Tips Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…Kali ini cik tom nak share tips bagaimana untuk gembira di tempat kerja. Tips ini cik tom ceduk 100% dari facebook. Takde di edit samaada berkurang atau bertambah. Cik tom masih dalam proses menyesuaikan diri dengan tempat kerja baru dan cik tom cuba nak aplikasikan tips gembira di tempat kerja ni sebabnya cik tom kurang suka kerja sekarang. Cik tom harap tips yang cik tom kongsikan ini dapat membantu kawan-kawan lain gembira dan bersemangat untuk bekerja. huhu ^_^

10 Tips Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja:

  1. Kita perlu menyukai bos kita, setidak-tidaknya hormatilah beliau.
  2. Kita harus suka dan menghormati rakan-rakan sekerja yang lain.
  3. Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.
  4. Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.
  5. Senaraikan langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.
  6. Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.
  7. Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama.
  8. Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja.
  9. Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.
  10. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan.

Sumber: Note facebook

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

13 thoughts on “Tips Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja

  • June 18, 2011 at 12:59 pm
    Permalink

    ciktom keje pe?? mesti sebab takde saya kan.. tu yg ciktom tak suke keje kat situ kan.. 😀

    Reply
  • June 18, 2011 at 1:35 pm
    Permalink

    mungkin kena tambah keikhlasan dalam melaksanakan tugas. kerja kita, amanah kita.. pastikan kita dibayar gaji setimpal dengan kerja yang kita buat..

    Reply
  • June 18, 2011 at 3:04 pm
    Permalink

    ada yang suka kat bos sampai jatuh cinta pulak cik tom..hehehhe

    Reply
  • June 18, 2011 at 3:42 pm
    Permalink

    bagus tips ni…boleh la jadikan panduan…

    Reply
  • June 18, 2011 at 6:47 pm
    Permalink

    hye CT!betul tu.kite dulu pun pernah kgsikan entri bagaimana nak suka dan hepi di office he3.smga sis pun hepi juga ye.

    Reply
  • June 18, 2011 at 8:40 pm
    Permalink

    tahniah cik tom sb dah keje..hehe

    akak sgt suka dgn keje dan tmpat keje akak skrg..

    Reply
  • June 18, 2011 at 10:22 pm
    Permalink

    Yang penting rasanya kita perlu suka pada kerja kita. 🙂
    Kalau kita kerja kerana terpaksa sebab takde kerja lain, kita takkan happy di tempat kerja juga.

    Reply
  • June 18, 2011 at 10:36 pm
    Permalink

    wah..cik tom dah keja…tahniah
    cik tom..lama tak singgah sini..rindu kt cik tom la..

    Reply
  • June 18, 2011 at 10:47 pm
    Permalink

    baca doa sebelum mula kerja dan niat kerja kerana Allah. ecewah. tapi memang betul pun kalau separuh hati jek nak kerja tak syiokkk..asik ingat nak balik. hadui. kalau best, kerja sampai malam pun rela.

    Reply
  • June 18, 2011 at 11:41 pm
    Permalink

    Emm..jangan suka sangat dengan bos..nanti bos tackle kita. kang jadi macam drama nora elena nih..

    Reply
  • June 19, 2011 at 7:13 am
    Permalink

    tapi kalo bos asik cr salah kite je cmne? huhuhu

    Reply
  • June 19, 2011 at 10:42 pm
    Permalink

    suka kat tmpt keje skrg sal ada awek bnyk.. kah kah kah..

    Reply
  • June 20, 2011 at 1:31 pm
    Permalink

    Kalau kita tak hormat bos, nanti bos akan blacklist. nak naik gaji pun susah,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE