Tips Cara Hilangkan Parut Cara Mudah dan Berkesan

Parut jerawat, chicken pox, luka dan sebagainya memang kebanyakan sukar hilang. Kesan parut ini menjejaskan keyakinan dalam penampilan diri. Oleh itu, ciktom nak kongsikan tips cara hilangkan parut cara mudah dan berkesan tanpa menggunakan bahan merbahaya dan mudah ditemui dirumah anda.

Lepas bersalin makin menjadi-jadi naik jerawat di muka ciktom dan juga parut lama kesan alergik semasa mengandung pun masih jelas kelihatan. Stress tengok rupa dah macam tak terurus je. Nak berjumpa orang ramai pun rasa segan.

Tips Cara Hilangkan Parut Cara Mudah dan BerkesanTips Cara Hilangkan Parut Cara Mudah dan Berkesan`

#1 Cara Hilangkan Parut dengan Kulit Kayu Manis

Cara Hilangkan Parut dengan Kulit Kayu Manis

Sediakan beberapa keping kulit kayu manis. Tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit bedak sejuk/ madu. Titiskan dengan sedikit air dan kemudian sapukan pada bahagian yang berparut atau bintik hitam pada wajah.

#2 Cara Hilangkan Parut dengan Kulit Pisang

Cara Hilangkan Parut dengan Kulit Pisang

Pisang lemak manis jangan dibuang kulitnya setelah di makan. Amalkan menggosok bahagian yang berparut dengan kulit pisang lemak manis setiap hari. Gosok kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas setiap hari.

#3 Cara Hilangkan Parut dengan Lidah Buaya

Lidah buaya terlalu banyak khasiatnya, , termasuk untuk menghilangkan bekas jerawat. Sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke bahagian parut jerawat secara teratur.

#4 Cara Hilangkan Parut dengan Beras

Caranya amat mudah iaitu ambil sedikit beras, kunyit serta bawang putih. Kemudian kisar kesemuanya sehingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Biarkan hingga kering dan gosok di kawasan parut seperti menggunakan skrub. Boleh diamalkan 3 kali seminggu.

#5 Cara Hilangkan Parut dengan Tomato

Seperti semua sedia maklum, tomato kaya dengan kandungan vitamin C dapat membantu masalah parut atau kulit kering. Caranya ialah ambil sebiji tomato dan ramas2 sehingga keluar airnya. Sapukan dimuka anda secara lembut dan  biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air. Bukan sahaja dapat hilangkan parut malah juga dapat mencerahkan kulit. Sebaiknya, lakukan setiap hari sebelum tidur.

#6 Cara Hilangkan Parut dengan Bawang

Manfaat bawang merah cukup banyak, antaranya menghilangkan parut. Bawang merah dibelah dan dikisar secukupnya. Kisar sehingga lumat dan sapukan ke kawasan bahagian parut anda.

#7 Cara Hilangkan Parut dengan Masker Chamomile

Bukan sekadar cantik, bunga chamomile mengandungi pelbagai khasiat dan anti-inflamasi. Keluarkan serbuk  teh chamomile dari uncang dan campurkan dengan minyak zaitun serta gula putih. Gaulkan sebati siap sebagai masker. Pakai masker untuk 10-20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.

Tapi untuk cara yang lebih mudah ciktom recommend anda gunakan Jumea Scar Gel yang menggunakan kandungan utama onion extract dan chamomile yang tinggi kandungan semulajadi Vitamin E.

Teksturnya berbentuk gel yang tidak melekit, tidak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit dengan 3 kali lebih efektif berbanding produk parut yang lain. Lagi best packaging saiz kecil mudah disimpan dan dibawa dalam handbag.

Jumea Scar Gel sesuai untuk memudarkan pelbagai jenis parut seperti;

  • Parut jerawat
  • Parut chickenpox
  • Parut luka
  • Parut kemalangan
  • Parut gelap
  • Parut pembedahan

Lagi bagus produk ini tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan berdaftar dengan KKM: NOT180701426K. Jadi anda tidak perlu risau menggunakannya kerana ianya selamat dan berasaskan bahan semulajadi.

Jika anda berminat untuk tahu lanjut mengenai produk hilangkan parut secara efektif tanpa rawatan laser, Jumea Scar Gel sila layari laman website berikut;

Website: http://www.jumea.my

Semoga tips ini dpt memberi manfaat kepada anda semua dan berjaya menghilangkan parut.




Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Tips Cara Hilangkan Parut Cara Mudah dan Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE