Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Semenjak dari kecil kita sudah terbiasa mendengar “menabung amalan mulia”. “Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.” Tetapi masih ramai yang gagal untuk melakukannya. Kita terlalu memikirkan bahawa kos sara hidup yang tinggi sehingga mentaliti telah di set bahawa tidak ada duit yang mampu disimpan dengan pendapatan yang sedikit. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun kita atau sedikit mana sekali pun pendapatan, kita masih boleh menabung bergantung pada kemampuan masing-masing.

Tips berjimat menabung paling mudah ialah dengan menabung duit syiling. Apabila kita berbelanja pastikan hanya guna duit kertas sahaja, segala baki duit syiling yang dipulangkan oleh jurujual dimasukkan ke dalam tabung. Jangan sesekali guna duit syiling untuk bayar barang keperluan lain. Pastikan disiplin diri untuk sentiasa menabung wang lebihan syiling setiap hari. Ingatlah selagi kita tidak berani untuk membuat anjakan paradigma dalam diri kita selagi itulah hidup kita tidak akan berubah.

Ada yang cakap; “Alah buat apa nak berjimat cermat? Duit bukan boleh bawa mati sekali pun. Selagi boleh enjoy dengan duit yang ada.” Memang duit tak boleh bawa mati. Tapi kita perlu duit untuk hidup. Kita nak hidup ini bukan untuk sehari dua je. Nak teruskan hidup kena ada perancangan kewangan untuk masa depan. Kalau dah kahwin kena fikir jaminan untuk anak, isteri. Bila suka enjoy tue la banyak berhutang sana sini. Takde masa depan yang terjamin.

Gambar bawah koleksi tabung cik tom. Masa amik gambar ni, tabung besi oren+ tabung bedak pureen yang dah penuh dan cik tom pecahkan. Tabung plastik pink tue boleh buka tutup untuk duit emergency. Yang tabung kotak pencuci Clinelle baru buat. Cik tom dah lekat dengan salotep (pita pelekat) sekeliling penutup atas, bawah so tak boleh buka dan tebuk untuk buat lubang tabung. Nak menabung tak semestinya kena beli tabung baru. Boleh je guna barang terpakai yang sesuai. Sebaiknya gunaĀ tabung tidak boleh dibuka untuk elakkan kes tabung dikorek. Selepas buka tabung yang penuh, pastikan simpan segala duit ke dalam bank yang tidak mempunyai kad ATM. Jangan pula guna duit itu untuk perbelanjaan lain kecuali terlampau emergency.

Koleksi Tabung Cik Tom
Koleksi Tabung Cik Tom

Selepas cik tom pecahkan 2 tabung tue, total semua duit syiling dan wang kertas selama 3 bulan cik tom menabung ialah RM241.60. Duit itu dah selamat cik tom simpan dalam tabung haji. Tak banyak mana sebabnya bukan hari-hari cik tom berbelanja. Kebiasaannya cik tom masak dan bawa bekal pergi kerja waktu pagi. Untuk makan petang pulak masak bila balik rumah. Kalau tak sempat masak pagi atau malas sangat baru pergi makan kat luar. Alhamdulillah dengan kaedah ini memang banyak boleh save gaji setiap bulan dan boleh bagi lebih dekat famili. šŸ™‚

Hasil Menabung Selama 3 bulan
Hasil Menabung Selama 3 bulan

Sebelum ini cik tom ada shareĀ Tips Berjimat Cermat Versi Cik TomĀ ketika belajarĀ iaitu dengan kaedah buku atau diari untuk catat kewangan perbelanjaan seharian. Alhamdulillah hasil dari tips berjimat cermat cik tom guna dapat beliĀ kereta kelisa terpakaiĀ dengan duit simpanan sendiri tanpa pinjaman dari mana2 pihak. So, cik tom takde berhutang pinjaman dari segi kereta. Cuma cik tom still berhutang PTPTN setakat ini. Tak macamĀ Titan KacakĀ yang dah setel bayar PTPTN.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

50 thoughts on “Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah

  • April 21, 2012 at 1:37 am
    Permalink

    mesti wangikan duit tu..bau bedak

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:26 am
      Permalink

      memang pun wangi dan berdebu dengan powder bedak..hehe

      Reply
  • April 21, 2012 at 1:47 am
    Permalink

    Ada gak buat amalan simpan syiling lebihan tiap hari
    Ntah berapa la terkumpul kad dalam kotak tu

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:26 am
      Permalink

      xpe nanti kira bila penuh je baru rs excited..hee

      Reply
  • April 21, 2012 at 2:11 am
    Permalink

    tambah lagi satu ciktom. purse tuh biar takde tempat nak isi coin. dapat je balance coin dari cashier, balik rumah terus masuk tabung :p

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:25 am
      Permalink

      aah bagus juga cadangan tue..kalau purse xde tempat isi coin lg disiplin nak masukkan dalam tabung..tq.. šŸ™‚

      Reply
  • April 21, 2012 at 3:38 am
    Permalink

    Dulu time sekolah mmg ada tabung since dh xsekolah ni xde dah tabung tu…hehe

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:17 am
      Permalink

      rajin menabung masa sekolah je ek..skang pun boleh mula menabung lagi..masih tak terlambat…hii

      Reply
  • April 21, 2012 at 9:32 am
    Permalink

    akak pun suka menabung duit syiling ni..anak2 pun terikut juga.

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:16 am
      Permalink

      wah bagus tue terapkan amalan menabung pada anak2 juga…

      Reply
  • April 21, 2012 at 10:53 am
    Permalink

    syiling saya penuh dah nih…da boleh beli iphone he3..

    Reply
    • April 21, 2012 at 10:58 am
      Permalink

      wah banyak tue siap boleh beli iphone…tahniah!

      Reply
      • April 21, 2012 at 3:43 pm
        Permalink

        apa lagi blh pergi mmbli belah dgn rasa senag hti,,,sb apa yg di inginkan bakal di capai

        Reply
        • April 21, 2012 at 3:51 pm
          Permalink

          ciktom menabung duit tue utk simpan dlm bank..duit utk beli belah yg lain..hee

  • April 21, 2012 at 12:00 pm
    Permalink

    wah… banyaknya…

    naksenang, pakai je botol air..tebuk lubang, terus jadi tabung… ahahhaa

    Reply
    • April 21, 2012 at 1:17 pm
      Permalink

      pakai botol ok jugak cuma cik tom xsuka yg lutsinar nmpk duit..tkt asyik tgk bila la nak penuh..baik tertutup..hehe

      Reply
  • April 21, 2012 at 3:42 pm
    Permalink

    sikti2 kaedahnya lama2 akan nmpk hasil yg banyak.

    Reply
  • April 21, 2012 at 4:07 pm
    Permalink

    zie kalau menabung, asyik nak korek je duit tue… hehe… buruk perangai kan??

    Reply
    • April 21, 2012 at 4:29 pm
      Permalink

      normal..ramai camtu..sebab tue ciktom ada masukkan tips yg menabung guna tabung yang xboleh dibuka macam botol bedak, tabung besi yg hanya ada lubang utk masuk syiling je..konpem xkan/ xboleh korek duit syiling selagi xpenuh..

      Reply
  • April 21, 2012 at 4:58 pm
    Permalink

    Salam Cik Tom, Azie suka menabung tapi duit syiling jer la. Duit ringgit tak tahan lama hahahah, mesti geram jer nak korek semula heheh.

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:00 pm
      Permalink

      hehe…kl camtu menabung duit syiling pun ok..

      Reply
  • April 21, 2012 at 5:24 pm
    Permalink

    hehe..aku memang kacak apa. hehe..

    Reply
    • April 21, 2012 at 5:45 pm
      Permalink

      sape2 yang dh setel byr Ptptn memang kacak..hee

      Reply
  • April 21, 2012 at 7:42 pm
    Permalink

    Banyak juga gaya hasil tabungan cik tom nih….agak2 nak beli ape lak ni cik tom?

    Reply
    • April 21, 2012 at 7:58 pm
      Permalink

      xde beli apa…duit tabungan ni utk simpan dalam tabung haji..duit nak beli brg bajet lain..hee

      Reply
  • April 21, 2012 at 8:56 pm
    Permalink

    banyak jugak tu ciktom, saya simpan syiling dalam plastik, duit kertas dalam sampul duit raya. takde dah guna tabung

    Reply
    • April 21, 2012 at 9:20 pm
      Permalink

      ciktom rs xbyk sbb biasa menabung dpt dlm 300-400…tue ckp 200 ckit..huhu…kl ciktom simpan dlm plastik n smpul duit raya rasanya smpi bila2 pn xpenuh sbb asyik ambil..hehe…baguslah eiela blh guna cr tue simpan duit..mmg berdisiplin..

      Reply
  • April 22, 2012 at 12:43 am
    Permalink

    Saya pernah menabung duit syiling, but ended up using it for tol, haha.

    Reply
  • April 22, 2012 at 1:12 am
    Permalink

    Perlu ada disiplin untuk menambung. Jangan perbuatan mengorek tabung lebih banyak daripada menabung. šŸ™‚

    Reply
    • April 23, 2012 at 8:48 pm
      Permalink

      yup memang kena kuat disiplin untk menabung..baru blh menabung dgn jayanya..

      Reply
  • April 22, 2012 at 1:55 am
    Permalink

    Rajinnya CT menambung.
    Saya duit syiling campak merata kadang2 sebab berat.
    Untunglah kalau kawan dgn CT sebab ada unsur pentadbiran kewangan yang baik

    Reply
    • April 23, 2012 at 8:51 pm
      Permalink

      kenalah menabung untuk masa depan yang lebih terjamin..hehe
      simpan la duit syiling tue..lg better dr campak merata2..

      Reply
  • April 22, 2012 at 3:56 pm
    Permalink

    perhh…saya respek cik tom.
    dalam masa 3 bulan dpt simpan 241 eh,mmg terbaik cik tom.
    dulu,saya pernah jgak simpan dalam tabung buluh y dbuat dgn air tgn sendri,tapi tak lama,sebab selalu aje korek2 nak beli makanan.
    tapi sekarang saya dah mula start menabung balik.Saya tengok hari tu saya ada RM50 (duit syiling punya).
    Thanks cik tom,ini adalah satu motivasi buat diri….

    Reply
    • April 23, 2012 at 8:55 pm
      Permalink

      byk tue 50 utk duit syiling..chaiyox3!jom sama2 menabung..hee

      Reply
  • April 23, 2012 at 3:18 pm
    Permalink

    saya pun ada tabung..biasanya setahun sekali tabung akan dipecahkan dan masukkan ke akaun sspn anak…setahun boleh dapat 2-3 ratus juga..

    Reply
    • April 23, 2012 at 8:53 pm
      Permalink

      wah bagus menabung utk simpanan sspn anak2..bapa mithali..

      Reply
  • April 23, 2012 at 9:53 pm
    Permalink

    bagusla cik tom ni..berjimat cermat..suka2

    Reply
    • April 23, 2012 at 10:38 pm
      Permalink

      berjimat cermat untuk masa depan..dah kerja kena tolong famili pulak..hee

      Reply
  • April 24, 2012 at 3:39 pm
    Permalink

    bagus tips menabung syiling nih… namun demikian saya punya tabung syiling masih belum penuh… cara salotep dah guna try… namun masih gagal… hehehehe. kena try guna tabung peti besi welding pulak lepas nih… hahahahaa

    Reply
    • April 27, 2012 at 11:05 pm
      Permalink

      heheh..kalau camtu gayanya memang kena guna peti besi la jawabnya šŸ˜‰

      Reply
  • April 24, 2012 at 8:37 pm
    Permalink

    fuyoo kaya ciktom…
    sy mase kecik kumpul sminggu terus tak boleh tahan… mesti guna sampai abes..

    Reply
    • April 27, 2012 at 11:17 pm
      Permalink

      masa kecil memang semangat giler kumpul duit..kalau akaun bank tambah banyak duit lagi suka..habit kot..sampai ke besar..hehe

      Reply
  • Pingback:Panduan Bisnes Cupcake dari Rumah Cara Mudah - Ciktom

  • Pingback:Nilai Duit Syiling 20 SEN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE