Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Lelaki)

Hi apa khabar semua! My sis, cik tom bagitau dah alang-alang buat entry; Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Perempuan). Apa salahnya eda continue artikel untuk Tips Beli Hadiah untuk Si Dia Versi Lelaki pula. Barulah fair and square ek!

Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Lelaki)
Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Lelaki)

Daripada apa yang eda survey dari rakan-rakan, hadiah untuk si jejaka memang agak mahal berbanding hadiah untuk si gadis ni. Hadiah untuk lelaki la yang paling susah nak cari sebab lelaki ni cerewet sikit..huhu..sorry bagi yang terasa tapi ni mengikut kajian tau.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 1: Gajet

Hadiah gajet
Hadiah gajet

Ha..gajet sudah semestinya berada pada ranting nombor satu. Semua tahu lelaki dan gajet memang tak boleh di pisahkan. Tapi kos untuk hadiah ni agak mahal la. Tapi tak salah kan nak mencuba untuk hadiahkan gajet. Bagi eda tak perlu cari yang mahal-mahal sangat. Cukup mengikut kemampuan masing-masing. Antara gajet yang boleh eda bagi contohnya ialah mp3, permainan video ataupun aksesori kamera mahal diorang.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 2: Buku atau Majalah Kegemaran si Dia

Majalah kereta
Majalah kereta

Setahu eda tak ramai lelaki yang suka baca buku. Kecuali buku yang dia betul-betul minat je la kot. So, mungkin boleh cari dan tahu buku atau majalah kesukaan si dia. Jadi bolehla tolong dia kumpul buku atau majalah yang dia minat baca. Contohnya majalah pasal gajet, kereta atau bola. Mungkin jugak boleh cari kelainan dengan bagi buku ilmiah. Membaca itu kan jambatan ilmu.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 3: Aktiviti Luar

Selain itu, mungkin boleh jugak sambut birthday or anniversary bersama buah hati di luar. Try pergi ke tempat-tempat yang suami/ boyfriend suka pergi. Pastinya dapat mengumpul kenangan yang menarik bersama. Pesanan eda pergilah tempat orang ramai kalau masih belum berkahwin tue ye. Elakkan berdua-duaan. Tak baik tau.

Make sure survey dulu samaada si dia suka atau tak dengan tempat tu. Jangan rosakkan mood si dia pula..huhu

Tips Hadiah Untuk Lelaki 4: Jersi Bola

Jersi bola
Jersi bola

Bola memang sebati dengan lelaki dan lelaki ni memang suka kumpul pelbagai jersi pasukan kegemaran mereka. Jadi apa kata kalau hadiahkan si dia jersi pasukan kegemarannya. Pastinya si dia suka sebab koleksinya bakal bertambah. Tapi ingat, lelaki sukakan jersi yang berkualiti. Jadi biar harga jersi tu murah, tapi pastikan ianya berkualiti untuk si dia pakai.

Eda suggest pada yang mencari baju jersi online yang original serta murah harganya boleh usha di laman web; Bolastore. Kawan-kawan lelaki eda suka beli jersi bola kat website bolastore sebab kualiti kainnya best dan harga pun murah berbanding tempat lain.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 5: Minyak Wangi

Minyak wangi a.k.a perfume
Minyak wangi a.k.a perfume

Bukan sahaja wanita, lelaki juga sukakan perfume yang wangi dan boleh buat mereka lebih berkeyakinan. Jadi bolehla jadikan perfume sebagai hadiah untuk si dia. Carila wangian dari jenama yang si dia suka. Pastinya si dia akan selalu pakai. Mesti kita suka kan orang yang sayang sentiasa pakai hadiah pemberian yang diberikan.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 6: Jam Tangan

Jam tangan
Jam tangan

Jam tangan sangat penting untuk pastikan si jejaka nampak stailo dan menepati masa. Jadi tak salah jadikan jam tangan sebagai hadiah untuk si dia. Jika nak lebih sweet, hadiahkan jam couple untuk si dia. Pasti nampak berdua lebih manis dengan padanan jam tangan yang sama. Setiap kali melihat pada jam akan mengingatkan segala kenangan manis bersama. hehe…

Tips Hadiah Untuk Lelaki 7: Kejutan Majlis Hari Jadi

Sambutan hari lahir emak 3

Sekali sekala cari kelainan dengan buat kejutan majlis hari jadi untuk si jejaka dengan menjemput rakan-rakan atau hanya di sambut anda berdua. Pasti si dia rasa di hargai. Dan nak nampak lebih menarik, kalau boleh masak sendiri khas untuk majlis hari jadi si dia itu.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 8: Dompet

Dompet a.k.a Wallet
Dompet a.k.a Wallet

Biasanya wallet la yang paling famous untuk di jadikan hadiah untuk si jejaka. Carilah wallet yang menarik untuk si dia guna. Tapi jika nampak wallet si dia masih dalam keadaan yang elok, sebaiknya carilah hadiah lain untuk si dia. Dan carilah wallet yang lain daripada yang si dia pernah guna. Pastinya si dia hargai.

Tips Hadiah Untuk Lelaki 9: Belt a.k.a Tali Pinggang

Hadiah tali pinggang
Hadiah tali pinggang

Lelaki memang sukakan belt yang stailo. Zaman sekarang memang macam-macam design belt yang ada. Jika si dia seorang yang sukakan gaya berfesyen, bolehla hadiahkan tali pinggang yang mempunyai corak yang nampak macho. Tapi jika dia seorang yang tak terlalu ghairah dengan fesyen, hadiahkan si dia dengan belt berkulit.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 10: Pakaian atau Tie

Hadiah tie
Hadiah tie

Bagi yang mempunyai boyfriend yang berkejaya dan kerja di pejabat, eda cadangkan apa kata try hadiahkan si dia kemeja baru atau tie. Pastinya si dia bertambah suka. Selain itu, boleh juga hadiahkan t-shirt atau t-shirt couple untuk si dia dan diri sendiri. Bolehla nanti keluar bersama dengan baju couple yang nampak sweet tu..

*************************************

Jadi apa pilihan hadiah yang ingin dihadiahkan buat buah hati atau suami atau mungkin bapa tersayang anda?

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

12 thoughts on “Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Lelaki)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE