Tips Jimatkan Penggunaan Elektrik Ketika di Pejabat

Satu kajian perbandingan  dilakukan antara Malaysia dan dua negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Filipina, Malaysia menggunakan tenaga elektrik paling tinggi.

Jadi pengguna di Malaysia perlu mengambil inisiatif sendiri dengan pelbagai kaedah boleh diaplikasikan untuk melaksanakan konsep penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik.

Boleh dikatakan 70% penggunaan elektrik dalam kehidupan seharian kita ialah sewaktu di pejabat. Jadi kali ini cik tom nak kongsikan tips jimat penggunaan elektrik untuk kita sama-sama amalkan semasa berada di pejabat ye.

Sumber: http://hubenergygroup.com/wp-content/uploads/2012/04/shutterstock_43141264.jpg

Tips Jimatkan Penggunaan Elektrik Ketika di Pejabat

  1. Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.
  2. Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ºC. Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.
  3. Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan. Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.
  4. Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
  5. Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama. Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
  6. Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat. Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.
  7. Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan.  Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam process penyejukkan.
  8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
  9. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
  10. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  11. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
  12. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas beratsebagai bahan penebat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
  13. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos melabur dalam beberapa tahun.
  14. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

Sila guna tenaga elektrik dengan sebaik ye. Elektrik yang korang biarkan tanpa digunakan tue satu pembaziran! Yang suka membazir tue kawannya syaitannn…..

Ingat kalau membazir nanti bil elektrik jugak mahal kena bayar kan? Jangan lupa pulak kalau bil elektrik korang penggunaan RM77 ke atas sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM69 ke atas bagi negeri Sabah akan dikenakan 1.6% akan dicaj dalam bil elektrik. Kenapa Semenanjung Malaysia dan Sabah kena surcaj1.6%?

Sumbangan 1.6 % akan disalurkan ke dalam dana RE (RE Fund). Kemudian, SEDA Malaysia akan menguruskan RE Fund dengan membayar kadartarif kepada pembekal RE yang membekalkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) kepada pihak TNB yang akan membelinya.  Ada faham???

Ingat!! Konsep penjimatan dan kecekapan tenaga elektrik dapat membantu dan memberi manfaat kepada kita semua sebagai pengguna tenaga elektrik.

Sumber rujukan:

  1. SEDA Malaysia
  2. http://switch.org.my/v3/index.php/energy-tips/58-23-cara-mempraktikan-penjimatan-tenaga
  3. http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-penggunaan-lestari/elektrik/61-tip-tip-jimat-tenaga-di-rumah-dan-pejabat.html
  4. http://c-tenaga.blogspot.com/p/jimat-dan-cekap.html

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Tips Jimatkan Penggunaan Elektrik Ketika di Pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE