theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi

theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi | Assalamualaikum dan salam sayang.. Ciktom teringat saat ciktom kali pertama mengandungkan Adira pada 2 tahun lepas. Memang banyak persoalan dan kerisauan bermain-main di fikiran ciktom. Yelah kali pertama merasai pengalaman untuk menjadi ibu dan emak ciktom pula berada jauh di kampung. Ciktom banyak call emak ciktom bertanyakan tips dan pengalaman emak. Tapi kekadang emak pun cakap dah terlupa sebab dah lama sangat. hihi..

Seterusnya ciktom jadikan group facebook kehamilan sumber kedua ciktom untuk tahu lebih lanjut mengenai progress kehamilan dan sebagainya. Tapi rupanya selepas ciktom join group facebook ciktom lebih depress bila banyak betul berlaku pertelagahan pendapat antara ibu bapa. Malahan tips yang dikongsikan mengarut tanpa sebarang sokongan dari doktor atau pihak bertauliah. Banyak juga di momok kan dengan gambar-gambar janin selepas keguguran langsung tanpa sensor.

Korang ada tak mengalami pengalaman sama macam ciktom ni???

Kalau ye, ciktom nak suggest satu aplikasi terbaik iaitu theAsianparent yang boleh menghilangkan kerisauan korang tau! Dengan hanya di hujung jari  korang masih boleh dapatkan segala maklumat terkini mengenai panduan keibubapaan, kehamilan, bayi dan proses penumbesaran anak.  Yang terbaik korang boleh bertanyakan secara direct dengan pakar perubatan dari Sunway Medical Centre Velocity dan DoctorOnCallto bagi memahami lebih lanjut mengenai penyakit, vaksin dan juga alahan kanak-kanak.

theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi
theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi

theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi

theAsianparent ialah satu portal keibubapaan terbesar di Asia Tenggara yang telah meliputi pelbagai rangkaian lebih daripada 25 juta pengguna. Tahniah ciktom ucapkan atas pelancaran aplikasi theAsianparent secara rasmi pada 25 September 2019 yang lepas. Aplikasi ini direka bagi membantu para ibu bapa di serantau Asia dari proses kehamilan sehinggalah melahirkan, menyusu dan akhirnya membesarkan anak dengan sihat dan cergas.

theAsianparent kini menjadi portal ibu bapa terbesar di Asia Tenggara di 12 buah negara dan boleh didapati dalam 11 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, Thai, Filipina, Vietnam, Hindi, Tamil, Cina, Sinhala dan Jepun.

Ibu bapa juga boleh track dan monitor setiap perjalanan kehamilan mereka dengan aplikasi ni. Malahn selepas kehamilan juga mereka boleh menjejaki perkembangan anak-anak sehingga usia 6 tahun.

theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa

Apa Yang Menarik Dengan theAsianparent App?

1. Maklumat di Hujung Jari

Ibu bapa tak perlu bersusah payah untuk cari pelbagai maklumat dari hasil carian google, buku dan sebagainya. Dengan menggunakan aplikasi theAsianparent ibu bapa boleh akses segala maklumat di mana sahaja dengan lebih cepat dan tepat. Segala telah disusun atur dengan cantik mengikut kategori seperti menu di dalam gambar di bawah iaitu;

  • Pregnancy Tracker
  • Baby Tracker
  • Food & Nutrition
  • Checklist
  • Medicines
  • Ask other Parent
  • Photobooth
  • Pool
  • Bookmark
  • Point
  • Reward
  • Contest

theAsianparent App

2. Pelbagai Topik Menarik dari Kehamilan, Menyusu dan Perkembangan Anak

Ada 12 topik menarik iaitu Baby, Toddler, Just Dads, Just Mums, Breastfeeding, Random Talk, Buy & Sell, Recipe Shariing!, Preschooler, Bigger Kids, Trying To Conceive dan Pregnancy. Segala topik ni lengkap tau untuk trace progress perkembangan anak semasa mengandung sehinggalah 6 tahun.

Yang belum mengandung dan masih berusaha untuk mengandung pun boleh join tau. Untuk sama-sama belajar ilmu dan sharing pengalaman perjalana TTC (Trying To Conceive).

Ciktom suka tengok progress perkembangan anak ciktom adakah selari dengan pencapaian yang sepatutnya dicapai pada setiap peringkat umur toddler.

3. Bertanyakan Soalan Pada Pakar Perubatan

Yang paling ciktom suka ialah aplikasi Asianparent menawarkan ibu bapa untuk meminta pandangan pakar perubatan mengenai segala persoalan mengenai ubat dan kesihatan. Dengan bantuan pakar perubatan dari Pusat Perubatan Sunway Velocity dan DoctorOnCallto dapat membantu lebih pemahaman kepada ibu bapa tentang penyakit, vaksinasi dan juga alahan di kalangan kanak-kanak.


4. Artikel Terkini

Ciktom memang suka baca artikel terkini mengenai keibubapaan dan yang ciktom suka aplikasi theAsianparent ni memang sentiasa uptodate dengan pelbagai topik yang menarik.

 

5. Pilihan Audio dan Video Mengikut Peringkat Umur Anak

Macam adira anak ciktom ni jenis tidur tak boleh sunyi sepi. Nanti mudah terjaga kecuali waktu malam takpe sunyi. Jadi biasa waktu siang memang ciktom akan pasang video atau audio untuk bagi dia tidur. Kalau sebelum ni ciktom buka youtube, tapi sekarang rasa lagi mudah ciktom buka theAsianparent app je untuk akses lagi mudah. Lagi bagus sebab lagu2 yang disediakan mengikut peringkat umur anak iaitu waktu kehamilan, 0-12 bulan, 1-2 tahun dan 3 tahun ke atas.

6. Edit gambar Anak di Photobooth

Lagi mudah, korang as parent mesti excited kan ambil gambar bebanyak dan edit2 gambar tersebut bagi cantik dengan masukkan frame atau sticker comel. Kalau sebelum ni korang kena install app lain untuk edit gambar. Tapi theAsianparent sudah tersedia di dalam 1 aplikasi bak orang kata one centre. Terdapat pelbagai frame dan sticker yang comel2 tau.

Tak percaya pergi tengok ke menu Photobooth dalan aplikasi theAsianparent.

7. Forum Komuniti Untuk Saling Berinteraksi

Selain bertanyakan pada pakar perubatan, kekadang korang nak juga sharing session dengan ibu bapa yang seangkatan dengan korang kan. Yang faham apa perasaan korang, berkongsi pengalaman, tips dan pendapat. Saling support each other dengan positif vibes sangat dialu-alukan untuk join forum komuniti theAsianparent.

8. Points dan Rewards

Yang seronok korang boleh kumpul  point setiap hari dengan hanya login aplikasi theAsianparent, jawab poll, dan sebagainya. Lagi banyak korang berinteraksi lagi banyak point dapat dikumpulkan. Segala point terkumpu ini dapat korang tebus dengan rewards menarik kredit e-wallet boost, photobook, lotion, iFlix Voucher, Shopback dan banyak lagi tau.

9. Contest

Nak lagi best, terdapat pelbagai peluang untuk memenangi hadiah yang lumayan dengan menyertai contest ysng mudah dan menarik.

Cara Download Aplikasi theAsianparent


Semoga perkongsian artikel theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi memberi manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

2 thoughts on “theAsianparent App Panduan Kepada Ibu Bapa, Kehamilan dan Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE