Tips Buat Duit Dengan Blog

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Semakin ramai blogger yang rancak buat duit sampingan dari blog walaupun ada sesetengah orang diluar sana yang tidak mempercayainya. Ramai juga yang masih mencari-cari cara terbaik buat duit dengan blog. Bagaimanakah cara nak buat duit tanpa modal? Salah satu cara untuk buat duit tanpa modal ialah dari berblog. Kenapa? Anda hanya perlu mulakan buat blog percuma guna platform blogspot dan mantapkan blog. Terdapat banyak cara dan kaedah buat duit dengan blog. Entry ini cik tom nak kongsikan pengalaman cik tom pernah buat duit dengan blog.

Tips Buat Duit Dengan Blog
Tips Buat Duit Dengan Blog

Tips Buat Duit Dengan Blog

1. Buat duit melalui syarikat pengiklanan

Yang ini cara buat duit dengan blog paling popular di kalangan blogger. Terdapat pelbagai jenis syarikat pengiklanan yang boleh korang join antaranya nuffnang, innity, 701 panduan, google adsense, adverlets (ramai cakap scam) dan sebagainya untuk menjana duit dari blog. Setakat ini blog cik tom pernah join nuffnang dan adverlets. Innity dah berapa kali apply tapi kena reject. Huhu.. Sepanjang cik tom bersama nuffnang pernah cashkan cheque sebanyak 4 kali.

2. Buat duit melalui contest, giveaway dan lucky draw

Cik tom memang dari awal berblog suka sangat join contest. Join contest ini salah satu tips tambahan nak promosi blog dan trafik percuma dengan syarat korang antara yang first join contest tue. Terdapat pelbagai jenis hadiah dari contest, giveaways dan lucky draw. Antaranya hadiah wang tunai, voucher atau hadiah fizikal. Yang penting kena rajinkan diri untuk join contest dan patuhi segala syarat yang penganjur contest berikan. Cik tom paling suka part buat duit dari contest sebabnya mudah dan praktikal. Antara kemenangan cik tom sepanjang berblog boleh tengok kategori “menang“.

3. Buat duit melalui iklan entry @ review berbayar

Tips ini cara ketiga percubaan cik tom dalam berblog. Untuk buat duit melalui iklan entry @review berbayar ini kita kena rajin promosi kan blog pada pihak luar dan juga bijak rebut peluang. Korang kena market apa kelebihan yang ada pada blog dari segi trafik, alexa rank malaysia & global, pagerank dan lain-lain yang menarik. Untuk permulaan, korang kena rajin review produk, blog atau apa-apa sahaja. Dari sini, akan ramai yang mula berminat bila tengok hasil review yang menarik dan untuk review berbayar juga di blog korang.

4. Buat duit melalui ruang iklan

Ciktom cuba pula tawarkan pakej sewa ruang iklan di blog ciktom. Antara pakej iklan yang ditawarkan ialah iklan disidebar, dalam entry dan juga iklan text. Alhamdulillah boleh dikatakan ruang iklan ini income paling tidak putus yang cik tom perolehi setiap bulan. Untuk harga korang boleh tetapkan berdasarkan trafik blog dengan harga yang berpatutan. Jangan letak harga terlalu tinggi bimbang takde yang berminat pula kecuali memang blog korang tip top hebat. Pada yang berminat nak promosi produk dengan iklan bolehlah refer: Beriklan di blog ciktom.

5. Buat duit melalui program affiliate

Cik tom join program affiliate bermula awal tahun 2012. Alhamdulillah setakat ini blog ciktom.com berjaya buat duit melalui program affiliate yang di join. Cik tom masih belajar dan mencari ilmu affiliate. Pada yang tertanya tips affiliate boleh berguru dengan pakar affiliate seperti titan, rahmanbasri, forum wangcyber dan rajin-rajin tanya pak cik google.

6. Buat duit dengan says

Yang ini paling latest cik tom join dalam 3 minggu yang lepas. Income says setakat ini baru RM30. Kira oklah percubaan pertama cik tom join says walaupun ketinggalan compare dengan blogger lain. Blogger udinz pun dah 3 kali dapat income dari says.

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara buat duit dengan blog ni. Cuma yang cik tom senaraikan dalam tips buat duit dengan blog kali ini yang dah cik tom cuba dan praktiskan sendiri. Dalam enam tips tue cik tom paling suka tips no. 2. hehe.. Mana-mana yang tambah cara korang dapat income bolehlah share kat komen entry tips buat duit dengan blog.

ps: Ramai blogger yang dapat duit dari blog cuma segan nak share cerita di blog. Maybe takut dikatakan menunjuk-nunjuk. Apa pun “lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya”.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

69 thoughts on “Tips Buat Duit Dengan Blog

  • June 10, 2012 at 10:12 am
    Permalink

    tips yang sangat berguna buat saya yang masih baru dalam blog ni. setakat ni baru je belajar buat duit dari blog cara 1, 5 dan 6 sahaja. yang lain-lain tu masih tak boleh lagi kot. Follower blog pun baru 2 orang. Nak buat dengan blog macam mana. nak follow cik tom la .Hehe.

    Reply
    • June 12, 2012 at 5:20 pm
      Permalink

      eheee…wah seronoknyer….cik tom xnak share hadiah ngn sayer ker?eheee…thanx for the info…info yang sgt berguna untuk blogger sperti sayer…nt ciktom jgn segan silu layari blog sayer yer

      Reply
      • June 13, 2012 at 9:37 pm
        Permalink

        share hadiah mana? duit dah simpan dan ada yg dah guna…hadiah fizikal pun dah guna..hehee…

        Reply
    • June 14, 2012 at 2:06 am
      Permalink

      tips biasa je based on newbie cam cik tom…hehe… thanks follow cik tom..xpe kl income affiliate masyuk boleh fokus cara tue dulu..

      Reply
  • June 10, 2012 at 1:50 pm
    Permalink

    betul tu cik tom, banyak cara boleh buat duit dengan berblog, akak boleh belajar ni sebab baru sangat berblog

    Reply
    • June 14, 2012 at 1:59 am
      Permalink

      selamat mencuba akak..kat blog denaihati lg byk infonya..hee

      Reply
  • June 10, 2012 at 2:52 pm
    Permalink

    salam cik tom…

    nantilah lady cube satu satu..

    stkt ni lady cube ngn nuffnang jerk.. tu pun br dpt 5o lbh2.. xpernah cash out lagi…

    Reply
    • June 14, 2012 at 1:59 am
      Permalink

      oklah dah rm50..ada yang 0 lagi.. selamat mencuba.

      Reply
  • June 10, 2012 at 7:43 pm
    Permalink

    wah..ada blog sy kat sini…terkejut smpai jatuh kerusi(tipu)
    nnti sy nak share cara2 dapat earning banyak sari says..mudah je..

    Reply
    • June 14, 2012 at 1:54 am
      Permalink

      ok cik tom tunggu tips dari udinz…earning says.my ciktom dah rm46.20..xsabar nak tunggu rm50 limit cashout.hehe 🙂

      Reply
  • June 10, 2012 at 8:54 pm
    Permalink

    kita dah give up nak cari duit melalui blog hahahaha…kita wat benda lain je lah.. hahahah…kita baru nak merangkak balik tengok2 blog yg tgh aktif skrg…cik tom wat lah contest,kita join…kekekek

    p/s:cik tom, knp ek setiap update blog cik tom nih, tak diupdate kat dashboard kita…dari blog kita yg lama lagi cam tuh…

    Reply
    • June 15, 2012 at 11:49 am
      Permalink

      aritu ada malasah feed…skang dah ok kan..thanks mention kat cik tom 🙂

      Reply
  • June 10, 2012 at 11:10 pm
    Permalink

    Banyak peluang untuk buat duit di dunia siber yang penting ia mestilah cara yang halal

    Reply
    • June 14, 2012 at 1:52 am
      Permalink

      aah lupa nak mention kena cara yang halal..thanks ingatkan cik tom..

      Reply
  • June 10, 2012 at 11:37 pm
    Permalink

    assalamualaikum..
    maaf nk tnya ni..gmbar kat atas yg pegang duit tu cik tom ke..?:) buat duit melalui blog ni memang kena work hard n ada stategi kan..so far x de income lg..thanx for tips..boleh la try:)

    Reply
    • June 14, 2012 at 1:43 am
      Permalink

      wslm..bukan.. tue gambar ambil dari google…hehe…
      xpe boleh cuba satu persatu smpi berjaya..

      Reply
  • June 10, 2012 at 11:41 pm
    Permalink

    usaha tangga kejayaan 🙂
    mmg susah kalau x sungguh2..
    sop jumpa ramai blogger yg serius berblog mampu dapat byk pendapatan blogger 🙂
    Sop bila nak serius giler? x mampu kot.. hehehe

    Reply
    • June 14, 2012 at 1:42 am
      Permalink

      ciktom rasa sop mmg mampu cuma kekangan masa kan? sbb mmg sop antara sumber inspirasi cik tom dr permulaan berblog 🙂

      Reply
  • June 11, 2012 at 12:01 am
    Permalink

    Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan..

    Reply
  • June 11, 2012 at 12:32 am
    Permalink

    Myra pun dok pelan2 kayuh, berblog dapat jana income tu 1 bonus 🙂
    Yg penting usaha kena jitu kan 🙂

    Reply
  • June 11, 2012 at 12:34 am
    Permalink

    terernya diorang semua cari duit..

    Reply
  • June 11, 2012 at 7:59 am
    Permalink

    best sgt bila ciktom cerita buat duit dr blog….mmg tgh tercari2 ilmu nak berblog ni….tq

    Reply
    • June 14, 2012 at 12:34 am
      Permalink

      cerita pasal duit mesti semua orang suka.. cik tom pun suka..hehe

      Reply
  • June 11, 2012 at 9:02 am
    Permalink

    wahh..bnyk gak cara boleh buat duit dari blog..

    Reply
    • June 14, 2012 at 12:32 am
      Permalink

      ada banyak lagi caranya… tue kira sikit bg newbie macam cik tom pernah cuba..

      Reply
  • June 11, 2012 at 9:51 am
    Permalink

    Pokok pangkalnya adalah kemahuan dan usaha. Ramai yang skeptikal ngan buat duit di internet. Apa yang selalu orang buat ialah mengeluh bila buat blog takde income, blame orang dan mula malas menulis…

    Reply
    • June 14, 2012 at 12:21 am
      Permalink

      yup betul tu usaha yg penting.. bila cuba sekali xdapat terus down n ckp yg dpt duit tue menipu.. nak wat camane orang camni.. mmg xde ciri utk berjaya…

      Reply
  • June 12, 2012 at 2:05 pm
    Permalink

    buat duit dengan nuffnang lambat nak naik, hehehe

    Reply
    • June 13, 2012 at 9:50 pm
      Permalink

      dulu nuffnang laju.. tapi tahun ni memang slow.. ciktom xde dapat 1 be pun lagi.. pastu ada prob dgn blog..

      Reply
  • June 12, 2012 at 5:57 pm
    Permalink

    Memang ada banyak cara nak buat duit dengan blog ni, yang penting kita tak boleh putus asa dalam berusaha mempelbagaikan sumber income.

    Reply
    • June 13, 2012 at 9:35 pm
      Permalink

      yup memang betul.. banyak caranya.. yang penting kita usahakan 🙂

      Reply
  • June 13, 2012 at 12:22 pm
    Permalink

    betul3. usahalah. tak usaha tak dpt ape. sy pun jenuh try innity. mmg tak dpt. traffik lagi teruk ada. nuffnang je la ade. 2 kali cashout sbb dok kumpul2. churp-churp pun sy join sbb aktif dgn twitter. all the best. tq for sharing!

    Reply
    • June 13, 2012 at 8:54 pm
      Permalink

      kena rajin usaha sehingga berjaya.. yang penting jangan putus asa.. cik tom pun bukan sekali cuba je terus dapat income dari blog… banyak percubaan baru berjaya.

      Reply
  • June 13, 2012 at 4:13 pm
    Permalink

    tq cik tom atas info yg diberi.sy br nk belajar berblog. harap boleh bg lebih banyak info lagi di masa akan dtg…free free boleh la melawat blog sy.

    Reply
    • June 13, 2012 at 8:22 pm
      Permalink

      sama2… insyaAllah cik tom akan cuba kongsi mana yang cik tom tahu based on experience.. selamat mencuba..

      Reply
  • June 16, 2012 at 11:50 pm
    Permalink

    Ermm… tapi kan nape duit nuffnang saya masih same jer??? tak meningkat pun..padahal dah lame dah… entry pun up to date… blogwalking lagi la byk…ke serata tempat..hee… Boleh kate lappy cik LeYa ti on 24 hours… tak penah tutup… dah mcm full time blogger… tapi duit tak naik2… penat gak…Mcm mane tu Cik Tom??

    Reply
    • June 17, 2012 at 1:32 am
      Permalink

      susah jgk tue..sbb byk sbb earning xnaik.. pernah update x blogger biodata yang dalam nuffnang?? status nuffnang glitterati atau ordinary?? pastu trafik sehari utk uv n pageview berapa? nuffnang take note semua perkara kalau nak bagi be and earning ni..cnthnya dr segi trafik ke blog, info blog yg diupdate, pengisian blog, perklik iklan nuff dr pelawat blog.. kl leya rs mmg dh ok semua tue.. rsnya lg better leya hantar ticket pertanyaan pada pihak nuffnang dgn klik pada link “contact”..

      Reply
  • Pingback:Buat Duit Dengan Exabytes

  • June 17, 2012 at 10:06 am
    Permalink

    thnx 4 da info cik tom…
    rasa smngt nak beblog balik la cik tom…

    Reply
  • Pingback:Buat Duit dengan Says

  • June 21, 2012 at 12:15 am
    Permalink

    nice info cik tom tentang buat duit dengan blog ! blh cuba ni,tp affiliate lg senang dapat income,coz masih xdpt earning lg dgn blog,,,mungkin traffic kurang power he he…http://bit.ly/KLGWNZ

    Reply
    • June 23, 2012 at 12:49 pm
      Permalink

      xpe xkisah cara mana pun..yang penting pandai cari dan rezeki tue sumber halal..

      Reply
  • September 7, 2012 at 3:16 am
    Permalink

    Salam, jika anda sudah penat mendaftar dengan google adsense dan sering tidak diterima…Jangan risau, saya sedia membantu..Dengan bermodalkan rm50 anda mampu dapatkan akaun google adsense dari saya. Ini bukan scam tapi ianya benar. Saya akan dapatkan untuk anda dalam masa 72jam sahaja..Anda juga boleh lihat website saya yang telah saya letak adsense iaitu di acg-tube.com..Jika ada sesiapa yang berminat boleh baca info dengan lebih lanjut di blog saya..http://www.silent-store.com/2012/09/daftar-adsense.html

    Reply
  • January 22, 2013 at 2:17 pm
    Permalink

    maaf . tumpang lalu tuan blog . selain buat duit dari blog . kita juga boleh dapat duit hanya dengan klik . ini memang betul . saya juga mencari rezeki halal . jangan takut untuk mencuba kerana tiada satu modal pun yang keluar . tak rugi . insyallah . saya baru daftar dan klik 4 links . nak tahu saya dapat berapa ? $ 40 ! alhamdullilah . kalau anda cuba . saya sertakan links ini.
    http://www.fineptc.com/index.php?ref=ar21

    Reply
    • February 28, 2016 at 11:57 am
      Permalink

      akak pun dah lupa pasal pe entri ni..ni entri lama..haha

      Reply
    • February 28, 2016 at 6:46 pm
      Permalink

      boleh je nak komen entri lama pun..tapi dah lupa content entri..malas nak buka…cuma harap bermanfaat apa yang dicari..hihi

      Reply
    • November 16, 2016 at 4:31 pm
      Permalink

      terima kasih sudi singgah blog ciktom.

      Reply
  • June 21, 2016 at 4:46 pm
    Permalink

    saya newbie kat walkblog,..hope sudi ngajar sya

    Reply
    • October 21, 2016 at 9:43 am
      Permalink

      Jom2 sama2 aktifkan diri dlm blogging. Apa url blog?

      Reply
  • June 27, 2016 at 3:37 pm
    Permalink

    Hi ciktom, baru nak aktif semula berblogging …huhuhh

    Reply
  • July 14, 2016 at 3:26 am
    Permalink

    salam ciktom…saya adib…sy mmg zero bab blogg dan.bnyak kali sy cuba still xdpat buat.bleh tnjuk ajar x

    Reply
    • October 21, 2016 at 12:45 am
      Permalink

      wslm..sorry byk komen masuk xsmpt nak reply..nak belajar dari segi mana tu ye.

      Reply
  • October 16, 2016 at 12:45 am
    Permalink

    Baru-baru ni Jobdirumah upgrade versi 3.0. Kalau tak silap saya laman web Jobdirumah tak boleh guna untuk sementara waktu. harapnya akan kembali seperti sediakala dalam jangka masa terdekat sebab memang banyak orang buat duit dengan Jobdirumah tu..huhu

    Reply
    • October 20, 2016 at 12:02 pm
      Permalink

      yup betul tu.jobdirumah upgrade versi baru..bagus jgk utk penambahbaikan…

      Reply
  • July 25, 2017 at 8:51 pm
    Permalink

    Jika konsisten dalam penulisan blog dan banyak memberi manfaat kepada pembaca, biasanya blog tersebut akan dapat beri pulangan berupa pendapatan yang baik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE