Tips Kuruskan Badan Cara Semulajadi

Tumbuhan semulajadi memang banyak manfaatnya. Ada yang boleh digunakan di dalam masakan dan ada juga yang boleh digunakan dalam penjagaan kesihatan mahupun kecantikan diri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan semulajadi yang dapat mengurangkan berat badan/ obesiti. Antara jenis-jenis tumbuhan yang dapat digunakan sebagai tips kuruskan badan secara semulajadi ialah;

1. Limau nipis
Limau Nipis

Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nanas
Nanas

Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima

Buah DelimaBuah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiao bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun

Lobak merah Lobak merah

Lobak  merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)

Daun Salam (Daun kari)

Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

6. Halia

Jus halia ini pula perkongsian dari kawan cik tom. Jus halia sangat berkhasiat membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air limau memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih.Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

Manfaatkanlah bahan semulajadi untuk kesihatan diri yang lebih baik. Yang penting jangan sampai menyeksa diri dan tidak menahan lapar dahaga. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik. InsyaAllah…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Tips Kuruskan Badan Cara Semulajadi

  • August 15, 2011 at 3:14 am
    Permalink

    banyak sumber alam boleh digunakan utk tujuan kuruskan badan, begitu besarnya kuasa Allah SWT..
    kami suka makan semua benda diatas, patut le slim je..hehe
    Jom baca entri terkini LiFe KaMi …Tips Khusyuk Dalam SolatMy Profile

    Reply
    • August 17, 2011 at 8:43 am
      Permalink

      yup betul tue…sumber alam dari Allah ni banyak kegunaan dan kelebihannya..atas kita pandai nak gunakannnya..

      Reply
    • August 17, 2011 at 8:44 am
      Permalink

      ciktom pun suka tapi letak juga gula..1 sudu kecil..hehee

      Reply
    • August 17, 2011 at 8:44 am
      Permalink

      yup akak..daun kari tue turut dipanggil daun salam..tapi kat rumah cik tom biasa panggil daun kari je…

      Reply
    • August 16, 2011 at 8:48 pm
      Permalink

      selmat mencuba tips ni…tips semulajadi..xperlu pening2..hehe…thanks…salam kenal 🙂

      Reply
  • September 22, 2011 at 12:49 pm
    Permalink

    nak cuba la.. harap2 berkesan.. 🙂 nampak senang..

    Reply
    • October 3, 2011 at 12:32 am
      Permalink

      memang senang kalau berdisiplin ikut tips kuruskan badan ni..good luck!

      Reply
  • November 14, 2011 at 2:44 pm
    Permalink

    tumpang tnya,,, yg lobak merah dan timun tu mmng kene parut eh?? klu blend nnt x bekesan ke??

    Reply
    • November 27, 2011 at 3:25 am
      Permalink

      ciktom rasa boleh je blend…try la cuba..

      Reply
  • December 1, 2011 at 11:50 am
    Permalink

    Boleh campur daun kari dan halia sekali buat jus?

    Reply
  • January 22, 2012 at 12:39 pm
    Permalink

    terima kasih

    Reply
  • January 27, 2012 at 6:50 pm
    Permalink

    nak tnya kalau tngah menyusukan budak boleh minum x

    Reply
    • January 28, 2012 at 5:03 pm
      Permalink

      insyaAllah boleh sebab tips ini guna bahan semulajadi so takde masalah.

      Reply
  • January 28, 2012 at 9:23 am
    Permalink

    Cik tom, tip kurus nampaknya bahannya senang dicari dan mudah nak sediakan. Soalan saya tak ada side effect kah? Tq

    Reply
    • January 28, 2012 at 4:39 pm
      Permalink

      ini tips kurus secara semulajadi..insyaAllah takde side effect..bukannya guna ubat-ubatan..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!