Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Perempuan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Baru-baru ni kawan lelaki eda ada yang bertanyakan apa hadiah yang sesuai nak bagi buah hati (perempuan)  diorang? Ececeh.. so sweet siap tanya kat eda macam mana cara nak tambat hati girlfriend dan hadiah apa yang sesuai nak bagi kat awek dia. Hee..

Eda pun apa lagi siap buat survey dikalangan kawan-kawan perempuan eda apa hadiah yang diorang paling suka kalau dapat dari buah hati,  suami, boyfriend, pakwe dan sebagainya.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 1: Bunga

Jambangan bunga ros buat buah hati
Jambangan bunga ros buat buah hati

Boleh dikatakan rata-rata perempuan pasti sukakan bunga.. kecuali kalau girlfriend atau wife korang tue alergik dengan bunga! Hehe.. biasanya lelaki akan bagi bunga ros merah ataupun bunga ros putih..tapi kalau korang tau bunga kesukaan si dia tu, lagi la bagus. Bagila bunga kesukaan si dia. semua sedia maklum yang bunga fresh ni memang mahal harganya. So untuk menjimatkan kos, tak apa, korang bagi je 3 kuntum bunga yang kata orang membawa maksud I Love You..sweet kan??

Tips Hadiah Untuk Si Dia 2: Barang kemas (cincin, gelang tangan, rantai leher)

Koleksi Emas Perhiasan Cik Tom
Koleksi Emas Perhiasan Cik Tom

Untuk hadiah yang kedua ni mahal la sikit. Tapi bila sebut barang kemas ni, tak la semestinya korang kena bagi cincin emas, gelas tangan emas..huhu..mahal jugak tu..mungkin korang boleh bagi cincin silver ke..apa yang termampu, yang penting hati ikhlas nak bagi tanda korang sayang kat si dia dan cincin jugak sebagai tanda si dia milik kamu. Mungkin anda boleh dapatkan cincin couple untuk anda dan pasangan.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 3: Coklat

Hadiah coklat
Hadiah coklat

Ada yang kata perempuan sukakan coklat dan ada yang kata tak suka sebab takut gemuk. Tapi memang tradisi biasanya bila bercakap pasal hadiah untuk si dia, coklat akan jadi topik utama. Anda boleh dapatkan coklat yang menarik untuk dijadikan hadiah.

Contohnya hadiahkan coklat cadbury. Mungkin nampak biasa, tapi kalau anda hias cantik-cantik dengan letak bunga or reben, pasti hadiah ni nampak lebih menarik dan buat si dia terpegun. Tak kisah hadiah simple, tapi kalau di hias dengan catik pasti akan nampak lebih menarik dan berharga.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 4: Bantal pelbagai bentuk comel dan berwarna

Bantal comel dan berwarna-warni
Bantal comel dan berwarna-warni

Ha..hadiah yang keempat ialah bantal..mungkin korang nampak biasa tapi sekarang zaman dah maju. Bantal bukan sebarang bantal dah. Sekarang ramai yang suka order bantal couple yang comel sangat. Satu untuk si jejaka and satu lagi untuk si dara. Jadi, bila peluk bantal tu, ingatla kat pasangan masing-masing. Sekarang macam-macam jenis bantal couple ada dan kita boleh request nak yang macam mana dan tulis apa. Biasanya bantal craft yang di buat dari kain felt. Memang comel sangat la kalau nak hadiahkan kat girlfriend.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 5: Perfume a.k.a minyak wangi

Contoh perfume simplysiti
Contoh perfume simplysiti

Dari dulu lagi perfume dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan. Perempuan memang suka bau-bau yang wangi ni. Jadi, si jejaka boleh la nak hadiahkan perfume untuk si gadisnya. Kalau anda tahu apa jenis wangian atau jenama yang si gadis suka, elokla hadiahkan perfume ikut kesukaan mereka. Mereka pasti sukakannya dan akan memakai wangian itu selalu. Lebih-lebih lagi bila bertemu dengan anda. J

Tips Hadiah Untuk Si Dia 6: Jam tangan

Jam tangan
Jam tangan

Bagi sesetengah orang ada yang mengatakan hadiah jam tangan ni mahal. Takkanlah diorang nak hadiahkan jam harga rm10. Tapi tak salah pun, keikhlasan itu penting. Tapi kalau nak hadiahkan jam tangan yang harga tak murah dan tak mahal sangat boleh je. Apa kata anda beli jam tangan couple. Anda dapat satu dan si gadis dapat satu. Harga jam couple jauh lebih murah berbanding beli satu je jam. Harganya lebih berpatutan. Jadi hadiah tu pun jadi lebih bermaknakan?

Tips Hadiah Untuk Si Dia 7: Buku

Buku
Buku “Aku Terima Nikahnya”

Buku. Perempuan memang suka membaca. Tak kirala apa pun jenis buku yang di baca. Jadi, anda mungkin boleh hadiahkan buku buat si gadis kesayangan anda. Sekarang pun banyak jenis-jenis buku yang ada di kedai-kedai buku. Ada novel cinta, novel islamik, buku ilmiah dan sebagainya. Jadi tak salah untuk anda jadikan buku sebagai hadiah untuk si cinta hati. Jika anda tahu buku apa yang di minati, bolehla hadiahkannya.

Oh ye, menjadi tradisi jugak sekarang, seseorang itu akan hadiahkan buku yang tajuknya mempunyai makna atau sebagai luahan anda untuk si dia. Contohnya novel “setia hujung nyawa”, bermaksud anda akan setia dengan si dia sehingga hujung nyawa. Atau mungkin buku ilmiah seperti “aku terima nikahnya” yang bermaksud anda ingin memang serius dengan si dia dan ingin menjadikan dia suri hidup anda.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 8: Kasut

Kasut
Kasut

Hadiah keempat ialah kasut. Hadiah ni mungkin jarang di jadikan sebagai hadiah untuk si dia. Tapi hadiah ni  mungkin sesuai untuk si dia yang area umur 25 tahun ke atas. Sebab mereka matang. Kalau nak beli kasut ni, anda kenala tahu size kaki si dia untuk memudahkan anda membeli hadiah ni. Tentunya si dia suka sebab si gadis memang sukakan kasut. Boleh dikatakan seorang perempuan akan ada banyak koleksi kasut.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 9: Baju a.k.a pakaian

Pakaian
Pakaian

Pakaian a.k.a baju. Anda bolehla hadiahkan untuk si dia baju. Contoh baju yang boleh di bagi mungkin dress atau blouse. Atau lebih elok lagi mungkin tudung bagi pasangan anda yang bertudung. Macam-macam jenis tudung ada sekarang dan ianya boleh di jadikan sebagai hadiah yang istimewa untuk si dia. Selain tu, anda boleh jugak hadiankan baju couple untuk si dia dan anda. Bila keluar nanti, bolehla pakai baju tu sama-sama. Nampak sweet sangat. Sekarang pun, banyak design baju-baju couple yang sangat menarik dan comel. Memang tak salah untuk di jadikan hadiah.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 10: Teddy Bear Besar, Gebu dan Comel

Hadiah Bear Besar buat tersayang

Wah..hadiah kesepuluh ni memang si girlfriend suka sangat la kalau dapat. Lebih-lebih lagi remaja. Perempuan sekarang memang suka kalau boyfriend dia bagi teddy bear. Bila dah dapat tu, memang tak lepas dan asyik bawa je bila travel ke mana-mana.huhu..

Jadi kepada si jejaka yang tengah fikir nak bagi hadiah apa untuk si dia, boleh la survey teddy bear yang gebu dan comel.. Eda suggest korang try usaha beli online kedai bear besar sebab harganya murah dan dipercayai cepat sampai kat web; Kedai Teddy Bear Besar Gedabak.

********************************************

So, nak beli hadiah ni kena mahal ke? Tak perlu sebenarnya yang mahal yang penting ialah keikhlasan hati anda nak belikan hadiah buat insan tersayang anda. Tapi kalau berkemampuan atau bajet lebih apa salahnya kalau berbelanja lebih.Bukannya selalu kan. Pasti anda pun happy lihat reaksi yang gembira atau comel dari awek atau isteri anda. ^_^

Sharing is caring

eda rushdi

Penulis baru di blog ciktom[dot]com. Masih belajar dan belajar dalam memperbaiki teknik penulisan. bakal mencari idea-idea baru untuk ditulis. ^_^

6 thoughts on “Tips Beli Hadiah untuk Si Dia (Perempuan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE