Tips Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia… InsyaAllah dalam 20 Julai 2012 ini kita semua sebagai umat Islam bakal merasai lagi bulan Ramadhan yang dirindui iaitu dengan melaksanakan ibadah puasa. Ibadah puasa di bulan Ramadhan ini adalah salah satu dari rukun Islam. Jom kita sama-sama tunggu pengumumun tarikh puasa pada Tarikh Melihat Anak Bulan 19 Julai – Penepatan Awal Puasa 2012. Dalam kita tak sabar untuk berpuasa jangan lupa untuk bersedia buat persiapan menyambut bulan Ramadhan.

Tips Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

Ramadhan Mubarak!

Sumber: gambar

1. Memperbanyakkan taubat

Kita perlu bertaubat setiap hari supaya diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran pada masa kini. Ia juga dapat membersihkan hati selain mendapat ketenangan hakiki. Terlalu banyak kelebihan bertaubat, ganjaran di akhirat mahupun habuan di dunia. Bertaubat boleh menyembuhkan penyakit dan juga mendatangkan rezeki dari Allah.

2. Membiasakan membaca Al-Quran

Di antara ibadah utama di dalam bulan Ramadhan ialah dengan bertadarus atau membaca Al-Quran. Sebaiknya kita tidaklah perlua hanya menunggu bulan Ramadhan untuk membaca Al-Quran kerana sebaiknya kita biasakan diri membaca Al-Quran di luar bulan Ramadhan yang akan memudahkanlagi kita melakukannya di dalam bulan Ramadhan.

Satu huruf al-Quran bersamaan dengan 10 ganjaran jika dibaca di luar Ramadhan. Jika dibaca dalam bulan Ramadhan, pahalanya akan berlipat kali ganda. Jika al-Quran dibaca di dalam solat, pahalanya akan menjadi lebih besar nilainya.

Oleh sebab itu, mengapa kebanyakan surau dan masjid melantik imam dikalangan huffaz (tahfiz al-Quran) untuk mengimami solat tarawihk di dalam bulan Ramadhan, kerana pahala solat dan pahala mendengar bacaan Al-Quran cukup besar.

3. Membiasakan diri dengan zikrullah

Zikrullah atau berzikir meningati Allah bukan terhad kepada membilang tasbih ditikar sembahyang sahaja. Mengingati Allah boleh dilakukan secara berdiri, duduk mahupun berbaring sebelum tidur. Ia boleh dilakukan dengan sebutan secara nyaring atau secara perlahan atau sekadar merenung kebesaran Allah.

Serta mensyukuri nikmat yang telah Allah berikan, sabar dan redha dengan segala ujian hidup dan sebagainya. Orang yang disibukkan dengan amalan berzikir, pasti akan terhalang dari melakukan maksiat dan dosa-dosa kecil.

4. Melakukan ibadah qiamullail

Amalan qiamullail merupakan amalan orang-orang terdahulu dikalangan para solihin. Ia merupakan sumber kekuatan umat Islam yang semakin ditinggalkam. Justeru itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan semula amalan qiamulail (bangun ditengah malam untuk beribadah). Melakukan ibadah qiamullail di dalam bulan Ramadhsn adalah lebih mudah kerana kita boleh menunaikannya sebelum bersahur.

5. Memperbaiki niat agar Ramadhan kali ini menjadi Ramdhan yang terbaik

Kita perlu berazam dengan sesungguh hati, supaya memanfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan segala amal ibadah yang telah kita ketahui dan pelajari semenjak dari akil baligh lagi. Umat Islam sekarang ini bukan tidak tahu untuk beramal, tetapi lebih dipengaruhi oleh hawa nafsu dan sifat malas untuk beribadah kerana merasa boleh hidup seribu tahun lagi.

Sama-samalah kita renungkan dan saling ingat-mengingati bahawa segala amalan kebaikan kita didunia ini adalah modal kita untuk bekalan akhirat kelak. Setiap detik dan saat yang kita tinggalkan hanya akan menambah kerugian jika tidak diisi dengan amalan yang sepatutnya yang telah diajar oleh Rasulullah kepada diri kita.

Sumber: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Negeri Sembilan

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

54 thoughts on “Tips Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan

  • July 9, 2012 at 12:12 am
    Permalink

    Ehmm, sekejap ja dah nak datang bulan Ramadhan.. Huhuhu. Banyakkanlah beribadah dibulan ini..

    Reply
    • July 10, 2012 at 9:51 pm
      Permalink

      insyaAllah sama2lah kita perbanyakkan amalan ye

      Reply
  • July 9, 2012 at 12:23 am
    Permalink

    Perbanyakkanlah amalan baik dan mulia di bulan Ramadhan nanti…ikut 5 tips dari cik tom kita, memang berguna.

    Reply
    • July 10, 2012 at 9:50 pm
      Permalink

      tips ini perkongsian cik tom dr artikel CITU uitm…

      Reply
    • July 10, 2012 at 9:50 pm
      Permalink

      wslm..
      SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN bro zulkbo..

      Reply
  • July 9, 2012 at 1:34 am
    Permalink

    x sampai 2 mnggu je lagi kan kita nak sambut ramadhan..cepat je masa berlalu

    Reply
  • July 9, 2012 at 5:46 am
    Permalink

    moga kita sama2 diberi kekuatan dan ketabahan utk memperbanyakkan amal ibadah di bulan ramadhan nnt…

    Reply
  • July 9, 2012 at 10:21 am
    Permalink

    Dah terasa bulan Ramdan makin dekat, semakin sibuk dan hipermarket semua penuh dengan famili membeli belah…

    Reply
    • July 10, 2012 at 9:29 pm
      Permalink

      hypermarket siap dah promosi kuih raya..puasa tak lagi..

      Reply
      • July 11, 2012 at 4:16 pm
        Permalink

        ada masuk 1 pasaraya ni, siap pasang lagu raya dah…haduyai…tersalah agaknya =)

        Reply
        • July 15, 2012 at 8:32 pm
          Permalink

          cik tom pun ada jgk jumpa camtu..hehe

  • July 9, 2012 at 12:36 pm
    Permalink

    bulan yg bakal hadir dg kita.insyallah..

    Reply
    • July 10, 2012 at 9:27 pm
      Permalink

      tue la kan..xsangka cepat je masa berlalu

      Reply
  • July 9, 2012 at 3:01 pm
    Permalink

    Terima kasih CikTom memberi peringatan. Didoakan kepada semua Ramadhan kali ini adalah terbaik dari sebelumnya – insya-allah.

    Reply
    • July 10, 2012 at 9:27 pm
      Permalink

      sama2..kita kena slg ingat mengingati..ini pun artikel ciktom kongsikan dr uitm

      Reply
  • July 9, 2012 at 5:09 pm
    Permalink

    Moga dapat bertemu Ramadhan yg tinggal tak sampai setengah bulan ni.

    Reply
  • July 9, 2012 at 7:57 pm
    Permalink

    bagus entry nih…sangat berguna…semoga amal ibadat kita semuo pada bulan puasa nanti diterima Allah hendakNya…amin…

    Reply
  • July 9, 2012 at 8:01 pm
    Permalink

    INSYAALLAH jaerul praktikkan nanti,.. Semoga kita semua diberkati Allah SWT

    Reply
  • July 9, 2012 at 8:42 pm
    Permalink

    peh, awal-awal dah parking post yekk..

    Reply
    • July 10, 2012 at 9:22 pm
      Permalink

      ish mana ada..xde niat seo entri ni..artikel yang baik mesti kongsi bersama..baru pahala bertambah2..amin..

      Reply
  • July 9, 2012 at 9:15 pm
    Permalink

    panduan yg berguna nih.. 🙂

    Reply
  • July 9, 2012 at 9:55 pm
    Permalink

    selamat menyambut ramadhan
    moga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnnya

    Reply
  • July 10, 2012 at 12:18 am
    Permalink

    Semoga dapat bertemu dengan Ramadhan. Seminggu lebih ja lagi ni.

    Reply
  • July 10, 2012 at 10:32 am
    Permalink

    setia menanti hadirnya Ramadhan
    semmoga diketemui lagi

    Reply
    • July 10, 2012 at 7:04 pm
      Permalink

      insyaAllah ketemu lg jika diberikan peluang olehNYA.

      Reply
  • July 10, 2012 at 4:52 pm
    Permalink

    Selamat Menyambut Ramadhan kpd semua umat Islam yg menyambutnya….

    Reply
  • July 10, 2012 at 6:12 pm
    Permalink

    Cuba untu menghabiskan surah albaqarah pada satu ramadhan

    Reply
  • July 10, 2012 at 11:47 pm
    Permalink

    Nak rebut pahala berganda sempena bulan masuknya bulan Ramadhan.

    Reply
  • July 11, 2012 at 4:18 pm
    Permalink

    Terima kasih kasih cik tom utk entri peringatan ni. Berpesan2 mmg perkara terbaik kita boleh buat.

    Moga kita sempat berRamadhan dan menghidupkan Ramadhan dgn lebih baik…ameen

    Reply
    • July 15, 2012 at 8:31 pm
      Permalink

      sama2.. smoga ramadhan kali ini kita memperolehi seribu keberkatana..amin

      Reply
  • July 11, 2012 at 11:32 pm
    Permalink

    selamat berpuasa nanti..haha

    Reply
  • July 12, 2012 at 12:51 am
    Permalink

    Tips yang berguna ni cik tom…boleh share..haha..poso ganti-ganti la wei……haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!