Tips, Save Bajet dan Checklist Persediaan Bertunang

Salam… Saya nak berkongsi kisah pengalaman dan segala persiapan saya sebelum bertunang. Alhamdulillah majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar seperti dirancangkan. Saya berharap majlis bertunang anda juga akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Ini segala experience dan juga checklist yang saya dapatkan dari persediaan sebelum bertunang.

1. Tarikh, waktu dan tempat bertunang

Tarikh bertunang yang dipilih dari persetujuan 2 belah pihak ialah hari Sabtu. Ini kerana negeri Terengganu dan Selangor dua-dua cuti pada hari Sabtu. Hasil persetujuan bersama akhirnya kami bertunang pada 14 September yang lepas. Waktunya lepas zohor dalam pukul 2 petang di rumah.

Dah set tarikh jangan lupa tempah homestay bajet untuk pihak lelaki menginap kalau berlainan negeri. Saya sewakan homestay berdekatan dengan rumah supaya tiada masalah tersesat atau traffic jam time nak datang tunang. Yang homestay ini pihak lelaki la yang bayar. hehe..

2. Tempat bertunang (Pelamin/ Katil) (RM300)

Tempat bertunang ialah di ruang tamu rumah. hehe… Β Saya sewa pelamin untuk letak di ruang tamu tapi pelamin tunang saya ini nampak agak grand sikit (based on comment kawan2). Silap saya tak sempat nak survey jadi saya ambil pakej paling berpatutan kat satu butik kahwin yang saya sempat pergi. Harga pelamin yang saya sewa RM300.

Pelamin tunang
Pelamin tunang

Baru-baru ini saya ada survey untuk pelamin untuk wedding saya dan bila pemilik butik lain minta saya tunjukkan gambar masa saya bertunang pun mereka cakap pelamin grand dan terkejut harga saya dapat murah. Kalau diikutkan harga standard pelamin macam tu around RM500. Alhamdulillah rupa dah murah harga saya dapat. hehe..

3. Hantaran (Tema warna, jumlah dulang hantaran, jenis barang hantaran & gubahan sendiri) (RM250)

Ok, saya nak cerita mengenai hantaran pulak. Hantaran ini anda boleh decide nak gubah sendiri atau tempah. Tapi of course lagi jimat buat sendiri. Untuk hiasan hantaran dulang ini saya mintak tolong kakak ipar buatkan. Bajet yang saya bagi RM200 untuk semua hiasan hantaran +hantaran bunga rampai+hantaran sirih junjung.

Kalau ikut adat orang Melayu, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan biasanya lebih daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Alhamdulillah banyak barang hantaran tunang saya disponsor. Terima kasih pada semua famili yang sponsor pok, abg din, kak tiah serta kak uda. Bunga rampai dan sirih junjung masih dalam bajet hiasan RM200 untuk bunga, bakul, gabus, reben, bekas cincin, sirih, bekas rampai dan lain-lain.

Saya just beli belt harga RM50++ kat SOGO sebab kemeja tue Nazli ada beli 2 tapi 1 tue tak pernah pakai lagi. So dia cakap amik yang tue je tak perlu membazir beli baru. Kain samping pulak dapat percuma masa saya beli baju melayu Aaron Aziz untuk Nazli kat Jakel. Saya sengaja pilih samping tue siap2 ikut warna tema akad nikah nanti. hehe…

Hantaran perempuan (7 dulang)

  1. Kain pasang untuk akad nikah (sponsor)
  2. Kek tunang (sponsor)
  3. Cincin tunang lelaki (sponsor)
  4. Buah-buahan (sponsor)
  5. Bunga rampai (within bajet hiasan hantaran RM200)
  6. Tapak sirih/ sirih junjungΒ (within bajet hiasan hantaran RM200)
  7. Belt jenama BUM+Kemeja+Kain Samping (beli belt harga dalam RM50++)
Hantaran perempuan
Hantaran perempuan

Hantaran lelaki (5 dulang)

  1. Kain pasang untuk akad nikah
  2. Kek
  3. Sirih junjung
  4. Coklat dan biskut
  5. Cincin risik dan cincin tunang
Hantaran lelaki
Hantaran lelaki

4. Baju bertunang (RM200)

Actually saya planning nak upah baju untuk tunang tapi last sekali beli dress yang dah siap sebab lagi senang dan kos pun murah. Saya beli dress ni harga RM200 kat maju junction. Kalau cari boleh dapat harga lagi murah kat tempat lain tapi sebab saya nak tema baju warna peach so saya beli je kat kedai tue walaupun saya rasa harganya agak mahal. huhu…

Tunang saya datang jugak tapi just pakai baju kemeja biasa je. Takde sewa atau beli baju ikut tema. hehe…

5. Tudung & Veil (RM75)

Tudung satin, saya beli semeter setengah bidang 45 harga RM14 and then upah jahit buat shawl RM5. Veil beli 1 meter bidang 60 harga RM15 kat Jakel. Saya upah jahit veil ni jadi half moon pun sama harga RM5. Dapat harga murah sebab bakal ipar saya kenal tukang jahit.

My engagement day
My engagement day

Then, saya beli lace, yang lace ni mahal sikit 1 meter saya beli harga RM36 kat Jakel jugak. Lace ni dah ada manik sekali. Saya beli semeter sebab nak bajet ambil betul-betul tengah lace tu. Kalau ikutkan guna sikit je. Lace ni saya just jahit sendiri atas veil. Save bajet DIY. hehe.. So total cost untuk shawl satin dan veil RM75.

6. Makeup (free)

Makeup ni asalnya saya planning nak makeup sendiri dan simple je. Lagipun ayah tak suka anak2 dia makeup tebal2. Sehari sebelum tunang, kak ipar mintak tolong adik dia (part time mak andam) yang kebetulan balik kampung. Saya niat memang nak upah dia tapi bila dah siap dia cakap tak payah.. free je. Sebab dia just makeup natural je dan katanya muka saya jenis senang nak makeup.

7. Hand bouquet (RM14.50)

Hand bouquet ini jenis bunga plastik yang saya beli harga RM14.50Β kat Kaison. Kalau nak survey bunga cantik2 boleh la ke Kaison ye. hehe.. Tapi nanti wedding saya plan nak guna bunga ros hidup.

Hand bouquet on my engagement day
Hand bouquet on my engagement day

8. Jamuan makan majlis tunang (RM250)

Untuk jamuan makan ni emak dan saudara-mara masak sendiri je. Kami sediakan juadah nasi minyak, daging masak kurma, acar, sambal belacan, buah tembikai dan air sirap. Bajet beras mahal sikit sebab guna beras basmathi dalam 2 bungkus. Kemudian daging dalam 7kg. Nasi minyak masak dalam 3 gantang. Saya bagi emak RM400 tapi emak bagitahu anggaran kasar jamuan tue dalam RM250.

9. Khemah & Kerusi (takde)

Saya takde pasang khemah. Orang perempuan just makan dalam rumah. Tetamu lelaki makan kat bawah dah sedia tertutup tak perlu sewa khemah. Kerusi pun guna yang sedia ada banyak kat rumah. Pinggan mangkuk pun sama guna yang ada banyak kat rumah je. hehe.. Kat rumah memang banyak pinggan mangkuk, periuk besar untuk masak kenduri kendara.

Kalau nak buat majlis besar-besaran, tak salah untuk anda sewa khemah, kerusi dan juga perkakas untuk masak dan makan. Ini untuk keselesaan tetamu yang datang.

10. Goodie Bag (takde)

Saya ini memang saya tak sediakan bajet untuk goodie bag sebab mak ayah marah. Cakap baru tunang tak perlu goodie bag. Nanti bajet tue boleh save untuk goodie bag time wedding je. hehe.

Tapi kalau berkemampuan anda buatlah goodie bag ye. Kira share rezeki yang lebih dengan tetamu yang datang. InsyaAllah berkat asalkan tak melebih2.

11. Jurugambar (takde)

Takde amik khidmat jurugambar untuk majlis tunang. Just abang dan saudara-mara yang ambil gambar guna camera dan handphone. Kemudian saya kumpul gambar tue simpan dalam satu album.

12. Jumlah hantaran dan mas kahwin

Jumlah hantaran dan mas kahwin ni kena siap-siap discuss dengan pasangan supaya senang kalau jurucakap berdiscuss pasal jumlah hantaran time hari tunang nanti. Mas kahwin biasanya mengikut kadar negeri pihak perempuan. Seeloknya hantaran mengikut kemampuan pihak lelaki mampu sediakan.

13. Wakil Jurucakap pihak lelaki dan perempuan

Kena tentukan siap2 siapa yang akan jadi wakil sebagai jurucakap pihak lelaki dan juga perempuan. Kebiasaanya orang tua yang dah berpengalaman jadi wakil cakap2 ni. Jurucakap ni pun make sure korang dah pesan siap2 just discuss yang penting je sebab ada certain jurucakap kalau tak pesan habis semua ditanya & dijawab secara memandai.

Sebaiknya pesan kalau part diorang tak sure just jawab; “Biarlah nanti pihak pasangan pengantin discuss sesama diorang”.

14. Jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang

Tentukan jumlah pihak keluarga lelaki yang akan datang supaya tak terlebih sehingga membazir atau terkurang sehingga malu tetamu tak cukup makan untuk persiapan jamuan makan.

**************************************

Anggaran kasar majlis tunang yang saya spend excluded yang disponsor ialah around RM1000. Anda dan pasangan kalau pandai bajet boleh kurang dari tue lagi kalau betul-betul nak save bajet. Apa yang boleh buat sendiri try buat sendiri dulu (DIY) atau pinjam dengan sedara mara.

Strategi Nak Kahwin Cepat & Kaya

**************************************

Ringkasan Checklist Pertunangan!!

  1. Pilih tarikh, waktu & tempat – pelamin atau bilik tidur (katil berhias).
  2. Tentukan jumlah hantaran lelaki dan perempuan – Cth: 7 dulang (P) balas 5 dulang(L) (Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
  3. Pilihan Tema hantaran – Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
  4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah -Buat sendiri (lagi jimat)
  5. Pilihan Warna pakaian L/P – Bergantung pada tema
  6. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Perempuan = 7 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)
  8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
  9. Cincin tunang & risik – 2 cincin ( ikut pilihan sendiri either nak bagi 2 sekali or nak bagi cincin tunang je pun boleh)
  10. Pilihan Pelamin : Sesetengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yang dihias cantik.
  11. Makeup  – Sebaiknya makeup soft & natural.
  12. Jurugambar
  13. Sediakan bajet jamuan makan – Katering atau pun masak sendiri
  14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp – Biasanya orang tua yang berpengalaman
  15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth: (L ) -7 orang, (P)- 10 orang

Download Panduan Persediaan Perkahwinan (Perkahwinan Melayu)
Download Panduan Malam Pertama Pengantin
Tips & Rahsia Mudah HamilΒ 

Sharing is caring

yaty rushdi

Saya merupakan penulis ketiga di blog ciktom[dot]com. Sebelum ini saya pernah mempunyai blog personal hanya sebagai diary saja iaitu Sophisticated Girl Life. Saya sekarang menanti detik untuk diijabkabul. Atas suggestion cik tom, saya akan share segala pencarian maklumat dan tips mengenai kisah pertunangan (september 2013) dan perancangan perkahwinan saya (mac 2014) di dalam blog ini. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin..

49 thoughts on “Tips, Save Bajet dan Checklist Persediaan Bertunang

  • December 28, 2013 at 8:49 am
    Permalink

    wah bagus ni, rujukan bagi yang nak kawin nih

    Reply
    • January 2, 2014 at 4:08 pm
      Permalink

      ni tunang adik cik tom..kalau kahwin cik tom..insyaAllah jmpt bro sekeluarga..dah kira jiran tue satu taman perumahan.hehe..

      Reply
  • December 31, 2013 at 9:31 am
    Permalink

    salam.. hai, cik tom.. nak tanya.,. hantaran utk lelaki ada cincin tunang.. awak bagi ke dia cincin tu bwk balik baru pakai ke ada acara sarung cincin ke lelaki jugak?

    pls..sy confuse ni. ada org ckp mak sy kena sarungkan ke lelaki, bg sy mcm xlogik

    Reply
    • January 2, 2014 at 4:14 pm
      Permalink

      wslm dear..sori ye lmbt reply skit..ni majlis tunang adik ciktom…

      cincin tunang ni tak disarungkan pun kat lelaki time majlis tunang adik aritu..diorg just amik bawak balik je…kira bagi cincin tanda jelah..

      incase awk nak buat acara sarungkan cincin lelaki jugak boleh je..tapi sebaiknya ayah hafizah yang sarungkan ke jari lelaki..sebab emak awk dikira bukan muhrim dengan bakal tunang awk.. tak elok bersentuhan ms nak sarung cincin..

      smoga pertunangan awk bjalan dgn lancar ye..amin..

      wallahualam..

      Reply
    • January 2, 2014 at 4:24 pm
      Permalink

      yup..tue kelebihan kalau ada checklist..just tick and untick mana yang dah siap or belum..

      Reply
    • January 2, 2014 at 4:28 pm
      Permalink

      ciktom pun kalau bertunang tak nak pelamin..segan..haha..ni pelamin adik…

      mula2 kitaorang ingatkan mahal RM300 sebab tak sempat survey..just pergi kedai tue sebuah je..pastu amik pelamin tue sbb tgk cantik & harga ok..

      tapi bila tunjuk kat butik2 lain gmbr ni..semua tak percaya cakap harga murah ktorg dpt..kat tmpt diorg around RM500..pastu diorg ckp tue cam pelamin kahwin bukan tunang..huhu..

      Reply
  • January 3, 2014 at 12:05 am
    Permalink

    Dah macam majlis kahwin dah majlis pertunangan. Membazir betul. Baik sedekah je duit yg lebih tu kat rumah anak yatim.

    Reply
    • January 3, 2014 at 4:50 pm
      Permalink

      ada kebenarannya pandangan awk..

      bagi ciktom, mjls tunang adik ni dah simple dan save bajet..kalau part membazir ialah pelamin..yang lain masih ringkas dan tidak berlebihan..brg2 hntrn & baju digunakan utk keperluan diri selepas tunang..lagipun meraikan saudara mara, kawn, jiran yang datang ke majlis ini dengan jamuan makan2 pun dikira bersedekah dlm islam..

      kalau ada lebih duit sendiri utk meraikan majlis sendiri apa salahnya..bukan sampai ke tahap meminjam duit bank/orang lain/miskin lepas tunang..bak kata orang ukur baju di badan sendiri..

      kenapa apabila orang nampak majlis tue ala grand..orang akan cakap membazir betul baik bersedekah??padahal sedekah tue mmg perlu bagi semua yg berkemampuan..bukan hanya disebut22 sedekah ketika melihat sesuatu yang nmpk grand..

      mungkin sebaiknya hanya nasihat bersederhana dlm sgala hal..xperlu kaitkan dengan sedekah.. bab sedekah tue kita xtau org tue mungkin sedekah banyak cuma xkan nak canang 1 malaysia dah sedekah, lebih sedekah tue buat majlis..nanti kata riak pulak..haha…

      apa pun terima kasih atas pndgn yusri..

      Reply
      • January 7, 2014 at 10:57 am
        Permalink

        ambe rasa dah ok…cuma mungkin mcam cik tom cakaplah…bab pelamin tu mungkin ‘terlebih’ sikit…

        apapun, moga2 semuanya diberi kemudahan dan keberkatan…ameen ameen ameen

        makan2 tu bagus…antara amalan bersedekah juga tuh
        Jom baca entri terkini hafizmd …Mom Blogger Top Referral ContestMy Profile

        Reply
  • January 5, 2014 at 12:39 pm
    Permalink

    Tahniah sebab dah bertunang πŸ™‚ Semoga majlis perkahwinan nanti lagi Grand dan meriah daripada majlis pertunangan πŸ˜€

    Terima kasih juga sebab kongsi tips. Pasti berguna untuk teruna dan dara di luar sana. Untuk yang dah beranak pihak macam saya, kena tunggu anak dah besar la kot baru refer balik sini πŸ˜›
    Jom baca entri terkini Firdaus Azizi …Positifkan Diri Untuk Menghadapi Kenaikan Harga Barang?My Profile

    Reply
  • April 25, 2014 at 4:58 pm
    Permalink

    Page ni mmg so helping utk org yg tgh planning nk tunang..
    Tp..yg buat sy terkejut…
    mcm knal je org dlm gmbr ni… tgk nama…yati rushdi??

    Mak ai.. batch sy mse diploma akaun rupenya..hahaaa…

    yatt, esok kita dtg knduri side nazli yea…
    jumpe sana..insyaallah!

    Reply
  • May 28, 2014 at 4:27 pm
    Permalink

    waaaaa tadi survey2 pasal pertunangan..tengok ciktom nya entry..terbeliak mas,cik tom dah tunang…waaaa xtahu..mesti da kahwin..

    (gara2 tak aktive dalam blog..)

    tahniah cik tom.. ingat lagi ke mas?hahaha
    Jom baca entri terkini mayamaswany …BERBUKA PUASA BERSIRI & MALAM RAYA JALAN TARMy Profile

    Reply
  • February 8, 2016 at 11:19 pm
    Permalink

    Lelaki msa brtunang mesti pakai simple ja hhhaa

    Reply
    • February 17, 2016 at 8:32 pm
      Permalink

      memang pun..kalau pakai sama naik dengan perempuan dah macam kahwin terus je..hehe

      Reply
  • September 29, 2016 at 3:30 am
    Permalink

    Satu perkongsian yang sangat bagus. Memang tengah survey anggaran kos pernikahan ni. Terima kasih kerana membantu πŸ™‚

    Reply
    • October 3, 2016 at 11:21 pm
      Permalink

      sama2.. ciktom doakan dipermudahkan segala urusan pernikahan awk dan pasangan..

      Reply
  • October 2, 2016 at 1:44 pm
    Permalink

    InshaAllah esk rombongan merisik + tunang ke rumah pompuan… Neves gak la skg… Alhamdulillah sbb keluarga pompuan cuma nk cincin saje utk tunang & x perlu bawa ape2 lg…

    Reply
    • October 3, 2016 at 11:18 pm
      Permalink

      Tahniah!! Alhamdulillah dapat famili perh perempuan yang tak kisah. Semoga dipermudahkan urusan ke arah perkahwinan pulak selepas ni.

      Reply
      • July 11, 2017 at 3:18 pm
        Permalink

        Alhamdulillah cik Tom, bln dpn nk nikah dh… 25/8/17.. Tp dlm btunang mcm2 blaja.. Baik buruk mmg telan je… Dugaan lg bsr dr bcinta… Hrp dipermudahkanlah.. Amin πŸ™‚

        Reply
  • November 11, 2016 at 12:22 am
    Permalink

    Assalamualaikum…saya Ada menyediakan perkhidmatan makeup pada harga murah dan berpatutan area sentul Dan sekitar Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan boleh call.

    Reply
    • November 12, 2016 at 11:08 pm
      Permalink

      waalaikumussalam..maaf kak long…tak boleh drop no hp di ruang komen.. kalau berminat nak cuba pengiklanan servis makeup kak long di blog ciktom boleh hubungi di email; tomatogurl86@gmail.com. tq

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!