012 at 6:38 pm
      Permalink

      insyaAllah semoga ikatan kita sesama blogger tak terputus n berkekalan sehingga diluar blog..amin

      Reply
  • July 16, 2012 at 3:45 pm
    Permalink

    wah tahniah ye cik tom,skrg busy mmg jrg dpt bw.masa mula2 blogging cukup suka sggh blog ni sbb cik tom rajin bkongsi idea dan tutorial…tqvm tau!!!

    Reply
  • July 16, 2012 at 8:55 pm
    Permalink

    Tahniah dan selamat menyambut ulang tahun ke-2 untuk blog Cik Tom. Semoga mencapai apa yang diingin dalam dunia blogging.

    Reply
  • July 16, 2012 at 10:20 pm
    Permalink

    assalamualaikum..
    selamat ulangtahun kedua blog ciktom..act, kagum dngan semangat &kesungguhan ciktom dalam dunia blog ni..teruskan menulis entri yg best2 yer..:)

    Reply
    • July 17, 2012 at 3:56 pm
      Permalink

      wslm… terima kasih intan.. insyaAllah selagi diberikan peluang akan terus menaip di blog.

      Reply
  • July 17, 2012 at 12:42 am
    Permalink

    tahniah ciktom.. blog kita sebaya

    Reply
    • July 17, 2012 at 3:48 pm
      Permalink

      owh aah rs mcm lbh krg.. eiela pnye blog bila?

      Reply
  • July 17, 2012 at 3:28 am
    Permalink

    Terbaiklah. Cik tom. Selamat ulangtahun ke2. Semoga terus sukses dalam dunia blogging dan jangan lupa PH k.

    Reply
    • July 17, 2012 at 3:11 pm
      Permalink

      thanks PH.. sepatutnya ciktom yg ckp mcm tue kat PH.. jgn lupakan cik tom ye..

      Reply
  • July 17, 2012 at 10:19 am
    Permalink

    tahniah ciktom..haha… ! all the best ya

    Reply
  • July 17, 2012 at 6:22 pm
    Permalink

    tahniah cik tom.. baru 2 tahun rupanya.. ingatkan dah berpuluh puluh tahun. hehe

    Reply
  • July 18, 2012 at 1:36 am
    Permalink

    Tahniah cik tom. 2 tahun bagi byk blogger satu tempoh ujian. Ada yg kekal dan ada yg timbul tenggelam.

    Ciktom nampaknya terus komited. Mmg kagum ambe ngn cik tom ni.

    Tahniah yer =)

    Reply
  • August 13, 2012 at 8:21 pm
    Permalink

    Assalamualaikum.
    Titan bagi preview yang hebat pasal cik tom di blognya. Saya orang baru di dunia ni. Sila tunjuk ajar. 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!