Post navigation

Tips Cara Pemakaian dan Penjagaan Kanta Sentuh (contact lens)

Posted on by

Semua sedia maklum, sekarang makin ramai yang pakai kanta sentuh a.k.a contact lens tak kiralah tujuan untuk mengatasi masalah rabun mahupun untuk bergaya. Tapi ramai yang ambil mudah tanpa tahu tentang penjagaan yang perlu bagi pemakaian kanta sentuh ni. Ini kerana mata ialah aset utama manusia yang paling sensitif. Oleh sebab itu, cara pemakaian dan penjagaan kanta sentuh perlulah teliti dan berhati-hati.

  • Buat pemeriksaan berkala dengan pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
  • Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.
  • Jangan sesekali melebihi tempoh pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
  • Jangan pakai kanta sentuh yang sudah rosak.
  • Basuh tangan setiap kali hendak memakai kanta sentuh.
  • Kuku yang panjang boleh menyebabkan kanta sentuh terdedah kepada kerosakan serta kecederaan ketika memakainya. Bagi mengelakkan kejadian seperti itu, elok berkuku pendek.
  • Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
  • Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
  • Tutup kedua-dua mata ketika ingin menggunakan sebarang semburan.
  • Jangan pegang kanta sentuh jika membawa bahan kimia.
  • Simpan kanta sentuh ke dalam bekas yang sesuai.
  • Apabila menyimpan kanta sentuh ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah sebelum menutup bekas berkenaan.
  • Jika terdapat gurisan atau apa saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
  • Elakkan membeli kanta sentuh yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset paling berharga dan sensitif.
  • Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.

Sumber: Harian Metro dan tokok tambah tuan blog.

********************************************************
klik sini

This entry was posted in tips2 by ciktom. Bookmark the permalink.

About ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

49 thoughts on “Tips Cara Pemakaian dan Penjagaan Kanta Sentuh (contact lens)

  1. saya sedang mengalami sindrom tawar hati pd shoutbox heheh saya hanya akan pi ke blog yg saya selalu pi je buat masa ni

  2. akak tak pakai contact lens..tak reti, tapi akak pakai cermin mata, senang nak jaga dan cuci…

  3. Still guna anugerah penglihatan yang dikurniakanNYA dengan baik sekali..
    X perlu altn yg dicipta oleh manusia..
    Haha..

  4. kene jaga btl2… pernah kena marah dgn doktor… tp masih gak pakai sbb tak suka pakai spec… huhuuu… thanks share info…

  5. Benda yg slalu dipkai time jalan.. hehe.. dan tidak dpt dinafikan.. pmakain lebih 8 jam.. huhu.. yg len ok jak.. yg psti.. sya pakai tnpa perlu cermin.. cewah.. ahakz.

  6. pasni leh bagi awek aku pakai..dia tak mau pki cermin mata sebab tak cun dia kata..hahaha

  7. uhhu..tak pakai contact lens..tak reti nak pakai. tkut nnt nk pkai kang tercucuk lak mata. hehe penakut betol

  8. thanks 4 D'info..tp mcmmn kita nk tau contact lens tu dh rosak @ masih baik?

  9. @Nor Hafiza Saiful Hairuzi:

    1) setahu cik tom setiap contact lens ada dah tempoh utk guna cnthnya selama 1 bulan/3bulan dll…

    2) kalau bila letak contact lens dlm air jd cam lembik(lain bentuknya dari biasa)tue maknanya contact lens tue dah tak sesuai nak pakai/rosak..

    3) bila pakai contact lens tue mata jadi warna merah..means dah off limit..

    4) terdapat sebarang garisan/calar pada contact lens..

    harap info yang cik tom bagi ni dapat membantu hafiza..

  10. sy mmg da biasa pki contact lens dr umo sy 17thn lg…skrg sy da 22….tp syukur la xde kesan apa2 ketika m;makai lens tu…sbb lau sy pki cermin mata nmpk xcomel…hehehe…sbb tu pki lens…

  11. thx 4 the info..
    memang cari2 jgak slame ni psl bende2 ni seme..
    i bru bertatih dlm pemakaian contact lens ni..
    x tau mane cara pemakaian dy yg betul..
    kadang2 tkut jgak nak pkai..
    tapi rasenye kalau amalkan penjgaan mcm yg disarankan kat ats tu ok kot..
    hihihi… harap selamatlah semuanya yer…. huhu

    • pening??kalau pening means contact lens tue xsesuai..ada power x contact lens tue?kalau ye maybe power tue xbersesuaian dgn dieha..

    • harga stdt contact lens?ada macam2 harga yang jual..rm30 ada..tue semua depend pada jenis lens..warna/transparent/ada power or x?advice beli lens di optometris..

  12. sy da lame pakai contact lense,..tp bru2 ni sy ade beli lense bru…
    sy jage cm bese….tp mata sy merah..cm radang…so cmne ea….bahaya x…dy x sakit…cme merah,..then dlm mata mcm ade selaput,…:’(

    • beli contact lens tue dari on9 ke?kalau dah meradang+ada selaput tue bahaya..baik pergi jumpa doktor..kalau mata merah bila pakai lens means lens tue xsesuai dengan mata adik..stop pakai lens tue nanti boleh efek rosakkan mata..rujuk pada doktor..

  13. solution ape yg bgus eh? boleh suggest? sye bru dlm pkai lens ni,sblum bli nk kne tau sume2 ni dulu

  14. salam. sy nak kongsi msalah sy kat sni. sy dah try byk solution utk sensitive eyes. ini d sbbkn mata sy akan merah bila berada dlm suasana sjuk *ade aircond* . tp bile kat tmpt yg xde aircond, mata sy kmbali normal. mcm2 solution sy dah try, tp stil xde prubahan. msalah ni akn mnyusahkn sy bila sy b’ada d mall krn mata sy merah. sy rabun n sy xsuke gne spek :(
    pls sape2 bleh tlg ape spatutnye yg perlu sy bwat. tq :)

    • sorry cik tom pun xpasti solution apa yang terbaik..cuma ciktom boleh suggest awak pergi jumpa pakar mata untuk tanya direct which 1 is better?or pergi ke mana2 optometris yang berdekatan..

  15. Sye bru pakai 3 hri c.len dn berhrge rm25…sye xtahu dmne kwn sye beli c.lent trsbut..adkh c.len sye trlmpau murah??..