Post navigation

Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah

Posted on by

Kutu beras, bubuk beras atau kumbang beras, (bahasa Inggeris: rice weevil), nama saintifiknya; Sitophilus Oryzae ialah serangga perosak yang menyerang beberapa tanaman penting seperti gandum, beras dan jagung. Kebiasaan penyebab kemunculan kutu beras ialah dari beras yang lama tak digunakan.

Pelbagai cara,teknik atau petua dari turun temurun bagaimana cara yang paling berkesan untuk menghalau dan menghilangkan kutu-kutu beras di dalam beras. Persoalan bagaimana kutu beras mudah membiak? Ia kerana kawasan persekitaran atau bekas tempat menyimpan beras bersuhu lembap. Jadi kita perlu pastikan tempat menyimpan beras sentiasa dalam keadaan kering.

Kutu Beras (Rice Weevil)

Kutu Beras (Rice Weevil), Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com/2011/04/petua-menghilangkan-kutu-beras.html

Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah

1. Hilangkan Kutu Beras Dengan Jemur Beras di Tengah Panas

Cara yang paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang dan kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat yang lembap atau boleh juga tampi beras dengan dulang untuk keluarkan kutu beras.

2. Hilangkan Kutu Beras Dengan Cili Kering

Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras. Cara ini paling mudah dan pernah cik tom praktiskan serta ianya menjadi.

3. Hilangkan Kutu Beras Dengan Bawang Putih

Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh gunakan tips halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Bau bawang putih dapat menghalau kutu beras.

4. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun pudina

Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan digaulkan bersama-sama dengan beras. Dengarnya cara ini agak berkesan untuk menghalau kutu beras tapi belum pernah cik tom praktiskan.

5. Hilangkan Kutu Beras Dengan Daun Limau Nipis

Cara ke 5 yang oleh dicuba ialah dengan letakkan daun limau nipis ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.

6. Hilangkan Kutu Beras Dengan Kulit Kayu Manis

Tips seterusnya masukkan beberapa batang kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan beras kerana kulit kayu manis juga dipercayai mampu menghilang atau menghalau kutu beras.

Tapi mencegah lebih baik dari mengubati. Selamat mencuba Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah ye!

********************************************************
klik sini


43 thoughts on “Tips Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil) Cara Mudah

  1. Salam..
    tak suka dengan benda berbau
    rupanya bubuk beras nih ye..
    tapi mengikut pengamalan orang
    tua-tua,kutu beras ni elok untuk
    orang lelaki dalam menambah
    “tenaga”

  2. Assalamualaikum Cik Tom,

    Saya suka blog you, banyak info yang bermanfaat. Nak confirm tentang “jobs at home” apa sebenarnya kerja yang kita kena buat…bagi examples la…anak dah mula membesar dan mula tinggalkan rumah…so banyak masa free InshaAllah…kalau ada manfaatnya apa salah nya…tak payah nak melawa kat luar rumah….

  3. la.. ni kutu beras rupanya, saya mati2 ingatkan serangga pelik yang jarang2 dijumpai dan mungkin mempunyai sengat dan bisa yang mampu membunuh…

  4. saya selalu hilangkan kutu beras dengan tampi beras tu .. tau tak tampi beras macam mana ? hehe

    • kadang2 pakai cili kering pun bubuk beras ni liat jugak..so oleh cuba alternatif petua yang lain untuk halau kutu beras.

  5. saya ingat nak letak cili kering kat beras di rumah saya.. risau plak dtg kutu beras…yelah.. dah hampir dua bulan.. tak habis2 lagi beras tu, karang kutu beras yg habiskan :D

  6. semua tips tu tak pernah cuba lagi kecuali yang jemur tengh panas tu jer..haha..nanti lepas ni akan dicuba..terima kasih kongsi info berguna ni..hehe

  7. Salam ciktom,sya suka entry ni.sya dh cuba guna cili kering tp nmpk nya lnsg tak berkesan.ntah dari mana agaknya kutu beras saya ni,tak takut cili! Apepun,saya akan cuba tips lain2 yg cik tom bg tu.
    Suka blog ni sangat2!;-)

    • wslm..thanks sudi singgah blog ciktom ye yunk..hee…
      sbb tue ciktom share byk tips sbbb kdg2 ada kutu beras yg degil.. xberkesan cr 1 boleh try tips yg seterusnya..