Tips Penting Beli Kereta Terpakai (Second Hand)

Salam kepada semua. Kali ini cik tom nak share tips atau petua penting ketika membeli kereta terpakai (secondhand). Tips ini berdasarkan pengalaman cik tom masa nak beli kereta terpakai perodua kelisa pada bulan lepas. Nak beli kereta terpakai ini memang banyak risikonya terutamanya kalau tak tahu cara-cara nak beli kereta terpakai. Sebabnya sekarang ini terdapat pelbagai cara dan tipu helah yang dilakukan oleh penjual untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Oleh itu, kita perlulah berwaspada supaya tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong. Tips ini cik tom perolehi dari mekanik dan juga abang cik tom sendiri.

koleksi kereta comel

1) Dari segi luaran kereta, badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya menunjukkan kereta terpakai yang ingin di beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Kadangkala ada sesetengah penjual kereta yang baru simen dan cat kereta bagi berkilat untuk mengaburi mata pembeli. Jadi jangan mudah tertipu dengan kecantikan luaran semata-mata.

2) Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, cermin sisi, hon, lampu, lampu isyarat, radio, tali pinggang dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin anggap perkara ini tidak penting, tetapi ia dapat menunjukkan bagaimana kereta itu dijaga. Kalau dah banyak rosak mahal jugak harga untuk baiki kereta terpakai lepas beli. So, better perhatikan perkara kecil seperti ini.

3) Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Cik tom lupa istilah untuk enjin bergegar ni tapi kalau dah bergegar elakkan dari membelinya kerana kos untuk baikinya agak mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli.

4) Pandu kereta ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 60 km/j, transmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat.

5) Perlahankan kereta itu hingga 10 km/j dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah bergerak dengan perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

6) Dah berapa kali kereta tersebut bertukar pemilik. Kalau baru sekali, ia adalah pilihan yang baik. Sebab biasanya pemilik pertama lebih cermat dari segi aspek penjagaan. Sebaliknya, kalau kereta tersebut dah banyak kali bertukar pemilik dalam masa setahun, lebih baik lupakan saja.

7) Berapa jarak perjalanan yang dah dilalui oleh kereta tersebut. Lazimnya, semakin jauh perjalanan yang dilalui, kereta pun cepat meragam. Anda boleh tanya kenapa jarak perjalanannya jauh atau kurang.

8 ) Sebelum membuat pilihan, kita perlu periksa segala geran kereta dan dokumen-dokumen penting yang lain. Kita perlu dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan dan semua ini boleh didapati daripada geran kereta. Ambil langkah keselamatan dengan periksa samaada rekod itu sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Kemudian bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta itu ada sebarang rekod hitam atau tidak. Jangan sampai terbeli kereta curi.

9) Runding harga yang berpatutan dengan kualiti kereta tersebut. Elakkan dari tertipu dengan harga yang diberikan. Boleh periksa harga pasaran semasa bagi kereta terpakai di laman web seperti mudah.my. Harga mungkin berbeza bagi pembelian kereta by hand terus dari pemilik kereta dan jurujual kereta kerana jurujual kereta kebiasaanya ambil untung sebagai orang tengah (third party).

10) Sebaiknya korang bawak kereta itu ke stesen servis atau bengkel kereta. Tunjuk dan tanyakan secara langsung pada mekanik yang lebih mahir mengenai kereta terutamanya enjin kereta. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta mema stikan sama ada kerosakan yang di kesan itu benar-benar serius atau tidak. Dan adakah kerosakan itu memakan kos yang tinggi dan adakah berbaloi untuk kita membeli kereta terpakai tersebut dengan harga yang ditawarkan.

11) Bawalah kereta itu untuk pemeriksaan di PUSPAKOM bagi memastikan kenderaan itu menepati spesifikasi standard asal dan bukannya kereta potong/ sambung. Korang boleh teruskan niat untuk membeli kereta tersebut hanya selepas kereta tersebut lulus dalam ujian PUSPAKOM. Jangan sesekali bayar sebelum membuat pemeriksaan PUSPAKOM sebab pernah terjadi kes kat kampung cik tom yang pak cik ni dah bayar harga kereta tue, alih2 kereta tue tak dapat kelulusan dengan PUSPAKOM. Pemilik kereta asal tu pulak ambil langkah lepas tangan je selepas dah terima duit bayaran. Berhati-hatilah.

