Post navigation

Tips Membeli Emas Perhiasan a.k.a Barang Kemas

Posted on by

Salam… Sebelum ini cik tom dah pernah kongsikan artikel fakta dan pendapat cik tom tentang emas dibawah kategori emas. Kali ini cik tom nak ulaskan tips membeli emas perhiasan a.k.a barang kemas. Majoriti bagi respon pada entry cik tom yang rugi beli emas perhiasan oleh sebab kos upah tukang yang tinggi dan juga susut nilai tinggi. Memang betul tapi ada caranya untuk membeli emas perhiasan. Sama juga dengan jongkong emas dan dinar emas pasti ada caranya tersendiri. Jadi bagaimanakah cara untuk beli emas perhiasan supaya kita dapat maksimunkan keuntungan?

Tips Membeli Emas Perhiasan

Tips Membeli Emas Perhiasan

Tips Membeli Emas Perhiasan

1. Survey harga emas semasa nilai per gram mengikut jenis kualiti emas

Kebiasaan kedai emas akan memaparkan harga mengikut persatuan FGJAM. Namun kita masih boleh bertanya samaada kedai emas tersebut boleh tawarkan harga lagi murah dari standard FGJAM. Macam emas perhiasan yang cik tom beli sebelum ini beli di kedai emas Kuala Pilah, Negeri Sembilan memang harga yang ditawarkan murah RM30 dari harga standard FGJAM.

2. Survey kos upah tukang selepas memilih design emas perhiasan yang disukai

Kita boleh tawar menawar untuk harga kos upah tukang. Katakan kita sukakan sesuatu design, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang untuk design tersebut dan survey lagi design yang sama di kedai-kedai lain. Ada sesetengah kedai yang tawarkan harga emas lagi tinggi tapi upah tukang murah dan sebaliknya.

Contohnya design loket yang cik tom beli dalam entry; Motivasi Diri Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri itu hasil survey harga emas 916 dalam range rm158-rm160 per gram. Tapi ada kedai emas yang jual rm158 per gram ambil kos upah design loket tue RM50. Tapi kedai yang cik tom beli ni ambil rm159 per gram tapi upah tukang just rm18 (selepas sesi tawar menawar). Bila pergi tunjuk loket emas cik tom beli kat kedai emas terengganu pulak tanya kat sana, tauke emas tue cakap upah tukang je rm80 dan rm165 per gram. Jauh bebebor ketara harga kan?

3. Beli emas perhiasan dengan gred emas 916 (22k) ke atas.

Kebiasaan gred emas untuk barang kemas adalah emas 916. Seeloknya elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 contohnya 20 karat atau 18 karat kerana susut nilai lagi tinggi. Selain, kemungkinan susah untuk jual balik @gadai diperbankan islam kerana kebiasaan nilai yang diambil emas 916 dan 999.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak.

Jika membeli emas perhiasan, elakkan design yang nipis, halus atau kosong (berlubang ditengah). Emas perhiasan untuk pemakaian seharian sebaiknya belilah barang kemas yang tahan lasak yang tebal dan kasar. Jika beli emas perhiasan yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah lebih tinggi seperti putus, kemek, bengkok atau patah. Rugi kan dah tak boleh pakai? Kalau trade in pun susut nilai tinggi.

Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter (alat timbangan emas) akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke 18k walaupun sebenarnya kualiti emas tersebut 22k.

5. Pilih design yang tiada batu permata (kandungan emas 100%).

Untuk maksimunkan keuntungan pembelian emas perhiasan, elakkan membeli emas perhiasan dibawah gred 916 dan yang mempunyai batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:

i) Boleh timbul masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
ii) Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Kedai emas hanya ambil nilai emas sahaja.

6. Survey kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi

Walaupun susut nilai standard di kedai emas adalah 25% – 30%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “Adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?”. Mungkin anda mendapat susut nilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan dengan syarat resit asal perlu disertakan semasa menjual balik.

7. Pilih design emas perhiasaan yang evergreen

Sebaiknya beli design emas perhiasan yang evergreen yang diterima sepanjang zaman. Biasanya kalau design yang evergreen harga untuk kos upah tukang tidak terlalu tinggi dan untuk jual kembali juga lebih mudah kerana design tue tak lapuk dek zaman.

8. Pastikan terdapat ukiran jenis kualiti emas pada emas perhiasan

Kita mesti pastikan terdapat ukiran jenis kualiti emas contohnya ukiran “916″ pada emas perhiasan dan pastikan beli di kedai emas yang terjamin. Elakkan membeli emas perhiasan dari orang persendirian atau di tepi-tepi jalan bagi mengelakkan kita tertipu membeli emas tiruan.

**************************************

Emas adalah aset bernilai tinggi walaupun di dalam bentuk emas perhiasaan sekali pun. Emas perhiasaan tetap boleh menguntungkan jika pandai mencari peluang. Jika kita membeli barang kemas dengan betul kita boleh mendapat keuntungan yang maksimum. Jadi kena pandai cara dan bagaimana membeli emas perhiasan untuk simpanan masa depan.

Sumber rujukan: Pelaburan Barang Kemas

********************************************************
klik sini

17 thoughts on “Tips Membeli Emas Perhiasan a.k.a Barang Kemas

  1. Mmg terbaiklah tips ni. Mmg tip top utk penggemar barang kemas.

    Kos upah mmg kita kena tawar2, macam yg cik tom buat (pandai yer tawar-menawar ni…hehehe)

    pe2pun yg kita buat, biarlah ada ilmunya, takde ilmu, kita pkat cari…kat sini dah ada….tinggal baca dan selamat beramal…… :D

  2. Idea melabur dengan emas ni memang saya selalu terdengar orang-orang di ofis cakap. Macam berminat. Tapi ilmu di dada belum sepenuhnya ada. Mungkin boleh refer dengan CT if free nanti.

    • kalau emas perhiasan boleh je tanya cik tom..kalau emas pelaburan macam jongkong dan dinar tue cik tom surender sbb xpernah cuba lagi..

  3. nak beli emas hiasan ni memang keme ada skil dan pengetahuan..saya biasa beli emas pelaburan aje..tengok harga turun naik aje

  4. Assalamualaikum,

    Kedai yang mana murah tu cikTom, ada 3 4 kedai gakkan…nak tengok2 jgkla kot2 murah :-)

    Cik Tom dekat Kpilah ke ni?

    • waalaikumussalam.. kedai cik tom beli tue namanya kedai emas chan kwong.. kedainya lot paling tepi @ bucu bangunan… kalau nak beli kena pandai tawar menawar ye.. bodek2 sikit.. hehe :)

  5. Salam. Ciktom. nak tanya sikit, baru-baru ni saya pegi kedai pajak Ar-rahnu. bila nak pajak orang tu pun check untuk lihat ketulinan mas. mas yang saya bawa ada tulis 916. tp saya dimaklumkan mas tersebut sebenarnya 750. jaji saya rasa tertipu. Boleh ke saya ambil tindakan undang-undang kepada tokeh kedai mas tersebut?saya masih menyimpan surat pembelian mas tersebut.Tq