Tips Pilih Rumah Sewa

Salam… Sekarang tunang yaty tengah busy survey rumah sewa yang bakal kami duduki selepas berkahwin. Planning nak cari rumah sewa jarak in between tempat kerja kami berdua. Rasanya lagi better kami duduk rumah sewa compare rumah mertua. Bukan tak suka tau! Cuma untuk mengajar kami berdua lebih kepada perasaan tanggungjawab dan independent bila dah berkeluarga ni.

Tips Pilih Rumah Sewa
Tips Pilih Rumah Sewa

Jom tengok tips pilih rumah sewa supaya tidak tersilap perhitungan dalam mencari rumah sewa yang terbaik selepas berkahwin. Tips ini yaty ambil inputnya dari Majalah Inspirasi Perkahwinan.

1. Tentukan rumah sewa pilihan

Tentukan rumah yang ingin disewa sama ada rumah teres, rumah flat atau rumah yang lain mengikut kemampuan bajet anda dan pasangan ye.

2. Perika tahap kewangan

Pilih rumah sewa yang berpadanan dengan gaji. Jangan pulak memilih rumah sewa yang mahal dan kesudahannya tidak mampu untuk membayar sewa setiap bulan. Seeloknya kadar sewa rumah tidak melebihi 30% daripada pendapatan yang diperolehi. Sewalah rumah mengikut kemampuan bak kata orang tua “ukur baju di badan sendiri“.

3. Mencari rumah sewa

Carilah rumah yang ingini melalui iklan yang ditampal di suratkhabar, internet mahupun iklan pada rumah itu sendiri. Hubungi tuan rumah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan terperinci seperti di mana lokasi rumah.

4. Periksa keadaan rumah

Periksa sendiri keadaan persekitaran luar dan dalam rumah yang ingin disewakan itu. Tetapkan satu tarikh dan masa untuk anda berjumpa dengan tuan rumah dan sekaligus melihat rumah yang bakal disewa. Periksa juga keadaan bilik air, ruang tamu dan juga dapur berada dalam keadaan baik. Tiada sebarang kebocoran. Jika ada, laporkan segera pada tuan rumah.

5. Rundingan bersama tuan rumah

Setelah berpuas hati dengan keadaan rumah, jangan lupa untuk bincang dan runding dengan tuan rumah mengenai beberapa perkara iaitu;

  • Berapa bayaran sewa dan deposit rumah?
  • Bagaimana pembayaran deposit dan juga bulanan?
  • Bagaimana jika berlaku kerosakan?
  • Bolehkah jika ingin melakukan pengubahsuaian?

Tips tambahan! Pastikan anda dan pasangan mencari rumah lebih awal sebelum berkahwin kerana ia akan dapat membantu meringankan beban selepas majlis perkahwinan nanti.

So, jangan lupa masukkan juga bajet rumah sewa anda ini dalam checklist selepas berkahwin tau.

Kalau berkemampuan lagi bagus miliki rumah sendiri kan cuma buat masa sekarang mungkin tak, yaty pun baru lagi beli kereta. InsyaAllah dalam target akan datang untuk miliki rumah pertama kami. Sekarang yaty tengah mendalami lagi ilmu mengenai hartanah dari buku Pelaburan Hartanah Tanpa Modal.

Tolong doakan semoga segala persiapan kami menuju ke gerbang perkahwinan berjalan dengan lancar ye. amin…

Sharing is caring

yaty rushdi

Saya merupakan penulis ketiga di blog ciktom[dot]com. Sebelum ini saya pernah mempunyai blog personal hanya sebagai diary saja iaitu Sophisticated Girl Life. Saya sekarang menanti detik untuk diijabkabul. Atas suggestion cik tom, saya akan share segala pencarian maklumat dan tips mengenai kisah pertunangan (september 2013) dan perancangan perkahwinan saya (mac 2014) di dalam blog ini. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin..

33 thoughts on “Tips Pilih Rumah Sewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE