Tips Penjagaan Laptop, Notebook atau Komputer Riba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Boleh dikatakan hampir setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah laptop, notebook atau komputer riba. Lebih-lebih lagi status seorang pelajar yang memang satu keperluan laptop untuk membuat assignment dan sebagainya. Namun, kebanyakannya hanya pandai menggunakan laptop tanpa menjaga kebajikan laptop dengan sebaiknya sehingga laptop meragam/ rosak. Laptop pun seperti manusia yang perlu diberi penjagaan untuk mengekalkan prestasi baik laptop. Tips Penjagaan Laptop, Notebook atau Komputer Riba yang ingin cik tom kongsikan kali ini ialah untuk versi fizikal iaitu luaran bagi laptop.

Tips Penjagaan Laptop
Tips Penjagaan Laptop

Antara Tips Penjagaan Laptop, Notebook atau Komputer Riba ialah;

1. Bateri

Bagi penggunaan bateri, elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Keyboard atau Papan Kekunci

Untuk keyboard atau papa kekunci, letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba. Elakan terlalu kasar ketika menekan keyboard pada laptop. Keyboard laptop mudah rosak akibat tekanan kuat.

3. Skrin LCD

Skrin LCD memerlukan penjagaan yang paling rapi kerana merupakan hardware utama untuk laptop. Sentiasa lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in minutes’. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘dead pixel’ iaitu terjadinya pixel yang tidak menyala dan jika terlalu banyak boleh menganggu paparan pada skrin laptop.

4. Haba Panas

Sila pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil. Lagi bagus beli cooler untuk laptop. Selain itu, elakkan letakan laptop ditempat yang bersuhu tinggi seperti didalam kereta yang tengah parking di tempat panas.

5. Port

Manakala untuk penjagaan port pula, sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan berus atau berus gigi lama. Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan. Lakukan pembersihan sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Jika kita sentiasa mengamalkan tips penjagaan laptop, notebook atau komputer Riba dari segi hardware dan juga software dengan sebaiknya insyaAllah laptop kita akan bertahan lama. Kita tidak perlulah membazir untuk menghantar laptop ke kedai untuk diperbaiki atau membeli laptop yang baru. Sayangi dan hargailah laptop anda. Laptop atau gadget seangkatan dengannya adalah perantaraan yang terpenting dalam dunia blogging. 🙂

Sumber: Fomca: Tips penjagaan komputer riba (laptop) & Berita Harian ,29 Oktober 2009

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

55 thoughts on “Tips Penjagaan Laptop, Notebook atau Komputer Riba

  • May 2, 2012 at 1:13 am
    Permalink

    batery laptop sy dah kong ciktom,nak beli pun mahal sngt..skg pakai pc,lagi best sebab boleh on 2,3 hari^^

    Reply
  • May 2, 2012 at 1:22 am
    Permalink

    Laptop Compaq yang saya gunakan sekarang ini sudah berusia 9 tahun. Rasanya sudah dijaga dengan cukup baik. 🙂

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:12 pm
      Permalink

      wah 9 tahun??lamanya bertahan..memang bagus penjagaan laptop biomed..

      Reply
  • May 2, 2012 at 2:30 am
    Permalink

    bateri aku dah kong dah… cisss!!

    Reply
    • May 3, 2012 at 7:12 pm
      Permalink

      xpe boleh guna power supply terus..tp kl kluar xbest xleh online..huhu

      Reply
  • May 2, 2012 at 9:29 am
    Permalink

    laptop akak keyboard nya dah rosak la..huruf tertentu je la yang rosak.sekarang ni online pun guna komputer je.bila keluar tak boleh la nak online.

    Reply
    • May 3, 2012 at 6:15 pm
      Permalink

      pastu ctak boleh menaip la akak kalau keyboard dah rosak…keluar xdpt on9..mmg xbest..nasib baik akak ada komputer..

      Reply
  • May 2, 2012 at 9:33 am
    Permalink

    huuu kene jaga laptop elok2 ni. maklumlah beli pakai duit orang. kene hargai sikit hehe

    Reply
    • May 3, 2012 at 6:14 pm
      Permalink

      beli guna duit orang or sendiri..mana2 pun kena hargai kan..sebab bukan murah harga satu2 laptop tue..

      Reply
  • May 2, 2012 at 11:12 am
    Permalink

    Biasanya setiap laptop ada lubang haba yang kadang-kadang ada pengguna yang tak perasan dan menutup lubang haba tersebut.
    Tahun ni dah sampai masanya saya nak kena tukar laptop yang baru.., dah tiga tahun dah laptop. Banyak software yang tidak dapat digunakan sebab hardware yang tak cukup power.

    Reply
    • May 3, 2012 at 6:08 pm
      Permalink

      ye memang betul tue…jangan tertutup lubang keluar masuk pengaliran haba…wah pasni nak beli laptop apa pulak?

      Reply
  • May 2, 2012 at 11:20 am
    Permalink

    Bulan lepas baru je tukar skrin. 🙁

    BTW, sy pernah guna pam angin di stesen minyak utk blow laptop,.. kasi bersih habuk kat dalam especially celah2 keyboard dan fan. 🙂 buat bodo je!

    Reply
      • May 3, 2012 at 5:27 pm
        Permalink

        hee tue la..bagus juga..cuma segan kalau ramai orang..huhu

        Reply
    • May 3, 2012 at 6:06 pm
      Permalink

      erk tukar skrin?konpem mahal ek..haha…berani betul guna pam angin..ciktom segan kot..hehehe

      Reply
      • May 3, 2012 at 9:51 pm
        Permalink

        Kalau segan pegi belah malam ckit. :). Bleh je kalau nak buat d kedai mekanik motor 🙂

        Reply
  • May 2, 2012 at 11:53 am
    Permalink

    benda lain aku tak kesah. tapi bateri kena jaga..sakit woo kalau bateri tak tahan lama..

