Tips Memilih Keperluan Pengantin Baru

Perkahwinan ialah sebuah penyatuan dua hati dan ikatan yang bertunjangkan sebuah akidah untuk membina keluarga yang mawaddah.

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah SAW dan baginda sendiri menyukai umatnya yang mendirikan rumah tangga, ini ditegaskan dalam sabdanya yang bermaksdud, “Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la)

Saja boring malam2 ni cik tom rajinkan diri menaip artikel tips perkongsian dari akhbar Harian  Metro. Ini bukan tips dari cik tom ye. Tapi copy dan ditaip semula dan diubahsuai sedikit pengolahan mengikut kesesuaian blog ciktom.com. Sebelum ini, pernah dikongsikan juga Tips Panduan Persiapan Perkahwinan dan 10 Tips Persediaan Perkahwinan Buat Bakal Suami & Isteri

Pelamin pengantin perempuan

Bagi melancarkan majlis perkahwinan, ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan terutama dari segi memilih pakaian pengantin, fabrik dan perhiasan. Antara tips memilih keperluan pengantin yang boleh diikuti;

Tips Memilih Keperluan Pengantin Baru

1. Potongan Baju

Sebenarnya kebanyakan baju kahwin tidak nampak cantik apabila diperagakan (digantung) tetapi akan menyerlah apabila dipakai mempelai. Periksa juga bahagian sisi dan belakang baju bagi memastikan kesempurnaannya.

Ambil sedikit masa sebelum memutuskan potongan yang sesuai dengan anda. Pilih sama ada kurung Johor, kebaya longgar atau kurung moden. Sekiranya bercadang memilih gaun, pilih sama ada yang lurus, berbentuk empayar atau puteri.

Kemudian tanya diri, sama ada mahukan perhiasan jenis labuci, manik atau sulaman? Elakkan tempahan pada saat akhir, sebaik-baiknya tiga hingga empat bulan sebelum majlis berlangsung.

2. Tema Majlis

Pemilihan tema yang sesuai akan memudahkan penguasaha butik perkahwinan mencadangkan pakej berkaitan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan anda membuat pilihan pakaian. Apapun pilihan anda, pastikan ianya praktikal.

3. Pilih kain

Apabila menempah, anda mempunyai pilihan sama ada menggunakan kain sendiri atau memilih kain di butik tempat anda menempah, kecuali menempah di kedai tukang jahit biasa. Beli kain yang sesuai dan hantarkan untuk dijahit mengikut kesesuaian potongan badan.

Harga kain baju kahwin memang mahal. Sama ada memilih renda Perancis, sutera Itali atau China, Organza atau Organdy, tanpa pada tkang jahit atau mereka anda. Jika peruntukan terhad, pertimbangkan menyewa baju kahwin atau beli baju kahwin siap.

4. Pemilihan Butik

Sesetengah butik perkahwinan ada membuat baju yang dikhususkan untuk promosi. Baju ini kegunaan peragaan dan penggambaran. Dapatkan harga sesuai melalui perbincangan.

Jika tidak bercadang menyimpan baju kahwin anda, cadangkan kepada pereka atau butik sama ada mereka boleh tolong menjualkannya. Jika tidak, anda boleh jualkan kepada kedai terpakai cuma pastikan baju dalam keadaan baik.

5. Sentiasa bawa seseorang apabila menempah baju

Jika bukan pasangan, mohon bantuan pakar atau kawan. Anda boleh mendengar komen dan pandangan mengenai baju dipilih serta mendapat gambaran rupa keseluruhan baju kahwin anda. Contohnya layah yang pendek mungkin boleh mengubah penampilan anda.

6. Bentuk Kasut

Baik bertumit tinggi atau rendah, ia akan memberi kesan berlainan kepada keseluruhan penampilan baju kahwin, begitu juga warna dan jenis buatannya.

7. Aksesori dan Perhiasan Kemas

Subang, rantai, kerongsang, butang baju kurung, gelang tangan dan gelang kaki boleh menaikkan seri penampilan. Pilih yang sesuai dan tidak berlebih-lebihan.

8. Selepas Perkahwinan

Selepas selesai majlis perkahwinan, pastikan baju dihantar untuk cucian kering dan disimpan di dalam kotak ataupun digantung.

Pasangan pengantin berposing sakan

Sedikit nasihat dari kawan cik tom yang sudah berkahwin especially kepada bakal pengantin perempuan sebelum memilih apa-apa jenis tema warna kesukaan, make sure tema warna yang dipilih itu juga bersesuaian dengan warna kulit, ketinggian pasangan pengantin lelaki anda. Ini kerana senario perkahwinan masa kini kebanyakan lebih kepada pemilihan dan keceriaan pada pengantin perempuan semata-mata. Mesti semua nak nampak sama cantik sama padan kan di hari yang bahagia.:)

Sumber: Siti Zarinah Sahib, Harian Metro, Sabtu, 26 Januari 2013, .

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

72 thoughts on “Tips Memilih Keperluan Pengantin Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!