Tips Untuk Buat Entry Menarik Tertarik Deboom

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Kali ini cik tom nak share tips-tips untuk buat entry menarik tertarik yang cik tom jumpa sepanjang berblogwalking dan juga pengalaman berblog. Bagi cik tom semua entry blogger menarik tapi kadang-kadang terkurang format penulisan membuatkan tidak ramai membacanya. Sayang kan??

Antara tips-tips untuk membuat entry menarik;

  • For first impression, buat tajuk entry yang menarik untuk pembaca datang baca entry korang. Yang korang rasa kalau korang baca tajuk tue mesti tertarik nak baca isinya sekali.
  • Cuba buat entry yang dekat di hati pembaca/ isu hangat tapi dengan gaya penulisan korang tersendiri/ kehidupan peribadi menarik yang berbeza daripada yang lain.
  • Buat entry mengikut format seperti;

    ~Pendahuluan contohnya beramah mesra dengan pembaca/permulaan cerita.

    ~Isi ini mesti la konsisten dengan gaya penceritaan bersahaja atau berinteraksi dengan pembaca lebih menarik perhatian pembaca untuk terus membaca hingga ke akhir entry.

    ~penutup ini boleh di buat melalui kesimpulan atau apa sahaja yang korang rasa nak ulas dari keseluruhan cerita. Lagi bagus berinteraksi dengan pembaca melalui pertanyaan supaya pembaca menjadi tertarik untuk memberikan pendapat di ruangan komen.

  • Cuba buat entry secara ringkas tapi padat sebab kebanyakan pembaca malas nak membaca entry yang panjang. Kalau memang entry itu panjang, korang boleh buat entry by part 1,2,3. (Tips ini cik tom failed awal2 sebab memang entry cik tom panjang2)
  • Masukkan sekurang-kurangnya sekeping gambar di dalam entry bagi menarikkan lagi wajah entry.
  • Kalau korang masukkan lebih dari 1 gambar, seelok2nya semua gambar tue sama size width dan heightnya.
  • Elakkan penggunaan terlalu banyak emotion icon yang bergerak-gerak di dalam entry. Bagi cik tom maximun 3 kalau korang nak masukkan supaya tak nampak terlalu sarat.
  • Elakkan daripada penggunaan terlalu banyak warna di dalam sesuatu entry. Sama juga sebaiknya maximun 3 jenis warna sahaja.
  • Sebaiknya justifykan entry supaya nampak kemas dan tersusun. Bila kemas akan automatik menarik perhatian mata pembaca untuk membaca.
  • Kalau entry itu ada kaitan dengan entry sebelum ini, seeloknya masukkan backlink entry tersebut untuk memudahkan pemahaman pembaca dan automatik menambahkan pageview entry.
  • Cuba selang selikan jenis entry korang supaya pembaca tak boring untuk membacanya kecuali memang blog korang jenis fakta/diary dan lain-lain.


****************************************

So, apa ciri-ciri entry yang membuatkan korang tertarik nak terus stay membaca entry tue hingga habis?? Jom sama-sama kita share experience yang ada untuk kebaikan bersama 😉

p/s: Nak belajar buat entry dalam english version. Tapi tak tahu la bila kesampaian ;D

p/s2: entry autopublish. segala komen akan dibalas bila cik tom berkesempatan online nati.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

51 thoughts on “Tips Untuk Buat Entry Menarik Tertarik Deboom

  • November 27, 2010 at 4:24 am
    Permalink

    thanks cik tom..entry yang menarik 🙂

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:29 am
    Permalink

    asalkan bukan guna short-form
    tulisan tak kecik sangat…
    blog tak berat penuh dgn wdget ntah apa2..
    kita baca je, mmg xkisah..

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:34 am
    Permalink

    suke yg ade lawak2 sikit. hahah

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:35 am
    Permalink

    menarik! thank you cik tom. i love you lah. hehe. banyak tips menarik dari cik tom. teruskan share tips yang menarik yaa 🙂

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:44 am
    Permalink

    thnks 4 da info dear…bila la cik mas nk jd cm cik tom kan… 🙂

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:54 am
    Permalink

    nice share! 🙂 teringin nak jd mcm sstengah blog yang orang datang cari kita, bukan kita cari orang untuk dtg melawat.

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:56 am
    Permalink

    tom2,nati den nak buat entry ni jugak, xpe kan??:)

    Reply
  • November 27, 2010 at 5:01 am
    Permalink

    agreed . trimas atas tips tersebut . amat berguna untuk saya yang baru . =P

    Reply
  • November 27, 2010 at 5:01 am
    Permalink

    apa pendapat cik tom dgn gaya penulisan blog nina… hihi… msti teruk kan… ngeee

    Reply
  • November 27, 2010 at 5:08 am
    Permalink

    tips yang menarik cik Tom…Tapi Omu tetap gagal nak membuat entry macam tu…xatu nape…kekosongan idea..

    Reply
  • November 27, 2010 at 5:40 am
    Permalink

    saya suka bc entry yg penceritaan dia kelaka. sy x suka bc yg mcm byk sgt eh bukanlah, eh hahahaha. mcm entry saya tu. hahaha

    ape saya ckp tah. tp yg penting sy suka bc tips2 kamu 🙂

    Reply
  • November 27, 2010 at 5:44 am
    Permalink

    salam perkenalan..

    thanks 4 the tips..sy ni jadi blogger da lame,tp blog still xde peminat..hehe..so kena cuba tips kat atas pulak la..

    Reply
  • November 27, 2010 at 6:28 am
    Permalink

    setujuu…
    saya suka entry yang ada gambar..
    at least xda lah nampak boring sgt..

    Reply
  • November 27, 2010 at 6:48 am
    Permalink

    terima kasih cik tom..
    banyak yang oleh kita belajar dari entry cik tom kali ni..

    akak kurang gemar letak gamba
    sebab tak pandai pilih gamba sebenarnye..
    heheh..
    tapi akakn cuba la letak sikit2..

    Reply
  • November 27, 2010 at 7:50 am
    Permalink

    thanks cik tom. ^_^

    Reply
  • November 27, 2010 at 8:25 am
    Permalink

    nice tipsss:)..almaklumlah,saye nie budak baru blajar..huhu

    Reply
  • November 27, 2010 at 9:18 am
    Permalink

    Akak setuju dengan pendapat Cik ToM,sama seperti pemerhatian akak sepanjang beberapa bulan rajin menulis blog ini.CT…dah sampai ke lokasi ke?Makan nasi minyak tu…pandang orang kiri,kanan..

    Reply
  • November 27, 2010 at 9:58 am
    Permalink

    wah3~ nice entry cik tom!! thanx 4 sharing.. ^_^

    Reply
  • November 27, 2010 at 10:14 am
    Permalink

    tips yg bagus cik Tom..
    thanks for sharing 😉

    Reply
  • November 27, 2010 at 11:07 am
    Permalink

    tips yg sgt2 menarik… terima kasih byk2 cik tom! 🙂

    Reply
  • November 27, 2010 at 12:44 pm
    Permalink

    thank u cik tom untuk tips ni ;D

    Reply
  • November 27, 2010 at 1:14 pm
    Permalink

    baca entri ikut mood cik tom..hee^^
    tp slalunya akan bace habes kalau entri tu sempoi dan tulisan tak sakit mata^^

    Reply
  • November 27, 2010 at 1:41 pm
    Permalink

    nice share cik tom… ptt la rmi ke sini 🙂

    Reply
  • November 27, 2010 at 1:55 pm
    Permalink

    ye, saya sokong ciktom! dulu memang kantoi gak bab2 ni. hehe, ciktom pun tau kan macam mana blog saya dulu.. ;p so sekarang dah blaja macam mana nak attract orang supaya baca blog kita.

    haa yg no.1 tu memang menjadi!aritu tulis tajuk pasal siti nurhaliza, semua excited klik, tup2 takde kaitan dengan siti nurhaliza pun. haha

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:15 pm
    Permalink

    sy aku cuba mengikut petua dan tips2 di atas!
    makaseh cik tom! 😀
    terbaek!

    Reply
  • November 27, 2010 at 4:24 pm
    Permalink

    thanks untuk tips ini cik tom syg…hihi

    Reply
  • November 28, 2010 at 12:39 am
    Permalink

    salam cik tom.

    tengah buat apa lah cik tom sekarang ni yer
    mesti kenyang mkn kenduri..or tgh jln2 kat ikea..

    TQ for the idea
    kak ati dah vote cik tom tau!

    Reply
  • November 28, 2010 at 4:15 am
    Permalink

    wah,., tips pun memang dabomb dah..
    tengQ cik tomm

    Reply
  • November 28, 2010 at 6:18 am
    Permalink

    adoi..echah xpenah beraamah mesra..erm..kene pertingkatkan lagi kemesraan neh..hehhe…

    Reply
  • November 28, 2010 at 10:33 am
    Permalink

    tq cik tom.akan kin cuba! 😀

    Reply
  • November 28, 2010 at 1:34 pm
    Permalink

    Buatlah english version plk..best gk tu…hihi

    Reply
  • November 28, 2010 at 2:26 pm
    Permalink

    Memang debabom. ptutlah mantap en3.. cewah.. hehe..

    Reply
  • November 28, 2010 at 10:35 pm
    Permalink

    Wah, bagusnya info ni..thnks for sharing ya…nak try ni..hehe

    Reply
  • November 28, 2010 at 11:46 pm
    Permalink

    bagus tips2 cik tom ni. akan dni praktikkan 🙂

    Reply
  • December 1, 2010 at 8:50 am
    Permalink

    bagus tip nie..comel header ade pacman…=)

    Reply
  • February 10, 2011 at 3:37 am
    Permalink

    thanx ciktom…

    camne lak kalau dlm entri tu kita ada buat pertanyaan, tp xde org komen gak..huhuh…agaknya x mantap lagi kot..ngeeee…

    Reply
  • February 17, 2011 at 2:10 pm
    Permalink

    terima kasih cik tom….
    Banyak dapat ilmu kat sini..(",)

    Reply
  • February 20, 2011 at 11:58 am
    Permalink

    @aanie: ur wlcm….ye ke?maybe kena letak soalan tue kat bawah dan kasi bold kan…atau pun cuba bg soalan yg ummpph atau orang interested nak bg pendapat…

    Reply
  • March 2, 2011 at 6:10 am
    Permalink

    thanks cik tom…banyak gak tau pasal blog and petua…

    Reply
  • March 6, 2011 at 6:12 pm
    Permalink

    salam

    eh, baru perasan ada 1 2 isi sama…kebetulan je tu,tp selalu takut, takut org ckp kita tiru org lain, sbb kita ni x femes..huhu

    Reply
  • April 26, 2011 at 1:33 am
    Permalink

    Tips yang bagus.
    tengah study macam mana nak buat entry yang mesra pembaca.
    Susah jugak nak buat gayabahasa sendiri.

    Reply
    • April 28, 2011 at 10:54 am
      Permalink

      insyaallah bolehnya…cik tom rasa blog shamizu best dan menarik…

      Reply
  • August 11, 2011 at 1:53 pm
    Permalink

    terima kasih cik ciktom 😀

    Reply
  • November 2, 2011 at 6:21 pm
    Permalink

    boleh buat panduan tips niyh :DD huhuhu . sukasukasuka <3
    Jom baca entri terkini Az Ika …❃ SHOCK ❃My Profile

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:33 am
      Permalink

      boleh je buat panduan mana yang bersesuaian dengan az 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!