Tips Membeli Emas Perhiasan a.k.a Barang Kemas

Salam… Sebelum ini cik tom dah pernah kongsikan artikel fakta dan pendapat cik tom tentang emas dibawah kategori emas. Kali ini cik tom nak ulaskan tips membeli emas perhiasan a.k.a barang kemas. Majoriti bagi respon pada entry cik tom yang rugi beli emas perhiasan oleh sebab kos upah tukang yang tinggi dan juga susut nilai tinggi. Memang betul tapi ada caranya untuk membeli emas perhiasan. Sama juga dengan jongkong emas dan dinar emas pasti ada caranya tersendiri. Jadi bagaimanakah cara untuk beli emas perhiasan supaya kita dapat maksimunkan keuntungan?

Tips Membeli Emas Perhiasan
Tips Membeli Emas Perhiasan

Tips Membeli Emas Perhiasan

1. Survey harga emas semasa nilai per gram mengikut jenis kualiti emas

Kebiasaan kedai emas akan memaparkan harga mengikut persatuan FGJAM. Namun kita masih boleh bertanya samaada kedai emas tersebut boleh tawarkan harga lagi murah dari standard FGJAM. Macam emas perhiasan yang cik tom beli sebelum ini beli di kedai emas Kuala Pilah, Negeri Sembilan memang harga yang ditawarkan murah RM30 dari harga standard FGJAM.

2. Survey kos upah tukang selepas memilih design emas perhiasan yang disukai

Kita boleh tawar menawar untuk harga kos upah tukang. Katakan kita sukakan sesuatu design, tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang untuk design tersebut dan survey lagi design yang sama di kedai-kedai lain. Ada sesetengah kedai yang tawarkan harga emas lagi tinggi tapi upah tukang murah dan sebaliknya.

Contohnya design loket yang cik tom beli dalam entry; Motivasi Diri Dengan Hadiah Untuk Diri Sendiri itu hasil survey harga emas 916 dalam range rm158-rm160 per gram. Tapi ada kedai emas yang jual rm158 per gram ambil kos upah design loket tue RM50. Tapi kedai yang cik tom beli ni ambil rm159 per gram tapi upah tukang just rm18 (selepas sesi tawar menawar). Bila pergi tunjuk loket emas cik tom beli kat kedai emas terengganu pulak tanya kat sana, tauke emas tue cakap upah tukang je rm80 dan rm165 per gram. Jauh bebebor ketara harga kan?

3. Beli emas perhiasan dengan gred emas 916 (22k) ke atas.

Kebiasaan gred emas untuk barang kemas adalah emas 916. Seeloknya elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 contohnya 20 karat atau 18 karat kerana susut nilai lagi tinggi. Selain, kemungkinan susah untuk jual balik @gadai diperbankan islam kerana kebiasaan nilai yang diambil emas 916 dan 999.

4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak.

Jika membeli emas perhiasan, elakkan design yang nipis, halus atau kosong (berlubang ditengah). Emas perhiasan untuk pemakaian seharian sebaiknya belilah barang kemas yang tahan lasak yang tebal dan kasar. Jika beli emas perhiasan yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah lebih tinggi seperti putus, kemek, bengkok atau patah. Rugi kan dah tak boleh pakai? Kalau trade in pun susut nilai tinggi.

Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter (alat timbangan emas) akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke 18k walaupun sebenarnya kualiti emas tersebut 22k.

5. Pilih design yang tiada batu permata (kandungan emas 100%).

Untuk maksimunkan keuntungan pembelian emas perhiasan, elakkan membeli emas perhiasan dibawah gred 916 dan yang mempunyai batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:

i) Boleh timbul masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
ii) Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Kedai emas hanya ambil nilai emas sahaja.

6. Survey kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi

Walaupun susut nilai standard di kedai emas adalah 25% – 30%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “Adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?”. Mungkin anda mendapat susut nilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan dengan syarat resit asal perlu disertakan semasa menjual balik.

7. Pilih design emas perhiasaan yang evergreen

Sebaiknya beli design emas perhiasan yang evergreen yang diterima sepanjang zaman. Biasanya kalau design yang evergreen harga untuk kos upah tukang tidak terlalu tinggi dan untuk jual kembali juga lebih mudah kerana design tue tak lapuk dek zaman.

8. Pastikan terdapat ukiran jenis kualiti emas pada emas perhiasan

Kita mesti pastikan terdapat ukiran jenis kualiti emas contohnya ukiran “916” pada emas perhiasan dan pastikan beli di kedai emas yang terjamin. Elakkan membeli emas perhiasan dari orang persendirian atau di tepi-tepi jalan bagi mengelakkan kita tertipu membeli emas tiruan.

**************************************

Emas adalah aset bernilai tinggi walaupun di dalam bentuk emas perhiasaan sekali pun. Emas perhiasaan tetap boleh menguntungkan jika pandai mencari peluang. Jika kita membeli barang kemas dengan betul kita boleh mendapat keuntungan yang maksimum. Jadi kena pandai cara dan bagaimana membeli emas perhiasan untuk simpanan masa depan.

Sumber rujukan: Pelaburan Barang Kemas

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Tips Membeli Emas Perhiasan a.k.a Barang Kemas

  • June 8, 2012 at 9:29 am
    Permalink

    barang kemas mahal sekarang jadi ajak wifey windows shopping jer,,hehehe

    Reply
    • June 10, 2012 at 1:17 am
      Permalink

      hehe… rasanya isteri xkisah mana bab ni.. kalau suami dah bagi suka.. kl xbagi diorang pun faham sbb harga emas mahal..

      Reply
  • June 8, 2012 at 10:59 am
    Permalink

    Mmg terbaiklah tips ni. Mmg tip top utk penggemar barang kemas.

    Kos upah mmg kita kena tawar2, macam yg cik tom buat (pandai yer tawar-menawar ni…hehehe)

    pe2pun yg kita buat, biarlah ada ilmunya, takde ilmu, kita pkat cari…kat sini dah ada….tinggal baca dan selamat beramal…… 😀

    Reply
    • June 10, 2012 at 1:02 am
      Permalink

      betul nak buat apa2 sebaiknya cari ilmu dulu baru terjamin pelaburan duit..hee

      Reply
  • June 8, 2012 at 3:42 pm
    Permalink

    saya pilih cincin belah rotan 999 utk wat simpan.. 🙂

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:56 am
      Permalink

      bagus tue sebab xde emas permata dan emas paling mahal 999.. cik tom pun ada satu tapi emak cik tom bagi.. hehe…

      Reply
  • June 8, 2012 at 7:47 pm
    Permalink

    aku beli emas pun..bukan aku yang pakai. huh.

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:53 am
      Permalink

      ala hadiahkan je la kat emak ko..xpun ain maisarah or fatin yayana…haha ;p

      Reply
  • June 8, 2012 at 9:33 pm
    Permalink

    Idea melabur dengan emas ni memang saya selalu terdengar orang-orang di ofis cakap. Macam berminat. Tapi ilmu di dada belum sepenuhnya ada. Mungkin boleh refer dengan CT if free nanti.

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:53 am
      Permalink

      kalau emas perhiasan boleh je tanya cik tom..kalau emas pelaburan macam jongkong dan dinar tue cik tom surender sbb xpernah cuba lagi..

      Reply
  • June 8, 2012 at 10:21 pm
    Permalink

    nak beli emas hiasan ni memang keme ada skil dan pengetahuan..saya biasa beli emas pelaburan aje..tengok harga turun naik aje

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:52 am
      Permalink

      cik tom lebih prefer emas perhiasan maybe sebab perempuan kot.. nak beli emas pelaburan still kurang kemahiran..

      Reply
  • June 13, 2012 at 4:42 pm
    Permalink

    Assalamualaikum,

    Kedai yang mana murah tu cikTom, ada 3 4 kedai gakkan…nak tengok2 jgkla kot2 murah 🙂

    Cik Tom dekat Kpilah ke ni?

    Reply
    • June 13, 2012 at 8:21 pm
      Permalink

      waalaikumussalam.. kedai cik tom beli tue namanya kedai emas chan kwong.. kedainya lot paling tepi @ bucu bangunan… kalau nak beli kena pandai tawar menawar ye.. bodek2 sikit.. hehe 🙂

      Reply
  • August 30, 2012 at 1:47 pm
    Permalink

    Salam. Ciktom. nak tanya sikit, baru-baru ni saya pegi kedai pajak Ar-rahnu. bila nak pajak orang tu pun check untuk lihat ketulinan mas. mas yang saya bawa ada tulis 916. tp saya dimaklumkan mas tersebut sebenarnya 750. jaji saya rasa tertipu. Boleh ke saya ambil tindakan undang-undang kepada tokeh kedai mas tersebut?saya masih menyimpan surat pembelian mas tersebut.Tq

    Reply
  • April 8, 2016 at 7:36 pm
    Permalink

    Cik nak tnya…kedai yg cik beli 2 dekat mana ya…area kl ke?

    Reply
    • April 9, 2016 at 12:41 am
      Permalink

      yang saya beli tue kedai emas area kuala pilah, negeri sembilan.

      Reply
  • October 26, 2016 at 11:28 am
    Permalink

    ‘7. Pilih design emas perhiasaan yang evergreen’

    design yg camana evergreen ni ya

    Reply
    • October 27, 2016 at 9:02 am
      Permalink

      design yang evergreen ni contoh barang kemas design jenis gajah, pasir, duit syiling, 1C, kelisa, pintal dan banyak lagi..nak kepastian boleh tanyakan pada pekerja kedai emas design mana yang evergreen, padu dan takde chrome utk optimun keuntungan beli emas perhiasan.

      Reply
      • October 27, 2016 at 9:10 am
        Permalink

        TY Cik Tom. Sy ada PM di Fanpage Cik Tom. Mohon pendapat Cik Tom? Atau ada cara yg lebih baik utk sy hubungi CIk Tom, sila beritahu ya.

        Reply
  • November 12, 2016 at 12:01 pm
    Permalink

    salam..
    ciktom, btl ke org ckp emas di k.pilah lg murah dr kedai2 di kwsan lain? kalo ciktom ade nombor contek kedai2 emas di k.pilah boleh le pm ke sy.. sbb bln ni november 2016 hrga di temerloh rm185/g belom upah.. di kL195/g belom upah.. kalo pohkong tu dh 200/g … adoiiii…niat nk bg rantai tgan ke wife bajet 10g je kebawah..huhuhu

    Reply
    • November 12, 2016 at 11:00 pm
      Permalink

      wslm..sekarang ni ciktom tak sure masih murah lagi tak harga emas di kuala pilah. sebab last ciktom beli kat sana tahun 2013 waktu tu kerja kat sana 2011-2013..awak boleh cari fanpage facebook salah satu kedai emas kat sana-Lee Wah Goldsilver..Kat facebook tu ada contact number dan update harga emas semasa walk-in/beli online..
      semoga awak dapat beli rantai tangan terbaik buat wife awak. 🙂

      Reply
  • June 1, 2018 at 1:10 am
    Permalink

    Camane nk kira supaya kita beli emas dengn kos upah yg x banyk or tinggi…. ???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!