Post navigation

Tips Mengatasi Masalah Dengan Tenang dan Rasional

Posted on by

Salam.. Sebagaimana yang kita tahu setiap manusia yang dilahirkan didunia ini memang tak dapat lari dari dibelenggu atau menghadapi masalah. Perbezaannya cuma bagaimana cara bagi kita menghadapi masalah tersebut. Adakah dengan cara tenang dan rasionalnya kita cuba selesaikan masalah itu atau dengan cara melarikan diri dari masalah? Kali ini cik tom nak kongsikan tips atau langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang sentiasa dihadapi oleh orang ramai termasuklah cik tom sendiri. Tips atau langkah-langkah bagi mengatasi masalah yang dihadapi ialah;

1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.

2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.

3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.

4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang positif dan menceriakan.

5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.

7. Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri. Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

8. Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.

9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada lagi orang yang lebih susah. Korang mesti bersyukur kerana masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran korang seperti fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.

11. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang hadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.

********************************************************
klik sini

6 thoughts on “Tips Mengatasi Masalah Dengan Tenang dan Rasional

  1. macam maner pulak kalau kita dah buat masalh dengan kawan then kawan tu pergi open kat fb semua bagai update status kita…samapi orang lain yang tak tahu pon jadi tahu….padalah takada lah besar sgt der masalah tu..

    • pendapat cik tom kalau kes camni the best solution first awak minta maaf dan berbincang dgn kwn awak apa masalah sbnrnya..kl main duk update status fb je smpi bila masalah ini takkan selesai…cr penyelesaian terbaik antara korang berdua ye..