    Reply
    • May 3, 2012 at 6:05 pm
      Permalink

      bateri memang kena jaga..kalau xtahan lama xleh la nak on9 outdoor nanti..

      Reply
  • May 2, 2012 at 12:26 pm
    Permalink

    Info yang bagus nih cik tom…nice sharing

    Reply
  • May 2, 2012 at 12:30 pm
    Permalink

    seminggu sekali cuci habuk sebab byk habuk pun musuh kepada laptop juga ni

    Reply
  • May 2, 2012 at 12:41 pm
    Permalink

    hmmm baru je cuci segala kotoran kat laptop auc ni
    sekarang bersih berkilat 🙂

    Reply
    • May 3, 2012 at 5:42 pm
      Permalink

      wah baguslah auc ni..memang tuan laptop yang penyayang.

      Reply
    • May 3, 2012 at 5:42 pm
      Permalink

      sama2..ciktom pun sama still belajar juga cara jaga laptop ni..3 tips je yang ciktom biasa praktis yang lain akan cuba improve in future..

      Reply
  • May 2, 2012 at 5:27 pm
    Permalink

    thkz 4 da info,,cik tom
    nice reading….

    Reply
  • May 2, 2012 at 6:00 pm
    Permalink

    cooler tu memang penting sangat
    lagi satu jangan guna sambil letak atas tilam

    Reply
    • May 3, 2012 at 5:25 pm
      Permalink

      cooler memang penting kalau nak guna laptop lama…boleh sejukkan laptop..ciktom biasa kalau online atas katil lapik atas buku…huhu

      Reply
  • May 2, 2012 at 6:06 pm
    Permalink

    Tq ciktom…
    saya kurang amik perhatian ialah pasal bateri..
    sy suka main sambil mengecas… sebab bateri cepat abes..

    Reply
    • May 3, 2012 at 5:24 pm
      Permalink

      sama2..bateri laptop kena jaga baik2..kalau dah rosak xdapat nak on9 kalau kat luar..

      Reply
  • May 2, 2012 at 6:35 pm
    Permalink

    bagus nie..husna sendiri pon kekadang terabai jugak si lappy kesayangan nieyh..lap sikit2 hembus sana sini cukup..terok betol..lepas nie nak kasi dya tahan lama kena up sikit lar penjagaan dya kan..thanx cik tom..^^V

    Reply
    • May 3, 2012 at 4:13 pm
      Permalink

      kena jaga betul2…bila berhabuk baru la sedar rupanya dah terabai laptop kesayangan..hee
      sama2 fatin..

      Reply
  • May 2, 2012 at 11:27 pm
    Permalink

    saya tak pernah berjaya menggunakan mana-mana laptop lebih dari satu setengah tahun..ada yang baru 4 bulan dah rosak..

    Reply
    • May 3, 2012 at 3:16 pm
      Permalink

      wah kira dah banyak laptop atau pc la guna ni kan??

      Reply
  • May 3, 2012 at 12:05 am
    Permalink

    alamak, boleh dikatakan yg semua tu saya x buat kecuali power supply, saya memang guna adapter jer berbanding bateri

    Reply
    • May 3, 2012 at 3:15 pm
      Permalink

      xpe boleh praktis secara perlahan2 tips2 ni..tp yg paling mudah guna power supply..

      Reply
  • May 3, 2012 at 3:10 am
    Permalink

    Good info…hari rajin ikut jgk tips2 ni tp klu malas jgn harap…hihi

    Reply
    • May 3, 2012 at 3:13 pm
      Permalink

      cik tom pun sama..hari rajin2 hari2 ikut…kalau dah hari malas tue faham2 jelah..hehe

      Reply
  • May 3, 2012 at 3:34 am
    Permalink

    laptop sekarang memang perlu penjagaan..
    bila ada je yang updated..
    mula meragam..
    eheheheee

    Reply
    • May 3, 2012 at 2:42 pm
      Permalink

      tiap2 hari ada update laptop baru..ke laptop tue merajuk dengan tuan dia..xcukup kasih sayang..hehehe

      Reply
  • May 3, 2012 at 9:21 am
    Permalink

    tips yg lain2 tu mmg kak sya follow…tp bab bateri mmg tk..sbb bateri dh kondem…he3..

    lama tk jenguk cik tom…dh byk info yg kak sya ketinggalan…

    Reply
    • May 3, 2012 at 2:41 pm
      Permalink

      akak memang rajin..kadang2 long term pun boleh sebabkan bateri dah ok..sbb biasa normal utk 5 tahun je tempoh utk bateri..
      xpe akkk pasni kita boleh rajin2kan singgah sesama blog..ciktom pun baru bulan lepas aktif balik berblog..hee

      Reply
  • May 3, 2012 at 11:57 pm
    Permalink

    Emm tips yang berguna..hehehe

    Reply
  • May 4, 2012 at 12:02 am
    Permalink

    laptop sekarang ni kena jaga elok2 berbanding laptop beberapa tahun sebelum ni sebab laptop sekarang direka untuk jangkamasa singkat, biasanya hanya untuk cukup setahun sebelum laptop mula meragam teruk. pihak pengeluar sengaja buat macam tu supaya jualan diorang berterusan

    Reply
  • May 4, 2012 at 3:10 pm
    Permalink

    sesekli lap juga dtg anak hbis dia tunjk2 kt skin laptop tu huhu…

    Reply
  • May 10, 2012 at 12:02 pm
    Permalink

    ermmm…seb baik st amalkan..cuma xsuka guna mouse coz lmbat kit gna bnda tu….apapun tq n sy akan cuba amalkan….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE