#Throwback 2013: Selamat Bertunang Miss Yaty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. Alhamdulillah my sis, miss yaty dah selamat bertunang pada bulan September yang lepas. Dalam ajaran Islam pertunangan ialah masa untuk berkenal-kenalan dengan bakal pasangan kita sepanjang tempoh pertunangan sebelum menginjak ke gerbang perkahwinan.

Entry ini pun dah lama tersimpan dalam draft tapi tak siap edit sepenuhnya lagi. Oleh sebab itu, cik tom ambil keputusan buat segmen #Throwback2013 untuk melunaskan semua entry yang dah banyak tertunggak dalam draft. Rasanya bakal terbabas masuk tahun 2014 jugak entry lain. haha…

Tahniah pada adik ciktom, Yaty dan juga tunangnya, Nazli. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dalam merancang ke arah gerbang perkahwinan pada bulan Mac 2014. amin….

My Lovely Sister's Engagement Day.. Congrats dear!!
My Lovely Sister’s Engagement Day.. Congrats dear!!

Gambar bawah ini ialah hantaran bertunang dari pihak perempuan untuk lelaki. Hantaran dulang disediakan ialah 7 dulang berbalas 5 dulang dari pihak lelaki. Semua 7 hantaran dulang ini kakak ipar; Kak Long dan Kak Ngah yang buatkan. Looks simple and nice ikut taste yaty.

Hantaran pihak perempuan
Hantaran dari pihak perempuan

Ini pulak 5 dulang hantaran dari pihak lelaki. Ini pun semua kakak Nazli yang buatkan al-maklum ramai yang memang kerja mak andam. Senang ramai yang volunter bab engagement planner untuk tunang kali ini.

Hantaran dari pihak lelaki
Hantaran dari pihak lelaki

Turn jodoh cik tom belum sampai lagi.. tak yah tanya ek. hehe.. Just doakan semoga turn jodoh cik tom bakal menamatkan zaman bujang akan sampai jua. Kena lipat gandakan usaha gamaknya. hehe…

Download Panduan Malam Pertama Pengantin

Cik tom ambil keputusan untuk amik yaty penulis ketiga dalam blog cik tom selepas cik tom dah amik, eda rushdi (adik cik tom) juga sebagai penulis untuk niche review novel. InsyaAllah yaty akan berkongsi segala niche mengenai kisah pertunangan dan juga kisah persiapan kahwin dia dalam blog ini.

Download Panduan Persediaan Perkahwinan Melayu

Sepanjang bulan Disember 2013, blog ciktom[dot]com akan
menyiarkan slot #Throwback2013 bagi melangsaikan segala
entri yang banyak tertunggak di dalam draft sepanjang tahun 2013
terutama entri berniche personal.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

30 thoughts on “#Throwback 2013: Selamat Bertunang Miss Yaty

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!