Langkah terbaik bagi yang tidak suka perkara remeh temeh atau masalah boleh terus je beli kereta baru tanpa bimbang masalah kerosakan atau masalah yang berkemungkinan akan timbul. Apa pun pilihan korang, semuanya bergantung pada budget dan juga keadaan diri korang sebab kebiasaannya yang beli kereta terpakai ni untuk atasi masalah berhutang.

Baca juga: Panduan Lengkap Penjagaan Kereta

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

25 thoughts on “Tips Penting Beli Kereta Terpakai (Second Hand)

  • June 16, 2011 at 1:27 pm
    Permalink

    tips yang baik cik tom..
    ada orang tak tahu..
    macam akak ni..
    heheh:p

    Reply
  • June 16, 2011 at 10:02 pm
    Permalink

    Kalau tak tau ape2 pasal keta jangan la beli yang secondhand. nanti kena tipu je, cari ilmu dulu. baru buat penilaian
    Jom baca entri terkini Hisyam …Wordless WednesdayMy Profile

    Reply
  • June 17, 2011 at 3:40 am
    Permalink

    hurm… baru bulan lepas adik gayah beli keta, banyak masalah… dia nak cepat sangat.. tengok sekarang,keta dia da tersadai kat bengkel..fuh

    Reply
  • June 17, 2011 at 7:20 am
    Permalink

    Uhuk2.. driku belum pernah ada keta.. stakat ini.. ahakz..

    Reply
  • June 17, 2011 at 7:26 am
    Permalink

    serius detail, good, 🙂

    Reply
  • June 18, 2011 at 12:46 am
    Permalink

    bagus btul cik tom ni. niena dlu ada pnah bli keta, tertipu… urm,pasni xmo bli 2nd hand lgi da

    Reply
  • June 19, 2011 at 7:15 am
    Permalink

    wahh baguslah cik tom ni!detail one! great!

    Reply
  • November 14, 2011 at 4:29 am
    Permalink

    bagus cik tom…den pomen pown still wat rujukan tok beli krete tepakai nie…

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:01 am
      Permalink

      ciktom punya tips ni dari google, abang dan juga pomen..campur2 tue jadi banyak..

      Reply
  • January 26, 2012 at 4:24 pm
    Permalink

    ohoii..kelisa…sy skang ngah servey2 kelisa jgk…tp 2 la..tkt terkena kereta yag byk masalah…nak maik viva..tp kat hati lebih berkenan kt kelisa sebab lebih berkualiti dar viva(pendapat sendiri)….kat mana beli kereta dlu..?leh rekomen x..?bape byr..?loan ke pe..bg r detail kit..huhu..nak servey ni.. =p tq

    Reply
    • January 28, 2012 at 10:38 pm
      Permalink

      sebelum beli tengok dulu kondisi kereta tue macam mana..lagi bagus bawak pergi jumpa mekanik tengok kereta tue ok x??sbb biasa penjual akan bagi test drive kereta..so masa tue la amik peluang pergi bawak kereta tue ke bengkel kereta..ciktom dulu beli kereta ni kat kedai jual kereta..em lupa la kedai apa tapi jalan otw ke kuala berang, terengganu..kat situ memang banyak kedai kereta terpakai (secondhand)..ciktom beli bayar cash dlm area 20k..

      Reply
  • February 29, 2012 at 9:41 am
    Permalink

    salam.. cik tom beli kelisa 2 bl? ok x pkai kelisa… sy pun tngh cri kelisa.. nk beli viva baru pun x ckup bujet.&bg sy kelisa lg stabil dr viva..

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:01 pm
      Permalink

      cik tom beli kelisa ni masa pertengahan bulan 5 tahun 2011..alhamdulillah walaupun beli terpakai sampi ke 21/4/2012 kereta cik tom ok dan tidak pernah meragam..ciktom xde kuar kos baiki kerosakan..cuma kos utk servis kereta je..dan diakui mmg kelisa lg stabil dr viva..viva terlampau ringan..

      Reply
  • Pingback:Pengalaman pakai kereta terpakai (second hand) - Ciktom

  • March 22, 2016 at 12:38 am
    Permalink

    assalam saya baru beli keta sec..apa langkah permulaan yg saya harus buat utk menjaga enjin

    Reply
  • October 19, 2016 at 1:33 am
    Permalink

    Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    Reply
    • October 19, 2016 at 8:14 am
      Permalink

      Jika berminat nak promosikan website saudara di blog ciktom.com boleh ikut saluran yang betul dengan email ciktom; [email protected]. Terima kasih.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE